Home

  


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Serangan asma

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

      

Rawatan Kecemasan

Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk. Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan sedikit serta boleh bertongkat. Pastikan pesakit mendapat udara bersih yang mencukupi. Benarkan dia mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya. Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan.

 

Rawatan Homeopati

         Serangan asma yang tiba-tiba boleh dibantu dengan penawar Aconite 30 dan Ipecac 30 yang diberikan secara bersilih ganti setiap 15 minit. Asma yang mengeluarkan bunyi yang teruk serta batuk kuat, boleh dibantu dengan Ipecac 200.

Ringkasan:

      Aconite 30 Serangan asma yang datang secara tiba-tiba.

      Ipecac 30 diberikan secara berselang dengan Aconite 30 sebagai rawatan kecemasan.