Home

 


Asma
Gigitan & sengatan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Konkusi

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

 

Rawatan Kecemasan

Apabila berlaku konkusi, fungsi-fungsi atau perjalanan otak akan terganggu. Mangsa mungkin berkeadaan separuh sedar atau tidak sedar langsung buat sementara waktu. Rawatan awal umumnya dilakukan mengikut tatacara koma di mana pesakit diubah kedudukannya kepada kedudukan koma.

  Saluran pernafasan disyorkan supaya bersih daripada sebarang penghalang seperti gigi palsu, darah atau muntah-muntah. Pa-kaian di bahagian leher, dada dan pinggang juga dilonggarkan.  Semua usaha dilakukan agar mangsa berupaya bernafas dengan sendiri. Sekiranya pernafasan mulai terhenti, bantuan pernafasan akan diberikan. Jika ter-dapat kesan luka di luar, kepala mangsa akan dibebat dan dibalut dengan kemas. Mangsa juga perlu sentiasa diawasi bagi mengenal-pasti sebarang tanda-tanda kompresi otak.

Rawatan Homeopati

Penawar terbaik bagi kecederaan konkusi ialah Arnica 30 yang diberikan sejam sekali sebanyak  empat  kali.   Kemudian,  penawar

tersebut hendaklah diambil secara berterusan sekerap dua kali sehari. Dalam keadaan pesakit terkejut, Aconite 6 wajar diberi sebagai penawar permulaan.

Seandainya Arnica kurang berkesan dan simptom sakitnya jelas, cubalah penawar Bryonia 30. Ada beberapa penawar lagi yang mungkin menjadi pilihan selepas Bryonia, seperti Cicuta virosa. Tetapi ingatlah, penawar asas dan menakjubkan bagi kes ini ialah Arnica.

Di samping mengambil penawar homeo-pati, sebaiknya pesakit berusaha juga berjumpa dan mendapatkan pengesahan doktor berkaitan dengan kesan kecederaan. Pemeriksaan daripada doktor adalah di-sarankan untuk semua kecederaan yang melibatkan bahagian otak meskipun pesakit tersebut merasakan dirinya telah sihat seperti sediakala.

Ringkasan:

      Aconite 6, 30 sebagai rawatan permulaan.

      Arnica 30 rawatan kecederaan konkusi dan spesifik.

      Bryonia 30 pesakit rasa sakit bila bergerak.