AN INTERVIEW WITH

Master Trainer in homoeopathy (2)

at MHVI (in B.Melayu)  -  Mr. Mohamed Hatta, HMD:

Doctor’s mission

Misi Doktor Homeopati

Laman Utama

***********

 

Apakah tugas seorang pengamal homeopati?

Tugas seorang pengamal homeopati telah digariskan oleh Dr. Hahnemann di dalam bukunya, Organon of Medicine, iaitu “The physician’s high and only mission is to restore the sick to health, to cure, as it is termed”.

Maksudnya?

Maknanya telahpun diperincikan di dalam Organon. Yakni tidak perlu bagi seorang doktor itu berlagak pandai, membicarakan tentang pelbagai teori, membuat spekulasi-spekulasi dan hipotesis mengenai hakikat penyakit dan asal-usulnya. Itu semua kegemaran seorang alopati. Tumpukan sahaja kegiatan anda kepada usaha penyembuhan. Saya fakir cukup setakat itu. Tidak perlulah saya ulas panjang, hal itu boleh dirujuk dalam tafsiran Organon atau buku yang ditulis oleh Dr. Kent.

Apakah para pengamal homeopati berpegang teguh kepada prinsip ini?

Seharusnya begitulah. Tetapi itu tidak bermakna tiada yang tergelincir.

Tergelincir? Boleh Dr. jelaskan!!

Mereka yang tergelincir ialah mereka yang meletakkan matlamat lain sebagai keutamaan. Umpamanya mereka mengejar wang sehingga menganiaya pesakit. Seperti kes yang kita dengar di mana pesakit dikenakan caj sampai RM3,000 untuk rawatan AIDS. Itupun kalau benar laporan akhbar. Tetapi pesakit yang datang mengadu kepada sayapun ada. Antaranya, ada seorang yang datang mengadu beliau diberikan penawar pencegah selsema dan dikenakan caj RM200. 

Habis apa tindakan pesakit tersebut?

Tiada apa-apa. Saya cuma memaklumkan kepadanya bahawa tindakan doktor itu melampau. Beliau boleh melaporkan kepada persatuan. Tetapi apa persatuan boleh buat. Saya fikir lebih baik dia laporkan kepada persatuan pengguna.

Tidakkah itu menjatuhkan imej homeopati?

Memang ya. Namun apa yang boleh kita buat sekiranya persatuan yang memberi diploma itu tidak memberi didikan dan semangat Organon, mengamalkan sikap empati atau persaudaraan Islam.

Satu persoalan lagi… Apakah tugas para 1 Organon itu juga bermaksud seseorang itu harus bertugas sebagai pengamal homeopati sepenuh masa?

Maksud pertanyaan sdra?

Maksud saya seorang pengamal itu harus membuka sebuah klinik dan berada di situ sekurang-kurangnya dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ha!! Sdra silap. Mereka yang berfikiran begitu juga tidak memahami Organon. Termasuk mereka yang membuka klinik, kalau begitulah cara pemikiran mereka.

Saya kurang faham. Tolong jelaskan.

Sebenarnya makna kenyataan para 1 Organon itu ialah seseorang yang memberi komitmen kepada homeopati mesti bekerja sepenuh masa, 24 jam. Dia harus merawat dan berusaha menyembuhkan pesakit tanpa mengira di mana dia berada. Sama ada dia di pejabat, di rumah, di tempat kerja, di tengah jalan atau di mana saja. Tidakkah itu juga disebut di dalam sumpah setia Hippocrates? Mereka yang membaca sejarah hidup dan perjuangan Dr. Hahnemann pasti mengetahui bahawa Dr. Hahnemann sendiri tidak pernah menolak pesakit yang memohon dirawat walaupun orang tersebut datang di malam hari.

Jadi, Dr. menyokong seorang pengamal homeopati itu  membuat dua kerja? 

Bukan saja dua, malah tiga atau empat. Dia boleh melaksanakan tugas sebagai seorang muslim sepenuh masa, pengamal sepenuh masa, konsultan bagi syarikat, dan bekerja di pejabat juga? Tiada masalah. Malahan mereka inilah yang tidak akan mengenakan caj rawatan yang melampau kerana mereka mempunyai sara hidup yang tetap. Berbalik kepada soal waktu kerja tadi, kalau saya boleh tambah. Saya pernah lihat peristiwa yang menyayatkan hati saya sendiri. Iaitu seorang ibu membawa anaknya untuk dirawat kepada seorang pengamal homeopati. Tapi waktu itu sudah pukul 5.05 minit petang. Pengamal itu sudah mahu tutup klinik. Puas wanita itu merayu, tetapi pengamal itu tidak mahu melayan kerana katanya masa rawatan sudah tamat. Jadi saya ingin bertanya pada sdra, apa maknanya ni? Apakah orang ini faham prinsip Organon atau tidak?

 

 

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011