Laman Konsultan HBI  drhatta.com

Old :  PANAS 2008
 

Laman Utama

***********

Isu Menteri Kesihatan Malaysia

 

Apa komen doktor?

Saya tidak gemar beri komen mengenai urusan peribadi. Yang buruk tetap buruk, dan yang tetap baik.

Apa kesannya kepada masyarakat?

Kesannyapun sudah dibincang ramai. Jadi saya hanya ingin bangkitkan isu yang pernah saya utarakan dulu. Sedikit sebanyak apa yang telah berlaku ini mungkin menyedarkan kita.

Apa maksud doktor? Isu apa?

Isunya bukan bomoh saja yang mempunyai nafsu. Sesiapa saja termasuk doktor dan menteri kesihatan mempunyai nafsu. Kerana itu harus ada peraturan dalam bilik rawatan apabila ia melibatkan doktor lelaki dan pesakit wanita, dan sebaliknya. Kerana itu juga, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa tidak ada alasan darurat bagi doktor lelaki khususnya pakar sakitpuan untuk membuat pemeriksaan dan rawatan ke atas pesakit wanita tanpa batasan. Apa lagi jika ia sekadar pemeriksaan dan sakit biasa, ataupun sekadar untuk urusan bersalin.

Maksud doktor?

Dulu saya pernah beritahu bahawa sebelum perubatan Barat memonopoli, urusan ini dikendali oleh bidan-bidan kampung dengan baik. Di sini saya hanya ingin mengesyorkan supaya pihak berkenaan menyediakan satu perancangan khusus untuk mengembalikan urusan perbidanan dan sakit puan kepada yang berhak serta memberi keselesaan dan keselamatan kepada kaum ibu. 

Maknanya... doktor ingin supaya bidan-bidan kampung diwujudkan kembali?

Boleh jadi. Tetapi yang pentingnya ialah di setiap kawasan bidan kerajaan dan bidan kampung harus diberi kuasa dan saling bekerjasama. Bilangannya perlu ditambah dua kali ganda dalam tempoh terdekat. Begitu juga bilangan bidan-bidan di hospital. Mereka ini harus diramaikan dan diberi latihan yang cukup serta diberi kepercayaan. Dengan latihan yang sempurna mereka boleh menggantikan tempat pakar dalam kes-kes tertentu.

Tapi mereka masih memerlukan pakar perbidanan dan sakit puan?

Betul. Kita sediakanlah kaum wanita untuk urusan O & G. Pihak yang berkenaan boleh merancang untuk melahirkan pakar dari kalangan wanita mengikut peringkat. Jika DEB boleh dibuat perancangan untuk tempoh 30 tahun, Kenapa rancangan ini tidak ada? Perancangan yang menjadi fardhu kifayah bagi masyarakat Islam ini sepatutnya telah dibuat sejak merdeka dulu lagi.

Mungkin mereka lupa?

Ya. Melayu mudah alpa.

Ada lagi doc?

Saya hairan. Emansipasi wanita berjaya dalam banyak segi memperjuangkan hak mereka. Tetapi dalam hal ini mereka juga lupa. Namun saya banyak menerima aduan dari wanita yang tidak selesa diperiksa oleh doktor lelaki, terutama pemeriksaan sebelum dimasukkan ke bilik bersalin. Sdra sdri tentu tahu apa pemeriksaan itu. Justeru, saya juga percaya jika emansipasi itu mempunyai nafas Islam, mereka pasti akan tuntut. Sekali lagi saya tegaskan, ini fardhu kifayah. Selama mana kita harus menanggung dosa kerna tidak melaksanakan fardhu kifayah ini dengan sempurna. Apakah cukup dengan memberi alasan dharurat di kaca tv tanpa mempunyai perancangan yang sungguh-sunguh.

 

Admin HBI ; huzib123@gmail.com

Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011