Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

 

ePengamal: Mai Jadi Orang HILIR

(Esei HBI - HOMEOLIBRARY)

 

oleh:  Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD, 5 April 2017

PENGENALAN:

Apa itu Orang Hilir?

            Orang Hilir merujuk kepada orang yang tinggal di hilir sungai atau di daerah sepanjang muara sungai. Jika kita merujuk kepada situasi di zaman ratusan tahun dahulu, kawasan ini kerapkali menjadi tempat berlabuhnya kapal-kapal rombongan atau bangsa daripada luar. Justeru, mereka yang tinggal di kawasan ini adalah orang-orang yang banyak bertembung dengan orang-orang asing atau pelayar daripada luar serta banyak menerima pengaruh sama ada positif atau negatif.

Beza Orang Hilir Dengan Orang Hulu

        Oang hulu merujuk kepada orang-orang yang tinggal di kawasan hulu sungai atau pendalaman. Mereka yang tinggal di sana (seperti orang asli) kurang terdedah kepada pengaruh luar dan tidak banyak mendapat pertembungan budaya. Ada kalanya mereka juga digelar orang dusun. Oleh kerana mereka banyak bergaul di kalangan mereka sahaja, mereka jarang mendapat pengaruh luar serta kurang membangun daripada segi mental dan fizikal.

Di Kelantan atau Terengganu atau mungkin juga di kawasan-kawasan lain, sudah menjadi percakapan atau buah mulut bahawa mereka yang mudah menerima perkara-perkara baru, modern, terkini disebut dengan gambaran "Ohh hilir demo ni", "hilir kan ni, kawe ada doh, ore lain tak dok lagi." Sedang orang-orang hulu masih di takuk lama, dan mungkin dari segi agama, masih berfahaman animistik.

Dalam ertikata lain, mereka yang hilir merupakan orang-orang yang terkedepan dan mendahului orang lain. Dari segi bisnes, penampilan, gaya, budi bahasa, pendidikan, kemajuan, politik, ekonomi, agama, budaya dan seumpamanya, orang-orang hilir akan menjuarai persekitaran kerana mereka yang mendapat pembaharuan terlebih dahulu.

Latar Belakang Pengamal Dan Penerbitan Organon Homeopati serta CD e-Pengamal 

            Orang Hilir lebih banyak berkaitan dengan apa yang hendak kita bicarakan di sini. Ini adalah kerana kita bicarakan mengenai pembaharuan dan pemodenan.

Pelancaran CD baru e-Pengamal merupakan satu lagi pembaharuan dalam pengumpulan bahan rujukan dan bahan-bahan yang membantu pengamal mendapat akses kepada kaedah Sistem Rawatan. Di sini, apa yang kami maksudkan ialah Sistem Rawatan Homeopati.

Oleh kerana dalam amalan Perubatan Homeopati, maklumat dan rujukan adalah terlalu banyak, kebanyakan pengamal tidak begitu hadam/lazim dengan semua simptom-simptom, penawar-penawar dan perbandingan antara penawar dalam rangka usaha mencari penawar yang tepat untuk dipreskripsi kepada pesakit. Kerana itu, mereka harus mempunyai kaedah yang lebih mudah.

SENARIO PENGAMAL-PENGAMAL TERAWAL

Dalam kaedah pengajaran homeopati di Malaysia sejak zaman Dr. Burhanuddin al-Helmy, pengamal homeopati khususnya yang banyak bergantung kepada bahasa Melayu sahaja, maka mereka akan bergantung bulat-bulat kepada ilmu guru-guru mereka, nota-nota mereka dan juga bahan-bahan dalam bahasa Melayu yang dikarang oleh guru mereka.

