Home

 


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Gigitan & Sengatan

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

        

Rawatan Kecemasan

Jika ada sengatan yang terbenam ke dalam kulit, ia boleh dikeluarkan dengan penyepit halus. Aplikasi setempat boleh disapu dengan menggunakan krim anti-histamin. Jika tiada krim tersebut, baik juga disapukan larutan soda bikarbonat.

  Sesetengah pesakit mengalami alergi terhadap sengatan sehingga mudah sesak nafas atau kulitnya cepat ditandai tompok-tompok merah dan bengkak. Bagi kes-kes begini, pesakit adalah dianjurkan supaya mendapat rawatan hospital dengan segera.

 

Rawatan Homeopati

Kesan umum sengatan serangga ialah kemerahan, bengkak dan rasa sakit atau iritasi. Apis dan Ledum adalah dua penawar utama bagi kes gigitan dan sengatan serangga. Umpamanya, bagi sengatan lebah  yang ada tanda-tanda terbakar, Apis ointment boleh disapu di tempat sengatan. Jika ketiadaan ointment, boleh juga dikemam Apis 6 dengan kesan yang sangat mujarab.

Amalan homeopati juga menyarankan penawar Hypericum sebagai rawatan, terutama apabila kesan sengatan menjadi sejuk dan kebas.  Apabila tempat sengatan kelihatan biru, penawar Ledum menjadi pilihan utama.

Ringkasan:

      Apis 6 panas, kemerahan dan lega sejuk.

      Hypericum 6 kesan sengatan jadi sejuk dan kebas

      Ledum 6 tempat sengatan menjadi biru.