Home

 


Asma
Gigitan & Sengatan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Kecederaan tulang

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

   

Rawatan Kecemasan

Usaha pertama perlu dibuat supaya boleh mengurangkan sebarang pergerakan pesakit terutama bahagian yang tercedera. Anggota pesakit hendaklah dipegang perlahan-lahan. Untuk mengelakkan daripada pergerakan bahagian yang tercedera, kayu ‘splin’ biasanya digunakan. Setelah ‘splin’ diletakkan dengan betul, ia akan diikat di kedua penghujungnya agar tidak mengenai bahagian tulang yang patah tadi.

 Rawatan Homeopati

Patah tulang atau fraktur adalah kes yang mesti dirujuk kepada mereka yang pakar. Namun, dalam setiap kes retak atau patah tulang, hendaklah diberikan penawar Arnica 30 sebanyak dua kali setiap setengah jam. Kemudian, segera dapatkan rawatan pakar di dalam masalah tersebut. 

  Setelah pesakit menerima rawatan pakar atau doktor, sebaiknya Symphytum 6 diambil empat kali sehari bagi  membantu melekatkan tulang. Sekiranya bahagian yang cedera itu melibatkan tulang belakang, pengambilan penawar Arnica perlu disusuli dengan penawar Hypericum.

Ringkasan:

ü      Arnica 30 – mengurangkan kesan memar dan bengkak sekitar kawasan fraktur.

ü      Symphytum losyen (untuk aplikasi setempat), 6 atau 30 (kemam) – bagi membantu melekatkan tulang.