AN INTERVIEW WITH

Master Trainer in homoeopathy (6)

at MHVI (in B.Melayu)  -  Mr. Mohamed Hatta, HMD

 MASA DEPAN PERUBATAN TRADISIONAL??

Laman Utama

***********

BACK - Pada bulan Jun 2005 Dr. Hatta telah ditemubual oleh sorang wartawan KOSMO mengenai kesan pendaftaran ubat-ubatan ke atas masa depan ubat tradisional. Berikut ialah antara isi temubual tersebut selepas dibuat sedikit penyesuaian.

 

Sebahagian ubat di pasaran ada yang tidak didaftarkan, khususnya ubat tradisional. Bagaimana kita boleh kenal?

Mudah saja. Kalau ada no. pada label ubat maknanya ia didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Contohnya: MAL 200074291.

Bagaimanakah seorang pengeluar ubat boleh mendapat no. MAL itu?

Biasanya no ubat itu boleh didapati dengan memohon daripada Kem Kesihatan. Selepas diuji dan lulus tidak ada mengandungi dadah atau selamat untuk digunakan, mereka akan memberikan no itu.

Apakah semua pengeluar ubat tradisional boleh mendapatkan no MAL itu?

Setahu saya tidak. Hanya mereka yang mempunyai kilang yang berstatus GMP sahaja boleh memohon dan mendaftarkan ubatnya.

Apa itu GMP? Susahkah mendapat kilang status GMP?

GMP ialah Good Manufacturing Practice. Ia adalah anugerah yang diberikan oleh Kem Kesihatan selepas sesebuah kilang itu lulus syarat-syarat yang ditentukan oleh Kem Kesihatan. Mengenai senang atau sukar bergantung kepada bagaimana kita mengurus kilang tersebut mengikut piawai minimum Kementerian. Prosedurnya ada diberikan oleh pihak kementerian. Yang pastinya, bagi syarikat yang besar atau modal banyak, persoalan itu sudah tentu selesai dengan mudah.

Apa pandangan Dr. mengenai tindakan atau arahan pendaftaran ubat-ubat tradsional ini?

Saya fikir baik. Kerana tujuan kerajaan adalah murni, bagi menjamin keselamatan pengguna. Tetapi harus diingat, kelulusan pihak Kem Kesihatan terhadap ubat-ubat tradisional itu berbeza daripada ubat-ubat moden. Ia hanyalah jaminan keselamatan dan bahawa ia tidak mengandungi dadah yang berbahaya, bukan kelulusan dari segi keberkesanan ubat.

Tetapi tidakkah ini memberi ancaman kepada perkembangan ubat-ubat tradisional?

Bagaimana pulak begitu?

Ya lah. Ia telah digunakan oleh nenek moyang kita berkurun-kurun. Dengan cara mewajibkan mendaftarkan ubat itu, tidakkah ia menyekat perkembangan ubat-ubat tradisional dalam masyarakat?

Tidak juga. Ubat-ubat itu masih disebar dan digunakan. Cuma ia hanya mampu dipasar atau dijual oleh pengusaha yang kaya atau bermodal besar. Kerana mereka saja yang mempunyai kilang seumpama itu. Pengusaha kecil seperti bomoh kampung, orang-orang asli dan pengamal tradisional sudah pasti tidak mampu. Kalau sdra mahu sebut sebagai ancaman, mungkin betul tapi hanya kepada pengusaha kecil. Kalau pengusaha atau pengamal itu banyak mempunyai ilmu tentang herba tempatan, tentulah ia tidak dapat memanjangkan perkhidmatannya kepada masyarakat sekeliling. Dari segi itu kita rugilah kerana amalan penggunaan herba itu sudah terbantut.

 

 

 

 

Tidak adakah cara lain mereka boleh mendaftarkan ubat mereka?

Ada.

Bagaimana?

Mereka boleh melantik kilang-kilang yang mempunyai status GMP untuk mengilang ubat meraka. Tapi itu kalau mereka setuju. Dan tentulah ada habuan kepada mereka untuk mengeluarkan surat lantikan.

Tidak adakah cara lain kita boleh mengatasi perkara ini?

Itulah masalahnya. Sebenarnya masalah ini boleh dipermudahkan jika kita mau membantu.

Bagaimana tu?

Umpama pihak Kementerian boleh benarkan mana-mana syarikat atau perniagaan atau individu memohon pendaftaran. Mereka isilah borang yang sama dan pihak berkenaan ambillah sampel ubat-ubat mereka untuk dianalisis. Kalau lulus, berikanlah no pendaftaran. Dan pihak Kementerian boleh membuat klasifikasi tehadap ubat-ubat yang didaftarkan itu. Ada yang dikeluarkan menerusi kilang berstatus GMP, ada dari kilang biasa dan mungkin ada dari pengamal tradisional.

Maknanya ia masih dikawal oleh kerajaan.

Tentu. Cuma ia dipermudahkan. Lagipun dalam keadaan sekarangpun, masih ada ubat-ubat tradisional yang tidak berdaftar dijual di kedai-kedai kopi atau di tepi lebuh raya PLUS.

Tapi barang mereka tidak dirampas.

Ya. Saya percaya kerajaan prihatin dan faham situasi ini. Itu mata pencarian mereka. Mereka bukannya menjual dadah

Apakah ubat homeopati pun termasuk dalam kategori ubat tradisional?

Bagi saya tidak, terutama bila kita merujuk kepada ubat-ubat homeopati yang telah diperhaluskan.

Maksud Dr.dengan diperhaluskan?

Ia merujuk kepada ubat homeopati yang telah dipotentaiskan. Umpamanya Aconite 6x. Ia sudah diproses secara saintifik dalam amalan homeopati. Ini disebabkan sudah pasti kandungan bahan aktifnya sudah tiada dari segi material kerana nisbah antara bahan asal dengan cairan ialah 1:1,000,000.

Jadi ubat homeopati adalah bebas dadah?

Boleh dikatakan begitu. Tetapi pengawalan masih perlu supaya tidak ada penipuan dan pemalsuan.

 

 --  TAMAT --

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011