AN INTERVIEW WITH

Master Trainer in homoeopathy (5)

at MHVI (in B.Melayu)  -  Mr. Mohamed Hatta, HMD

 Diploma Homeopati diiktiraf?

Laman Utama

***********

Apakah diploma homeopati sudah diiktiraf oleh kerajaan?

Sebenarnya ramai yang mengemukakan soalan itu kepada saya. Di kalangan pengamal homeopati pula, mereka begitu ghairah. Jawapan saya,…belum!!

Boleh Dr. huraikan?

Tidak perlu dihuraikan. Jarak di antara diploma atau ijazah homeopati yang dikeluarkan oleh persatuan,  institusi persatuan maupun organisasi lain dengan pengiktirafan (kerajaan) masih seribu batu jaraknya.

Tetapi bagaimana dengan sesetengah iklan yang mengatakan ia diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan?

Ini sdr perlu faham. Persatuan juga perlu faham. Bidang pendidikan, penubuhan institusi pengajian tinggi dan pengiktirafan diploma atau ijazah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan.  Ia tiada kaitan dengan Kementerian Kesihatan.

Tetapi iklan di akhbar itu?

Inilah masalahnya. Pembaca tidak faham. Dan kesempatan ini digunakan oleh sesetengah persatuan untuk membuat iklan pengambilan pelajar. Sebenarnya, memang ada Kementerian Kesihatan memberi surat kelulusan sebagai laluan atau membenarkan kursus diberikan kepada orang ramai yang berminat mempelajari perubatan homeopati. Tetapi itu bukan pengiktirafan kepada diploma, ijazah ataupun taraf kedoktoran mereka.

Apakah ini bermakna pembaca tertipu?

WaLlahu’lam. Tetapi kalau ada iklan serupa itu, maka ia mengelirukan. Saya ada menerima beberapa e-mail bertanyakan masalah pengiktirafan. Ada di antaranya menyangka dengan diploma yang diperoleh membolehkan mereka mendapat kerja di hospital kerajaan (dan kalau diterima, skim gajinya?) Aduan di dalam akhbarpun pernah keluar bersabit bayaran yang terlalu tinggi sedangkan sijil dan diploma yang dikeluarkan begitu mudah. “Berita Homeopathy” PPHM pada bulan Januari-Februari 2002 pun ada memuatkan berita dan masalah ini.

Bagaimana dengan sijil HBI atau MHVI?

HBI (MHVI) tidak pernah membuat “claim” sijilnya diiktiraf, baik oleh kerajaan maupun persatuan. Kami jujur dalam iklan. Kami menjanjikan ilmu dan kualiti nota. Untuk mengetahui kualiti nota kami, lihatlah buku-buku yang telah kami terbitkan. Sijil kami adalah pengiktirafan kepada status ilmu yang dipelajari.

Adakah HBI ingin menandingi kualiti nota pengajaran yang diberikan oleh persatuan?

Saya dan HBI tidak pernah menyatakan demikian. Kami cuma memberi alternatif dalam medium pendidikan. Pendidikan homeopati on-line dalam bahasa Melayu tidak pernah diberikan oleh mana-mana persatuanpun sebelum ini. Sekarang saya kurang pasti, mungkin ada. Tapi kalaulah ada, kita persoalkan kualiti ilmu(yaknit, nota)nya.

Apakah akan tiba masanya kerajaan memberi pengiktirafan?

Pengiktirafan sebagai apa? Setaraf dengan doktor alopati? Banyak saranan telah saya kemukakan di dalam buku “Homeopati: Perubatan Alaf Baru?”. Saya juga ada menyentuh sedikit isu itu di dalam majalah “Dakwah” suatu waktu dahulu. Bacalah. Tetapi saya percaya ia hanya menjadi realiti bila kerajaan atau IPTA memberi komitmen dan melaksanakannya sendiri. Kalau persatuan atau pengamal tidak mahu tunggu, bina institusi atau universiti sendiri. Mohon daripada Kementerian Pendidikan, dapatkan kelulusan LAN. LAN yang betul bukan LAN yang mainan.

 

 

 

Bagaimana dengan usahasama di antara sesetengah persatuan dengan universiti di luar negara, seperti dengan USU di Indonesia?

Itu saya puji. Suatu usaha yang baik dan murni. Tetapi belum cukup. Dan di kesempatan ini saya ingin ingatkan satu perkara. Usahakanlah juga suatu institusi pengajian tinggi. Biar ianya diiktiraf. Biar kursusnya diiktiraf. Biar sijil dan diplomanya diiktiraf. Biar ianya setaraf dan setanding dengan sijil, diploma dan ijazah-ijazah lain yang dikeluarkan oleh IPTA dan IPTS. Biar ianya laku di pasaran pekerjaan.

Dan mereka perlu utamakan generasi akan datang. Yang bakal menjadi pelajar dan mendapat sijil. Bukan untuk kita. Kita hanya harus bekerja untuk meninggalkan suatu yang baik dan bermanfaat. Kita tidak ada masa untuk mengejar pengiktirafan bagi peribadi kita. Apa lagi untuk bergaduh sesama sendiri. Ingat, masa adalah terlalu suntuk. Kita harus berbicara tentang bangsa dan generasi anak-anak kita.

Itupun kalau kita betul-betul berjuang untuk homeopati dan generasi anak-anak. Seperti pengasas homeopati, Dr. S. Hahneman atau Dr. Burhanuddin al-Helmy.

 

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011