
"Ini adalah cabaran bagi saya. Saya tidak
pernah menyangka dapat memenangi semua kategori yang
dicalonkan. Ia seolah-olah memaksa saya meningkatkan lagi azam
saya untuk menjadi penyanyi yang baik dan serba boleh di masa
depan," katanya sewaktu ditemui selepas majlis Anugerah Skrin
dan Bintang Popular 1996 di Auditorium Majlis Perbandaran Shah
Alam, semalam.
Mengenai popularitinya yang terlalu mendadak, Siti berkata,
dia tidak bimbang jika ia tidak berkekalan.
"Hari ini hari saya. Mungkin
esok hari orang lain. Siapa tahu jika tahun depan kategori ini
akan dimenangi oleh orang lain. Apa yang pasti adalah saya
harus mencuba yang terbaik bagi mengekalkan populariti saya di
masa depan," katanya.
Source: Berita Harian (Dated 25-8-97)
http://members.tripod.com/~kal_el/rangkul.html
LIMA tahun membawa gelaran Artis/Bintang
Paling Popular, anak Kuala Lipis, Pahang ini memaklumkan
banyak perkara baru yang dipelajarinya.
"Kemenangan itu bukan atas dasar
glamor semata-mata, sebaliknya bakat turut memainkan peranan
penting. Populariti dan bakat harus bergerak seimbang kerana
Siti percaya, untuk menjadi insan popular harus ada ciri-ciri
terbaik,"
http://www.bharian.com.my/Entertainment/ABP/Hari/Berita2003/20040315193037/Article/ |