Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

Artikel ini khas untuk Liputan Majlis Makan Malam "JasaMu DiKenang".

JASAMU DIKENANG:

Sempena Malam Jasamu Dikenang & Anugerah Pingat Emas Homeopati ke 3

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD  (11 Dis 2016)

 

Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Anugerah Emas

        Pengamal-pengamal homeopati datang dan pergi. Majoriti daripada mereka berjaya memberikan impak di dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat setempat. Sebahagian lain yang terlebih istimewa, begitu berjaya sehingga walaupun mereka tiada lagi, implikasi kehadiran mereka dirasai hingga ke hari ini. Tokoh-tokoh seperti Dr. Burhanuddin al-Helmy, Prof Dr Mohamad Yacob, Dr. Hj Azizan Hj Ismail dan Dr. Nik Omar adalah di antara nama-nama pengamal atau individu yang memberikan impak paling besar.

        Selain tokoh-tokoh yang disebutkan ini, ada lagi-tokoh-tokoh lain yang hebat dalam usaha pengembangan homeopati dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perubatan homeopati. Namanya didendangkan sekali-sekala tetapi belum pernah satu penghargaan yang besar diberikan. Justeru, kami di Malaysia Homeopathy Cyber Library merakamkan rasa syukur kerana buat pertama kalinya Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) mengambil inisiatif mengadakan satu malam khas bagi mengingati mereka ini.

        Majlis istimewa yang berlangsung pada 9hb Disember 2016 di Dewan Kuala Lumpur International Hotel dinamakan sebagai "Malam JasaMu Dikenang dan Anugerah Pingat Emas Homeopati ke 3". Majlis itu telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Alias bin Ali, penasihat MPHM dan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ucapan aluan disampaikan oleh Tn Hj Zainul Azmi Ahmad, Presiden MPHM. Sementara majlis anjuran MPHM itu mendapat tajaan penuh daripada Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn Bhd. 

Visi Presiden MPHM  

         Dalam ucapan alu-aluannya, Dr (H) Hj Zailnul Azmi Ahmad memaklumkan bahawa ini adalah Majis Makan Malam yang pertama kali diadakan.Objektif utama ialah untuk memberi penghargaan kepada perintis perubatan homeopati di tanah air dan memberi penghargaan kepada graduan program Bachelor in Homeopathic Medical Sciencence daripada Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS).

        Selepas menyentuh sedikit berkaitan dengan sejarah awal homeopati di Malaysia yang bermula sekitar tahun 1920an melalui kedatangan imigran, beliau juga memaklumkan hasrat MPHM untuk menulis dan membukukan sebuah buku sejarah mengenai Fakta Sejarah Rasmi Homeopati Malaysia serta biografi tokoh-tokoh homeopati tanah air. Beliau berharap buku itu akan menjadi satu rujukan rasmi di samping mengabadikan sumbangan-sumbangan pengamal dahulu.

        Presiden turut mengunjurkan hasrat dan cita-cita apabila MPHM meraikan usia 100 tahun homeopati di Malaysia pada tahun 2025 nanti, perkara-perkara berikut dapat dicapai: (i) Malaysia sudah menjadi satu hab atau pusat homeopati di rantau ASEAN di mana kita mempunyai sebuah pusat rujukan National Standard of Excellence dalam bidang homeopati, (ii) Program pengajian homeopati kita juga bukan setakat peringkat sarjana muda, tetapi juga hingga ke peringkat sarjana dan PHD dengan pelajarnya bukan sahaja dari dalam negara bahkan luar negara, (iii) Kilang homeopati negara pun harus mampu mengeluarkan produk selain untuk pasaran tempatan, ia turut diterima di peringkat antarabangsa, dan (iv) kilang kita juga (melalui kajian) sudah dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 jenis patogenetik drugs daripada tumbuh-tumbuhan tempatan. Penting juga ialah, (v) homeopati pada waktu itu menjadi profesion yang dihormati dengan pengamal-pengamalnya memakai gelaran-gelaran tertentu sebagai lambang profesion mereka.

        Pada waktu itu, rawatan homeopati bukan sahaja boleh didapati di premis-premis swasta, tapi juga di hospital kerajaan di mana-mana ceruk rantau. Seiringan dengan itu, para pengamal homeopati bukan sahaja sudah mampu membuat kajian dan kertas kerja bercorak saintifik di peringkat kebangsaan, sebaliknya turut boleh membentangkan di pentas-pentas antarabangsa.

