Laman Sumbangan

 

 

 

 

 

Malaysia Homeopathy Cyber Library WEBSITE SINCE 2001

SYAIR TRAGEDI HILLVIEW

(Dari tulisan Yosri bin Mohamad Yong) Oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

25 Rabiulawal 1421

 

 

 
  Hujan turun mencurah-curah
Orang ramai merasa resah
Jalan habis menjadi lecah
Barang diniaga habis basah

16 Ramadan 14 dua puluh tiga
Berlaku peristiwa tidak diduga
Sekelip mata ditimpa celaka
Binasa harta, jiwa dan raga

Di Taman Hillview, di hulu Kelang
Banglo runtuh ditimpa malang
Habis runtuh atap dan alang
Lapan jiwa turut hilang

9 tahun dahulu terselang
Highland Tower ditimpa malang
Hanya 230 meter menjadi jurang
Peristiwa 11 Disember 1993 kini berulang

Hujan turun petir memanah
Tebing gelunsur banjir tanah
Rumah banglo habis punah
Enam kereta turut musnah

Tanah meluncur bagai panah
Apa dilanggar punah ranah
Hancur dilanggar oleh tanah
Rosak semacam barangan khazanah

Rumah Tan Sri Ismail Omar ranap
Akibat lereng bukit yang enap
Terperangkap dia 5 jam genap
Di dalam rumah yang telah ranap

Habis binasa barangan berharga
Oleh peristiwa tidak diduga
Habis segala apa yang dibangga
Hilang keluarga yang dijaga

Habis runtuh rumah batu
Isteri tersayang tertindih batu
Anak sulung bersama 2 menantu
2 cucu dan 2 pembantu

mati anak sulung, pilunya rasa
Satu keluarga menjadi mangsa
isteri dan dua anaknya turut binasa
Suratan takdir yang Maha Esa

Baru sahaja mereka berpindah
Masuk kerumah setahun sudah
Anak dan menantu membuat indah
Tidak disangka ditimpa padah

Bacaan fatihah kami berikan
Pada yang hidup harap sabarkan
Mereka yang pergi jangan dilupakan
Semoga syurga Tuhan kurniakan

Tamatlah sudah syair ini
Dikarang saya sebegini
21 Ramadan 1423 disini
Maaf jika kurang berseni

Source: http://www.geocities.ws/mygreenpages/egirl_files/egirl02.html

HBI Health & Homoeopathy Centre Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2011