Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

PraKata Dari Admin HBI

(Dari tulisan Yosri bin Mohamad Yong) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

 

Pesan Penulis

 
 

Penulis asal tulisan dalam laman ini iaitu Yosri bin Mohamed Yong merupakan seorang yang kreatif dan banyak menulis serta menyiarkannya di laman-laman internet suatu waktu dahulu. Beliau juga biasa dijemput memberi ceramah berkaitan seni dan kreativiti. Bagaimanapun kebanyakan laman-laman beliau sudah tidak dapat diperolehi lagi pada waktu ini.

Oleh kerana banyak maklumat telah dikumpul dan dipaparkan sebelum ini, ramai pelayar masih gemar mencari laman-laman beliau yang informatif. Konsultan HBI mempunyai sedikit informasi yang tersimpan di dalam fail lama. Supaya ia dapat diperkayakan lagi, info itu digabungkan dengan beberapa hasil carian yang bercerai-berai tetapi sah ditulis oleh sdr Yosri.

Hingga ke masa ini, setakat inilah sahaja yang dapat kami himpun. Namun kami harap ianya bermanfaat untuk dikongsi bersama. Di bawah ini adalah pesan Yosri bagi sesiapa yang ingin mengutip hasil karya beliau.

Hakcipta terpelihara  28/06/2000 Mohamed Yosri Mohamed Yong.


Setiap rencana yang ditulis di laman WEB ini adalah
ciptaan dan hakmilik Mohamed Yosri Mohamed Yong sepenuhnya
melainkan apabila dinyatakan sebaliknya. Anda boleh menggunakannya semula
bagi tujuan bukan perniagaan dengan syarat menyatakan akuan pengarang.
http://w3.spancity.com/yosri

Wa Llahu a'lam.

Daripada: Admin HBI

 

HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011