Home

 


Asma
Gigitan & Sengatan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Keracunan makanan

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

 

Rawatan Kecemasan

Pesakit hendaklah rehatkan diri dan elak daripada makan dan minum. Selepas be-berapa jam pesakit digalakkan minum sedikit  air sejuk.  Apabila  simptom mulai  berkurangan, minumlah air dengan kadar yang agak banyak bagi menggantikan cecair yang hilang akibat cirit-birit atau muntah-muntah.

Sekiranya cirit-birit berterusan sehingga mengakibatkan dehidrasi dan pesakit menjadi tidak bermaya, bantuan perubatan tidak harus ditangguhkan lagi.  

Rawatan Homeopati

Dalam homeopati, terdapat banyak pe-nawar untuk cirit-birit. Biasanya dalam kes keracunan makanan, cirit-birit disertai muntah -muntah. Kemungkinan juga terdapat simptom lain, seperti ada rasa terbakar. Dalam keadaan tersebut cukuplah diberikan penawar Arsenicum potensi 6, dua atau tiga dos tiap sejam.

 Sekiranya ada tanda-tanda kembung dan pesakit rasa sejuk, gantikan dengan penawar Carbo vegetabilis. Berikanlah kepada pesakit penawar berpotensi sederhana seperti potensi 30. Apabila pesakit kelihatan akan pitam atau pengsan, ia wajar diberikan Rescue Remedy.

Ringkasan:

      Arsenicum 6 pucat, cirit-birit dan muntah.

      Carbo veg. 6 rasa sejuk dan kembung.