Home

 


Asma
Gigitan
Hidung berdarah
Kecederaan tulang
Kejutan elektrik
Keracunan
Konkusi
Lebam
Luka
Melecur
Pengsan
Serangan asma
Serangan panas
Terbakar
Terseliuh

 

Tergeliat/Terseliuh

Dipetik daripada: Rawatan AsasHomeopati

Rawatan Kecemasan

Apabila pesakit terseliuh, pergerakan hendaklah dikurangkan, terutama bahagian yang tercedera. Untuk mengurangkan kesakit-an, lakukan kompres sejuk pada tempat yang tercedera. Di samping itu, tinggikan  bahagian  yang tercedera. Kemudian ambil pembalut  yang  sesuai dan balut dengan kemas untuk menutupi kawasan yang cedera. Pastikan juga balutan tersebut tidak menghentikan peredaran darah.  

Rawatan Homeopati

Umumnya kecederaan terseliuh menim-bulkan implikasi langsung terhadap bahagian anggota terlibat atau perasaan pesakit bila bergerak. Penawar seperti Arnica, Bryonia dan Rhus tox adalah di antara penawar yang kerap dirujuk.

Sebagai rawatan awal, gunakan Arnica 30. Ia dapat mengubat kesan bengkak dan lebam yang teruk. Kalau bengkak nampak merah dan menyakitkan bila disentuh, dapatkan penawar Belladonna 30. Dengan  satu atau dua dos, ia boleh melegakan pesakit.

         Sekiranya pesakit masih merasa tidak lega dan dia dapat pastikan bahawa tiap pergerakan menambahkan sakit, berikan penawar Bryonia 30. hanya apabila tiap pergerakan menyebabkan pesakit bertambah lega, sesuai diberikan Rhus tox.

Ringkasan:

      Arnica 30 tergeliat, lebam dan rasa lenguh.

      Belladonna 30 Bengkak dan sakit bila disentuh.

      Rhus tox 30 sakit bila mula bergerak, tapi lega kemudiannya.