Penerima Penghargaan JasaMu Dikenang

        Sebelum majlis "JASAMU DIKENANG" pada malam itu berlangsung, MPHM telah berjaya menghubungi sebahagian besar waris-waris penerima penghargaan Jasamu Dikenang. Ini diaklumkan secara personal oleh Presiden kepada konsultan kami. Usaha MPHM ini menunjukkan dedikasi bagi mencari bukti kebenaran sebelum satu-satu penghargaan diberi dan fakta dicatat. Jadi, keseluruhan lapan belas penama itu terdiri daripada:

1. Allahyarham Prof Dr Azim Saunde Rajah (1867-1978)

2. Mendiang Rev. Fr. John Leo Quinn (1901 -1983)

3. Allahyarham Prof Dr Burhanuddin al-Helmy (1911 - 1969)

4. Allahyarham Prof Dr Hj Mohammed Yacob (1918- 2007)

5. Allahyarham Prof Dr Hj Mohammed Noor bin Nordin  (1929 - 1994)

6. Allahyarham Prof Dr Abdul Ghani bin Sulaiman (1925 - 1985)

7.  Allahyarham Prof Dr Hj Md Dali bin Muin (1935 - 1992)

8. Allahyarham Prof Ir. Dr Hj Ahmad Khan bin Said (1946 - 2016)

9. Allahyarham Dr (H) Abdul Rahman bin Hj Hashim

10. Allahyarham Prof Madya Dr Hanapi bin Mohd Noor(1946 - 2016)

11. Allahyarham Dr (H) Hj Mohamed bin Mohd Noor (1939 - 2015)

12. Allahyarham Dr (H) Hj Ibrahim bin Mohammad (1947 - 2007)

13. Allahyarham Dr (H) Mohd Khan bin Subari (1948 - 2013)

14. Allahyarham Dr (H) Mohammed Osman bin Abul Nasir (1948 - 2015)

15. Allahyarham Prof Dr (H) Hj Azizan bin Ismail (1949 - 2007)

16. Allahyarham Prof Dr (H) Nik Omar bin Nik Daud (1950 - 2012)

17. Allahyarham Prof Dr (H) Razali bin Mohd daud (1952 - 2014), dan

18. Allahyarham Prof Dr (H) Zuhairni bin Abdul Ghani (1962 - 2015)

Meskipun buletin MPHM yang bertindak sebagai buku program pada malam itu telah menyenaraikan secara ringkas 18 orang pengamal dengan data sumbangan, kami lihat masih banyak penambah-baikan harus dibuat. Ada data-data penting dan utama gagal dikeluarkan dengan tepat. Kami percaya sekiranya, usaha lebih serius dilakukan dengan turut sama merujuk persatuan-persatuan di mana tokoh pengamal itu lama berkhidmat, lebih banyak maklumat akan dapat dihasilkan.

        Dalam menyusuri data dan sejarah kita tidak boleh pilih kasih terhadap maklumat meskipun pengamal itu datang daripada persatuan yang menjadi saingan ataupun kurang menyerlah pada perspektif kita. Kita harus bersikap jujur dan telus. Masyarakat tahu apa yang kita cuba sembunyikan.

Anugerah Pingat Emas dan Graduan Homeopati CUCMS?   

        Dalam penyampaian anugerah kepada graduan homeopati, pemenang Anugerah Pingat Emas dan Anugerah Dekan pada tahun 2016 ialah Cik Chia Meow Ping. Sementara Anugerah Industri diperoleh oleh Cik Fauziah binti Mohd Tahib.

        Senarai graduan Bachelor in Homeopathic Medical Science (CUCMS) tahun ini termasuklah Cik Hok Pek Kuan, En Muhammad Fadhil bin Ferdaos, Cik Nishali a/p Subramaniam, Cik Thanushiya Ampikapathy, Cik Vikneswary a/p Kanai San dan Mr William Baptist.

        Tahun ini, oleh kerana majlis makan malam memberi tumpuan kepada program "JasaMu Dikenang", anugerah pingat untuk para graduan kelihatan seolah-olah sedikit terhijab. Namun mereka sebagai generasi baru tidak pernah dilupakan.

Majlis Berlangsung Hingga Lewat Malam

        Oleh kerana majlis bermula sedikit lewat dan programpun panjang sehingga agak lewat malam, konsultan HBI terpaksa mengundur diri daripada majlis untuk satu program personal. Laporan kami cukup setakat ini. Kami percaya maklumat utama majlis makan malam pada malam ini sudah berjaya disampaikan seperti sepatutnya.

        Salam hormat daripada kami di Malaysia Homeopathy Cyber Library.

        Salam Tahun Baru 2017 yang bakal menjelang !!!

Sekian. Wa Llahu a'lam.

Referens:

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta3@yahoo.com

 


Sumber:

Virtual copyright HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016 color="#808080"> 2016