Sebahagian pengamal, ada juga yang mahir sedikit berbahasa Inggeris, terutamanya bekas-bekas pensyarah, para doktor (MBBS @ PHD) dan mereka yang berpendidikan Inggeris, mereka ini pastinya mempunyai pengetahuan yang lebih luas dalam bidang homeopati dan mempunyai kelebihan merujuk buku-buku tulisan pengamal homeopati Barat yang sebahagian besarnya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Kendatipun demikian, mereka masih kurang memahami bahasa-bahasa lama yang sangat klasik. Kerana itu, dengan adanya terjemahan buku utama Organon of Medicine yang baru kami keluarkan atas nama "Organon Perubatan Homeopati", kami berharap ianya memberi cahaya yang lebih terang bagi menyuluh laluan bidang ini.

Ini bukan bermakna kami adalah kumpulan pertama. Bahkan sebenarnya sejak masa Dr. Burhanuddin lagi terdapat beberapa usaha menterjemah dan usaha pengarangan bahan-bahan perubatan homeopati, cuma ia tidak diterbitkan secara konsisten dan disebarluas. Kami hanya menambah sedikit lagi inisiatif yang telahpun dimulakan oleh generasi Dr. Burhanuddin dan murid-murid Dr. Burhanuddin.

Mereka semua sudah hebat, cuma kita harus perhebatkan lagi.

USAHA MPHM SEHINGGA LAHIRNYA PENGAMAL LULUSAN CUCMS

Kini Malaysia sudah mempunyai graduan daripada Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS). Semua lulusan ini mahir dan fasih dalam kedua-dua bahasa. Mereka pastinya merupakan generasi yang sesuai dengan zaman ini. Ini boleh dianggap satu kejayaan besar Majlis Homeopathy Kebangsaan Maalaysia (MPHM) dalam memartabatkan sistem perubatan homeopati di Malaysia.

Tetapi mereka masih kurang pengalaman. Mereka juga tidak mempunyai modal untuk mengusahakan sesuatu yang besar, serta memerlukan lebih banyak bimbingan.

Pusat-pusat Rawatan Homeopati di seluruh Malaysia masih diusahakan oleh pengamal-pengamal lama. Meskipun mereka bukan lulusan universiti yang diiktiraf, namun pengalaman merawat mereka lebih luas dan jauh lebih berpengalaman. Kendatipun, banyak lagi perkara yang boleh dilakukan supaya kita boleh upgred skil dan penampilan dalam amalan atau praktik seharian mereka.

PELANCARAN CD E-PENGAMAL

Apabila kami bicarakan mengenai e-Pengamal, kami merujuk kepada amalan mengguna komputer di Pusat-pusat Rawatan Homeopati. Mereka yang berpegang kepada amalan homeopati klasik dan tak ingin mengguna sistem radionic atau pelbagai alat-alat modern yang membawa keluar daripada kaedah amalan daripada homeopati klasik kini boleh mempunyai satu lagi pilihan.

Inilah kegunaan CD atau eBuku atau program ePengamal. Atau secara ringkasnya, ia merujuk kepada kaedah rawatan dan sumber rujukan dalam amalan klinikal homeopati.

Dalam amalan di bilik rawatan, kita selalunya mengambil kes. Dalam mengambil kes ada beberapa isu. Antaranya, bila kita tidak ingat kepada remedi atau simptom-simptom remedi, kita terpaksa bergantung kepada buku-buku. Wajarkah sejak dulu hingga kini, kita merujuk buku-buku materia medika, terapeutik dan repertori? Sampai berkulat buku-buku itu pun kerana banyak kali dibelek pengamal. Bukan begitu?

Satu perkara lagi, kita selalu tercari-cari muka surat berapa ada remedi tertentu atau di bawah penyakit mana kita dapat cari simptom patologi yang bertepatan dengan saranan simptom? Banyak masa dihabis kan?

Sekarang kami perkemaskan dan ringkaskan keperluan di bilik rawatan dengan pengeluaran CD ePengamal. Apa yang lambat, kita boleh percepatkan. Apa yang nampak kurang profesional kita pertingkatkan penampilannya.

