AN INTERVIEW WITH

Master Trainer in homoeopathy (3)

at MHVI (in B.Melayu)  -  Mr. Mohamed Hatta, HMD:

What is homeopathy?

Apa takrif homeopathy?

Laman Utama

*******

 

Dalam buku-buku sdra Dr., terdapat penekanan mengenai takrif homeopati? Mengapa?

Takrif yang betul itu penting. Mereka yang tidak dapat memberikan takrif yang penting itu menunjukkan dia tidak ada penguasaan dalam subjek ini. Sebab takrif “homoeopathy” itu berurutan dengan salah satu hukumnya yang utama. Lagipun kajian saya menunjukkan Dr. Burhanuddin telah mentakrifkannya secara tepat. Mengapa pula orang yang terkemudian memusingkan maknanya. Saya percaya mereka tidak bermaksud begitu (memusingkan maknanya). Tetapi ianya hasil kerana tidak faham.

Apakah takrif yang diberikan oleh Dr. Burhanuddin?

            Takrif Dr. Burhanuddin adalah seperti yang saya kutip dan nyatakan dalam buku saya (Homeopati: Perubatan Alaf Baru, 1999: ms. 85), iaitu “Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perka­taan Pathos ertinya sakit atau penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu”.

Apa bezanya dengan takrif yang diberikan oleh pengamal lain?

Bezanya sangat besar. Apabila “homeo” diertikan dengan “sama”, ia menunjukkan orang itu tidak peka dengan istilah “homeopathy”, dengan takrif yang telah diutarakan oleh Dr. Burhanuddin dan tidak kaji kenyataan Dr. Samuel Hahnemann mengenai perbezaan di antara “homo” dengan “homeo”.

Bagaimana dengan takrif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?

Tidak semua takrif dalam buku-buku yang diterbitkan oleh DBP itu boleh diambil bulat bulat. Memanglah perkataan “similar” dalam Kamus Dewan itu diertikan dengan serupa, sama dan identikal. Tetapi istilah Inggeris untuk “similar” dengan “the same” itu besar bezanya. Dan mereka (Websters) telah menterjemahkan dengan tepat bagi istilah “homeo” iaitu ‘similar’ dan menterjemahkan dengan tepat makna ”homo” iaitu ‘the same, identical’.

Dan Dr. Burhanuddin ‘arif mengenai perkara ini. Kerana itulah beliau tidak pernah menyebut perkataan ‘sama’ apabila memberi maksud bagi ‘homeo’. Tidakkah para pengamal memberi perhatian apabila Dr. Burhanuddin memberi penekanan kepada takrif “homeopathy”. Ini sekali lagi saya kutip untuk memberi manfaat bersama:

  “Homeopati ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsa­fah yang teguh, iaitu perubatan yang menggunakan kaedah SERUPA atau mengubat mengikut RAKSI atau mengubati seseorang sakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Iaitu …….”

Agaknya, di manakah silapnya?

Itu saya kurang tahu. Kesilapan itu boleh berlaku dalam proses pendidikan. Tetapi kalau sdra semua beri perhatian penuh kepada ceramah Dr. Mumammad Yaacob, sdra pasti akan mendengar nada yang sama dengan Dr. Burhanuddin. Begitu juga jika sdra membaca tulisan-tulisan beliau. Contohnya ialah esei beliau yang bertajuk “Homeopathy dan Biokemik Menurut Perspektif Islam”. Takrif beliau selari dengan tulisan Dr. Burhanuddin dan Dr. Hahnemann. Law of Similar dimaknakan dengan ‘Hukum Serupa’ atau ‘Hukum Seraksi’, bukan ‘hukum persamaan’.

Itu sebab saya kagumi dengan murid yang dididik sendiri oleh Dr. Burhanuddin.

 

Bersambung lagi:…..

 

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011