Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

MENGENAL ADOLF HITLER

(Dari tulisan Yosri bin Mohamad Yong)

Dipersembahkan semula oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia meyakini bahawa tiada Tuhan selain Allah, maka ia masuk syurga."

(H.R. Muslim)

 

 

 
 

Harimau Pemakan Manusia.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong

Harimau tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau).

Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 70-65 juta tahun dahulu semasa zaman dinosour di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats").  Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)

Terdapat lima sub-spesies harimau moden dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

  • Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Malaysia, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

  • Harimau Bengal (Panthera tigris tigris) - yang terdapat di kawasan hutan hujan dan padang rumput Bangladesh, Bhutan, China, India, dan Nepal.

  • Harimau Cina Selatan (/amoy) (Panthera tigris amoyensis) - yang tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput tengah dan barat China.

  • Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) - atau juga dikenali sebagai Amur, Ussuri, harimau Timur Laut China, atau harimau Manchuria. Harimau Siberia tinggal di kawasan hutan hujan dan padang rumput China, Korea Utara, dan Asia Tengah di Russia.

  • Harimau Sumatra (Panthera tigris sumatrae) - yang tinggal hanya di kepulauan Sumatera, Indonesia.

  • Harimau Caspian (Panthera tigris virgata) - yang telah pupus sekitar 1950an. Harimau Caspian ini pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan dan padang rumput Afganistan, Iran, Mongolia, Turki, dan kawasan Asia tengah Russia.

  • Harimau Jawa (Panthera tigris sondaica) - yang telah pupus sekitar 1972. Harimau Jawa pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Jawa, Indonesia.

  • Harimau Bali (Panthera tigris balica) - yang telah pupus sekitar 1937. Harimau Bali pernah berkeliaran di kawasan hutan hujan kepulauan Bali, Indonesia.

  • Daripada keturunan haiwan pemangsa, harimau mengekalkan ketangkasannya untuk memburu haiwan sebagai makanannya, tetapi pada kebiasaannya, harimau mengelakkan diri daripada penempatan manusia. Bagaimanapun ini tidak bererti harimau tidak membunuh manusia, tetapi ini hanya berlaku apabila sesuatu berlaku seperti harimau tersebut tercedera, kekurangan haiwan mangsa yang biasa ditangkap, dan pencerobohan kawasan pemburuan harimau oleh manusia.

    Di Malaysia kejadian manusia dibunuh harimau masih berlaku. Kebanyakan kes serangan harimau berlaku di kawasan yang baru dibuka seperti kawasan Felda, atau kawasan perkampungan orang asli. Dalam kebanyakan kes, harimau yang melakukannya adalah harimau yang tercedera atau sakit, menyebabkan harimau tersebut tidak dapat memburu makanan biasanya. Antaranya adalah kes seorang penoreh berusia 62 tahun telah dibunuh harimau pada 21 April 2002, ketika menoreh di Kampung Air Itik, Tanah Merah dan kes Nik Mariam Nik Ibrahim, 34, yang terbunuh diserang harimau ketika menoreh 6 May 2002,
     

    Di satu kawasan lain di dunia, terdapat satu kawasan di delta sundarbans terletak di antara sungai Ganges dan Brahmaputra di kawasan hutan bakau yang mempunyai lebih daripada 500 harimau tinggal di situ. Kebanyakan daripada harimau tersebut adalah merupakan  harimau pemakan manusia. Walaupun manusia tidak mendiami kawasan sundarbans, orang ramai pergi ke kawasan sundarbans untuk mencari kayu api,  menangkap ikan, dan mengumpul madu. Semenjak tahun 1975 sehingga 2001, lebih daripada 800 orang telah dibunuh dan dimakan oleh harimau disitu. Harimau pemakan orang tersebut pada kebiasaannya akan diburu dan dibunuh. Untuk menyelamatkan manusia dan harimau, golongan pemelihara hidupan liar mencuba cara baru untuk menghalang serangan harimau. Oleh kerana harimau pada kebiasaannya menyerang mangsanya daripada belakang, topeng telah dipakai dibahagian belakang kepala. Topeng tersebut mengelirukan harimau kerana harimau melihatkan mangsa tanpa belakang. Sejak digunakan, hampir tiada serangan harimau berlaku semenjak 1995.


    Dalam kes-kes di atas, harimau tersebut tidak memburu manusia diluar kawasan hutan, tetapi menyerang manusia yang berada dalam kawasannya. Sungguhpun begitu, apabila harimau telahpun mula memburu manusia, harimau tersebut perlu dibunuh atau diasingkan. Ini disebabkan apabila harimau telahpun belajar bahawa manusia adalah mangsa yang mudah, ia akan terus memburu manusia. Selain itu, sekiranya harimau itu harimau betina, ia akan mengajar anak-anaknya untuk memburu manusia. Dari rekod yang lalu, didapati harimau telah membunuh lebih ramai manusia daripada haiwan pemangsa yang lain.

    Tetapi harimau membunuh ketika mencari makanan, berbanding dengan sesetengah manusia yang memburu harimau untuk tujuan bersukan dan untuk kulitnya. Disebabkan itu, hampir kesemua lima sub-spesies harimau yang masih tinggal diancam kepupusan pada masa kini. Oleh itu ternyata walaupun harimau haiwan pembunuh, manusia lebih handal membunuh.

    - TAMAT -

    Rujukan :
    http://www.everwonder.com/david/tigers/living/
    http://www.5tigers.org/Basics/Subsp_distribution/about.htm

     

     

    HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011