Home

 


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Lebam/Memar

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

 

Rawatan Kecemasan

Bahagian yang cedera perlu direhatkan.  Kemudian gunakan demah sejuk secara kompres, iaitu dengan cara mencelup kain tebal ke dalam air,  diperah dan diletakkan ke atas tempat yang cedera tadi.  Demah sejuk boleh juga disediakan dengan mengisi ketul-an ais di dalam beg atau ais itu dibungkus dengan kain tebal.

  Tujuan demah sejuk ialah untuk me-ngurangkan denyutan sakit dan bengkak.  Sekiranya keadaan lebam itu teruk atau nampak akan merebak, ia mungkin me-nandakan terdapat pendarahan dalaman yang memerlukan nasihat perubatan.

Rawatan Homeopati

Sebaik saja kecederaan lebam dikenal pasti, berikan satu dos Arnica 30 untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak-bengkak. Kemudian penawar tersebut hendaklah diambil dua atau tiga kali sehari bagi menghilangkan lebam dan memar dengan kadar yang cepat. Arnica ointment juga hendaklah disapukan pada tempat yang cedera tersebut sebanyak tiga kali sehari.

Bellis perennis 6 dirujuk apabila ke-cederaan itu melibatkan salur darah yang halus atau menimbulkan kesan sepsis, Jika memar itu melibatkan saraf, tukarkan penawar kepada Hypericum. Hypericum 6 atau 30 boleh diambil empat kali sehari. Penawar ini diutamakan apabila terdapat sakit menyucuk atau kesan parutnya menyakitkan.

Ringkasan:

      Arnica 30 bagi lebam dan timbul tanda kebiruan.

      Bellis perennis 6 kalau kecederaan itu dalam dan Arnica kurang berkesan.

      Hypericum 6 bagi kecederaan yang melibatkan saraf.