Home

 


Asma
Gigitan & sengatan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Kejutan elektrik

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

   

Rawatan Kecemasan

Sebelum sebarang tindakan diambil, pastikan anda tidak menyentuh mangsa selagi dia tidak diasingkan daripada penda-waian elektrik. Peringatan ini tidak harus dialpakan, kerana kecuaian boleh membunuh jiwa, walaupun anda sangat prihatin kepada mangsa. Kalau boleh, matikan suis utama tenaga elektrik terlebih dahulu. Kemudian periksa pesakit kalau-kalau dia masih ber-nafas. Kalau pesakit tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan artificial respiration.

Perhatikan juga kalau terdapat  sebarang lecuran, fraktur atau pendarahan. Jika ada tanda melecur terbakar, berikan kompres sejuk dan tutup permukaan yang melecur dengan krim antiseptik. Kalau berlaku fraktur, elakkan daripada menggerakkan pesakit.

Rawatan Homeopati

Selain daripada tindakan di atas, Arnica 30 sesuai diberikan kepada mangsa dengan segera. Sekiranya dia terkejut dan tidak sedarkan diri, terlebih dahulu berikan Aconite 30 atau 200.

Bagi sebarang kesan melecur, sapukan krim atau losyen Cantharis pada tempat tersebut. Di samping itu, kemamlah Cantharis 6 setiap tiga atau empat jam. Rawatan kecederaan ini hampir bersamaan dengan kecederaan kebakaran.

Ringkasan:

      Arnica 30 rawatan segera kepada mangsa yang terkena kejutan.

      Aconite 6 kalau mangsa terperanjat.

      Cantharis 6 merawat kesan melecur atau terbakar.