Home


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Luka

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

 

Rawatan Kecemasan

Luka kecil biasanya mengeluarkan sedikit darah sahaja dan pendarahan boleh berhenti dengan sendiri. Bantuan menghentikan darah boleh dilakukan dengan menekan secara langsung pada tempat luka atau menekan arteri-arteri tertentu untuk beberapa minit. Mengangkat ke atas bahagian yang luka juga merupakan salah satu kaedah untuk mem-bantu mengurangkan pendarahan.

         Langkah yang baik ialah membasuh bahagian yang luka tersebut  terlebih dahulu, kemudian barulah disapukan ‘losyen anti-septik’. Bagi luka yang kecil, ‘kepingan plaster’ seperti elastoplas boleh digunakan dengan mudah. Bagi luka yang agak besar, perlulah digunakan ‘kain kasa penyerap’ mengikut saiz yang sesuai.

Rawatan Homeopati

Kesembuhan boleh dipercepatkan de-ngan cara menyapu Calendula lotion atau ointment sebelum dibalut. Sekiranya luka tersebut agak dalam, khususnya yang melibatkan saraf, lebih baik disapu Hypericum lotion. Hypericum 6 juga boleh dikemam empat kali sehari dan ia mampu bertindak mengurangkan sakit.

Tetapi apabila luka itu akibat tusukan, berwarna biru dan kebas, Ledum merupakan penawar paling mujarab. Ambillah Ledum 6 tiga dos setiap jam kemudian ulangi tiga atau empat kali sehari.     

Ringkasan:

ü   Calendula 6 – Luka terpotong atau terhiris.

ü   Hypericum 6 – Luka saraf, menyakitkan.

ü   Ledum 6, 30    Luka akibat tusukan.