Home

 


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur

Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Tergeliat/Terseliuh

 

Pengsan

Dipetik daripada: Rawatan Asas Homeopati

Rawatan Kecemasan

Seseorang boleh pengsan apabila darah tidak beredar ke bahagian otak secukupnya. Oleh itu, apabila seseorang itu merasakan bahawa dia hendak pengsan, dia harus duduk dengan kepala diletakkan di antara kedua lulutnya. Kemudian bolehlah dia meneguk sedikit air supaya cepat pulih.

Tetapi apabila seseorang itu sudah peng-san, baringkan dia dengan cermat. Jika mukanya kelihatan pucat, tinggikan kakinya supaya darah  di anggota bawah  dapat turun ke jantung dan seterusnya ke bahagian kepala. Longgarkan pakaiannya di leher, dada dan pinggang serta pastikan  udara  bersih  tidak terhalang. Jika pesakit bernafas, gunakan ‘larutan ammonia’ dan tempatkan di bawah hidung. Sebaliknya jika dia tidak bernafas, bantuan pernafasan perlu diberikan terlebih dahulu.

 

Rawatan Homeopati

Pengsan boleh disebabkan oleh bebe-rapa faktor. Sekiranya pesakit pengsan akibat terperanjat atau gangguan emosi seperti kerana mendengar berita ngeri dan melihat kejadian mengejutkan, penawar paling awal yang harus diberikan ialah Aconite 30.

Sekiranya diketahui pesakit pengsan akibat tercedera atau sebarang kesan trauma,  Arnica 30 adalah penawar yang lebih sesuai.  Kalau pesakit itu pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan, gunakan Cocculus Indicus. Aplikasi setiap penawar haruslah bergantung kepada sebab-musabab pesakit itu pitam atau pengsan dan simptom-simptomnya yang nyata.

Bagi sebarang kejadian pengsan yang tidak diketahui sebabnya dan tidak upaya dirawat,  seseorang  itu  haruslah  mengambil tindakan segera dengan  mendapatkan ban-tuan pakar dan hospital. Apa yang dicontohkan di sini hanyalah sekadar menunjukkan beberapa kemungkinan preskripsi yang biasa diberikan oleh ahli-ahli homeopati dalam menangani kes-kes sebegini.     

Ringkasan:

ü  Aconite 30 – pengsan kerana mendapat berita ngeri atau menyaksikan kejadian mengejutkan.

ü      Arnica 30 – pengsan selepas tercedera.

ü      Cocculus 30 – pengsan kerana kurang tidur atau mabuk kenderaan.