Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

PANTUN YOSRI

(Dari tulisan Yosri bin Mohamad Yong) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

25 Rabiulawal 1421

 

 

 
 

PANTUN CINTA LAMA

Petikan seperti dinyatakan

Terbang burung dari selatan,
Di-puput angin sangga bayu
Buka-lah surat dari lipatan,
Lihatlah pantun bahasa Melayu

Apa guna pasang pelita,
Jikalau tiada dengan sumbunya?
Apa guna bermain mata,
Jikalau tiada dengan sungguhnya?

Pantun  kutipan R.O. Winstedt.

 

PANTUN LAIN YOSRI

Buah Berangan buah Bidara
Ranting tersangkut di hadapan pintu
Bersubang ku sangkakan dara
Bermisai berjanggut kenapa begitu?
 

Berkubang di lubuk Batu
Berlengging dalam perahu
Orang bersubang dia begitu
Orang GAY dia tak tahu
 

Belibis terbang sejajar
Seberang kali belibis terbang
Tunggu abang habis belajar
Dua kali abang terbang

Anak kumbang terbang malam
Terkejutlah anak kelawar
Kalau abang pening demam
Hanya adki jadi penawar

Atas peti hinggap belalang
Bawah peti tinggal hama
Harimau mati tinggalkan belang
Manusia mati tinggalkan nama

Bunga Melati dihujung dahan 
Disunting dara dengan cermat 
Suami isteri berkasih-kasihan 
Seperti nabi kasihkan umat

Tikar mengkuang berbelang-belang
Ayam dara atas pedati
Kasih tuan tidak terbilang
Sudah jelira dalam hati

Penyu karah merangkak melata 
 Telur dikutip kedalam karung 
 Jualan murah rambang mata 
 Segala barang habis diborong

Burung didik terbang di awan 
Mudia belia menangkap ikan 
Baik-baik bila berkawan 
Akhlak mulia mesti diutamakan

  Ikan di laut asam di darat 
   Dalam kuali bertemu jua 
   Hati terpaut janji diikat 
   Atas pelamin bertemu jua

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul 
Kalau tersilap boleh ditegur 
Jangan pula dipukul-pukul

Kumbang mengintai dilaman
Hinggap diranting mencari pasangan
Bunga kembang di dalam taman
Hendak disunting ke dalam jambangan

Pantun saya

PANTUN KASIH YOSRI

Ikan Batu di atas bara
Pohon Selasih di tepi kota
Fikiran buntu badan sengsara,
Bila kekasih tiada dimata.

Lalu Dewata terbang melayang
Habis mati kera dan lontong
Siapa kata saya tak sayang
Penangan hati sitangkai jantung?

Pokok Senduduk pokok Sengkuang
Hinggap penyegat di dalam pasu
Di mana duduk terkenangkan tuan
Luluh semangat letih lesu.

Peluh mercik penat berjuang
Hang Tuah duduk beradu
Minta bekal dari tuan
Hendak mengubat hati yang rindu

Pak Kaduk menghisap candu
Peluh keringat jari kematu
Di mana duduk di situ merindu
Hanya teringat pada yang satu

Pukul tabuh terkejut perompak
Anak dara duduk beradu
Hilang tubuh badan tak nampak
Hanya suara pengubat rindu

Tikus berangan menjadi singa
Mengasah senjata di atas beras
Gamat kompang perit telinga
Air mata mengalir deras

HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011