Home

 


Asma
Gigitan & Sengatan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Hidung berdarah

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

     

Rawatan Kecemasan

Pesakit hendaklah duduk menegak dan tundukkan kepala sedikit ke hadapan.  Dengan menggunakan jari telunjuk dan jari ibu, usahakan dengan memicit bahagian lembut hidung selama sepuluh minit. Sementara itu, pesakit dinasihatkan bernafas melalui mulut sahaja. Sekiranya perlu, dia boleh meludah darah yang mungkin keluar melalui mulut.

Apabila pendarahan sudah berhenti, pesakit  ditegah  daripada  menghembuskan hidung kuat-kuat atau mengesat dan me-ngorek darah beku di rongga hidung. Jika memang disyaki hidung berdarah akibat pukulan di kepala, seeloknya segera dapatkan pemeriksaan doktor.

 

Rawatan Homeopati

Hidung yang berdarah kerana kepanasan atau kecederaan kepala mungkin diikuti simptom seperti rasa mengantuk, muntah-muntah dan sakit kepala. Pemerhatian kepada simptom dan puncanya penting sebelum diberikan penawar. Tetapi kebiasaannya, sudah mencukupi jika diberikan penawar popular seperti Arnica atau Phosphorus.

Oleh itu, penawar yang sesuai diberikan bagi hidung berdarah khususnya akibat pukulan atau kecederaan ialah Arnica 6 atau 30. Bagi hidung yang berdarah terlalu kerap dan banyak, disyorkan penawar Hamamelis 6. Selain daripada itu, satu lagi penawar yang baik dan boleh digunakan ialah Vipera.

Ringkasan:

      Vipera 6 bila hidung berdarah

      Arnica 6 berdarah kerana cedera atau terpukul.

      Hamamelis 6 berdarah terlalu kerap.