MALAYSIA HOMEOPATHY CYBER LIBRARY

Laman Utama

***********

OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

HBI Health & Homoeopathy Centre

 
 
Kali ini, Master Trainer homeopati, Mohamed Hatta Abu Bakar HMD di Malaysia Homoeopathy Cyber Library mengupas satu lagi isu. Iaitu isu perbidanan atau obstetrics. Ia bukan saja soal perubatan, tetapi juga merupakan maruah agama, tanggungjawab sosial dan kemartaban wanita.

Sila ikuti pendapat beliau, dan beri komen ke emel: drhatta2@yahoo.com

5 Okt 2005 bersamaan 1 Ramadan 1426 Hijrah.

 
 
 
Apa itu O & G?

Obstetrik ialah perbidanan. Ia berkaitan dengan penjagaan kesihatan wanita atau ibu dalam tempoh kehamilan, kelahiran dan beberapa waktu selepas melahirkan anak. Ginekologi pula ialah cabang ilmu berkaitan penyakit atau urusan wanita khususnya yang berhubung dengan sistem pembiakan..

Difahamkan homeopati mempunyai ubat-ubat khusus berkaitan O & G ini. Benar ke?

Benar. Kajian tentang penawar-penawar yang sesuai bagi wanita dalam keadaan tertentu telah dibuat di zaman Hahnemann lagi. Kemudian penawar-penawar itu ditambah dan diperkayakan oleh penawar-penawar yang diujibuktikan kemudian, khususnya garam tisu biokimia.

Adakah terdapat penawar herba di Malaysia untuk penjagaan wanita?

Setakat yang saya maklum, memang ada. Bahkan saya percaya penjagaan tradisional masyaralat kita dulu-dulu hampir menyeluruh ketika hamil, bersalin dan waktu pantang. Itu termasuk arahan-arahan berkaitan ramuan herba, urut atau bertungku, dan adat istiadatnya.

Habis tu, mengapa ia tidak dikekalkan?

Itulah masalahnya. Kenapa apa yang baik tidak dibantu memperkembangkan potensinya? Dengan mudah saja kita membuat kesimpulan ia kolot, tidak saintifik dan tidak sesuai lagi.

Sebenarnya dulu amalan orang Melayu terbahagi kepada amalan perbomohoan dan perbidanan. Yang menguasai bahagian perbidanan ialah kaum hawa. Sekarang dah jadi O & G. Yang menguasainya pula orang lain. Lelaki. Bukan muhrim.

Bukankah itu darurat?

Siapa kata darurat? Mengapa beratus tahun dahulu bidang itu boleh dilakukan oleh wanita. Tidak ada masalah daruratpun. Tapi hari ini bila perubatan Barat diterima sebagai perubatan arus perdana, sampai puluhan tahun kita masih tak dapat menghasilkan doktor sakit puan wanita (yang Islam) yang mencukupi.

Bagi saya bangsa kita sudah silap. Masyarakat Islam dan pemerintah dulu bertindak terburu-buru. Kita telah menerima perubatan Barat dan moden itu dengan budayanya sekali. Kita tidak pernah persoalkan agendanya, kita tidak nilai dengan objektif baik buruknya. Kita terima secara total. Kita paksa masyarakat terima secara total juga. Dan kita hapuskan sistem perbidanan tradisi yang banyak berjasa dan membantu selama beberapa generasi sehingga kita hidup di hari ini.

Bagi saya, hakikatnya ialah orang kita yang memandai-mandai menjadikannya darurat.

Apakah masyarakat kita masih memerlukannya?

Ya, Jika tidak mengapa ibu-ibu masih mencari kaedah tradisional selepas bersalin? Itu maknanya, pekerjaan di hospital juga tidak lengkap. Tetapi malangnya kita sudah terlewat.

Terlewat?

Ya.Kerana kita sudah kehilangan bidan-bidan dan sistem perbidanan dulu. Semasa masih ada saki-baki bidan kampung, kita ugut, kita kenakan syarat bagi sesiapa yang ingin mengguna khidmatnya. Semua perempuan mesti bersalin di hospital, mesti dengan bidan kerajaan. Kemudian mewajibkan ada doktor. Sedangkan kita tahu waktu itu doktor umumnya lelaki. Kita sedar bahawa waktu itu persiapan kita belum cukup dari segi menyediakan doktor-doktor sakit puan wanita (terutama Islam) untuk mengambilalih kerja bidan-bidan kampung. namun kesedaran itu kita abaikan.

Masalahnya sekarang?

Masalahnya sekarang, apa-apa saja yang berkaitan dengan perubatan kita daruratkan. Sedang masyarakat mulai sedar apa yang mereka kehilangan. Mereka tiada lagi bidan-bidan wanita yang sayangkan kerjaya, bersifat amanah, peramah, menjaga pesakit bagai menatang minyak yang penuh serta tidak materialistik. Mereka tiada lagi bidan yang bertindak sebagai doktor dan yang boleh diberi sepenuh kepercayaan.

Ya. Ada lagi, doktor?

Dan sekarang, untuk memastikan mereka mendapat doktor wanita bagi si isteri, si suami sanggup membayar beribu ringgit, Wanita yang tidak selesa diurus oleh doktor lelaki juga sanggup mengorbankan wang gaji dan simpanannya untuk ke hospital bersalin swata. Tidakkah kita lihat bahawa perbidanan hari ini menjadi bisnes yang amat menguntungkan.

Tadi doktor ada ada sebut mengenai agenda? Apakah memang perubatan moden  mempunyai motif lain?

Perubatan itu datang dari Barat. Non-muslim pulak tu. Kita semua belajar misi orang Kristian kan? Melanggar etika dan hukum-hakam Islam itu memang agenda mereka.... Tapi tanpa perbezaan agamapun, minda kita boleh berfikir secara lojik. Setiap perkara dalam dunia ini ada baik dan ada buruknya. Ada positif dan ada negatifnya. Kenapa kita tidak timbang yang jernih dan keruhnya Kenapa kita harus terima amalan saintifik Barat dengan budaya kerjanya sekali?

Harus diingat, bukan perubatan herba dan tradisonal saja yang mendapat tekanan perubatan Barat itu. Perubatan homeopati yang diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann di German juga ditekan dan diancam sewaktu beliau mula memperkenalkannya pada kurun ke 19. Pada hal mereka mengenali bahawa Dr. Hahnemann berkelulusan doktor yang mereka iktiraf, lagi pulak genius orangnya. Pendeknya di awal-awal dulu lagi mereka amat benci pada amalan yang memberi saingan, alternatif dan menggugat kewibawaan serta pendapatan atau kerjaya mereka.

Mungkin waktu itu kita takut atau terdesak.

Mungkin. Mungkin takut pada penjajah. Pada WHO. Pada infant mortaliti rate.  Atau takut pada diri sendiri, takut dikatakan tidak moden atau bertamadun.

Walau apa pun, itu silap kita. Kita berdosa pada agama dan budaya bangsa kita.

Tugas kita sekarang ialah mengembalikan kerja itu kepada orang berhak menguruskannya. Orang itu mesti pakar (doktor), seorang wanita atau muhrimnya. Orang lelaki (doktor) yang mahram jangan syok sendiri. Itu saja pilhan yang kita ada.

 

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011