Cyber Abadi 3

HBI : Malaysia Homeopathy Alternative Library

Koleksi Tip-tip Komuniti Cyber Abadi 3

 

Gambar hanya hiasan.

        

DENGAN BAHASA API  (WADI LETA S.A.)


Dengan bahasa api

mereka berhujah tentang kertas

maka terbakarlah dewan dan pentas

debu dan asap memenuhi

lantai yang panas.



Dengan bahasa api

mereka bertelagah tentang tali

maka leburlah jalinan ukhuwah

antara meja dan kerusi

antara dinding dan kipas.

Dengan bahasa api

mereka berbantah-bantah tentang bunga

maka gugurlah kelopak-kelopak keindahan

di taman yang dipenuhi duri

di halaman yang dipenuhi kaca.


Dengan bahasa api

mereka berbalah tentang bulan

maka reduplah langit kehidupan

muramlah bumi dilitupi kegelisahan

tiada lagi nyanyian membuai kebahagiaan.



   Kota Bharu, Kelantan.
   Berita Minggu, 20 Januari 2008

 

 

KALAU

1

Kalau kau bunga

Berikan aku madumu

Kalau kau rama-rama

Berikan aku sayapmu


 

11

Kalau aku pokok

Akulah peneduhmu

Kalau aku rumput

Akulah permaidanimu.


 

WADI LETA S.A

Kota Bharu,

Kelantan.

 

http://pondokrahmat.blogspot.com/2013/01/12_20.html

 

 

Petikan internet Cyber Abadi.