Home

 


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Terbakar/Melecur

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati  

Rawatan Kecemasan

Bagi kebakaran atau melecur yang melibatkan hanya bahagian luar kulit dan kawasan yang terlibat tidak melebihi 2 inci per segi, ia diangap kecederaan darjah pertama. Jika kawasannya  besar, ia masuk ke dalam kategori lebih serius.  Bila kecederaan seperti ini berlaku, tanggalkan barang-barang perhiasan seperti jam, gelang dan cincin sebelum ia membengkak.

Apa yang boleh dibuat ialah sejukkan bahagian yang tercedera di bawah air yang mengalir (bukan ais), atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada kain bersih  atau tuala. Kemudian disaran supaya disapukan permukaan yang terbakar atau melecur tadi dengan krim antiseptik.

Selepas itu, tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril. Jangan sekali-kali cuba pecahkan kesan lepuh-lepuh. Jika simptom kelihatan serius, dapatkan bantuan perubatan.

Rawatan Homeopati

Bagi kesan kebakaran atau melecur, pengguna boleh mencampur 10 titik losyen Hypericum di dalam secawan air dan sapukan pada tempat berkenaan. Tetapi di dalam homeopati, penawar yang lebih baik lagi ialah Cantharis lotion atau ointment yang boleh disapu tiga kali sehari. 

  Di samping penawar-penawar aplikasi setempat, Cantharis 6 boleh dikemam tiap 15 minit untuk menghilangkan sakit. Kemudian-nya, penawar yang sama boleh diambil empat kali sehari bagi mempercepatkan proses kesembuhan.

Selain penawar Cantharis, penawar homeopati yang dikenali sebagai Urtica Urens juga boleh digunakan bagi merawat kes yang hampir sama. Dosnya sama dengan penawar Cantharis.

Ringkasan:

      Cantharis 6 kesan melecur dan terbakar.

      Losyen Cantharis atau Hypericum di sapu pada kawasan lecur.