Meskipun kami pernah keluarkan dahulu, tetapi inilah yang terbaru. Harganya pula lebih murah.

ePengamal Adalah Untuk Orang Hilir

            Ini benar sekali. E-Pengamal memang hanya untuk orang hilir. Orang hulu, iaitu orang yang tidak ingin berubah, ingin kekal dalam budaya lama - mereka akan tetap mahukan membelek matera medika guru mereka, buku terapeutik guru mereka, nota-nota lama mereka atau buku-buku rujukan bahasa Inggeris kerana mereka boleh bergantung kepada semua itu, walaupun mungkin pesakit di hadapan nampak pengamal mereka begitu lekeh sekali di hadapan mereka. Ini soal penampilan, ya sahabat.

Tetapi bayangkan, apabila klien atau pesakit ini masuk ke bilik rawatan anda dan rupanya ada sebuah komputer tersergam. Selepas atau semasa konsultasi, mereka melihat anda menekan tetikus komputer, menatap komputer yang canggih (kerana pengamal ini mempunyai ePengamal), apa agaknya tanggapan klien atau pesakit? Tidakkah indah dan hebat bila dilihat dengan takjub.

Inilah tujuan penerbitan ePengamal. Ia bertujuan memberi ilmu (bagi mereka yang belum ada bahan ini), memperbaiki penampilan dan memudahkan urusan di bilik awatan. 

Kandungan eBook e-Pengamal

            Sahabat. Kami memberikan yang terbaik daripada segi kandungan ePengamal, yang berseuaian dengan harga dan penat lelah kami.

Di dalam ePengamal ini, kami berikan:

1. Rujukan buku-buku dalam Bahasa Malaysia yang sudah kami terbitkan seperti buku Perubatan Homeopati, Penawar Homeopati Pilihan 1 dan 2, Rujukan pantas First aid, dan lain-lain.

2. Yang utama dan dicari-cari oleh pengamal, iaitu Indeks Terapeutik Teew yang telah kami susun dan update. Bersamanya juga ialah Indeks Materia Medika Terapeutik (inverse Materi Medika) sebagai rujukan silang.

3. Rujukan Materia Mdika dan Repertori Dr. Boericke, bagi pengamal yang berminat merujuk dalam bahasa Inggeris. Anda boleh klik dengan pantas untuk mendapat kan remedi.

Dengan kandungan dan program seperti yang ditawarkan itu, sahabat, bukankah anda akan dapat lebih baik daripada segi ilmu, dari segi imej dan penamplan? Rujukan anda pula ada kedua-duanya, dalam bahasa Iggeris dan Bahasa Malaysia.

Paling penting, ya sahabat. Tidakkah anda nampak lebih "hilir", lebih sofistikated, lagi lebih diyakini sebagai pengamal alaf baru, zaman maya dan dunia tanpa sempadan?.

ePengamal adalah Kemudahan Untuk Anda

            Akhir kata. E-Pengamal ini akan memberi lebih banyak kepada anda, jauh berbaloi berbanding dengan wang yang dibelanjakan.

 Anda tidak lagi terkial-kial mencari atau mengambil buku di atas, dalam laci atau di bawah meja. Anda hanya klik sahaja pada skrip komputer dan boleh rujuk segera simptom terapeutik untuk mencari penawar terhampir. Anda juga boleh membaca bahan2 Materia Medika Boericke  atau reverse Materia Medika Teew, bagi mendalami simptom penawar berkaitan.

Yang penting, klien anda akan melihat anda dengan gambaran/pandangan "Wow" dalam minda mereka.

Untuk pesanan.

Sebarang pesanan boleh ditujukan ke nombor 019-6750544 atau 010-3035123. Sementara penghantaran akan dibuat melali emel ataupun download melalui web drhatta.com atau homeolibrary.com, insyaAllah. Semoga anda semua berjaya dan dirahmati.

Salam daripada kami. Bantu HBI untuk sama-sama majukan homeopati.

Referens:

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
huzib123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2016