Kembali

HOMEOPATI: TEORI DAN PRAKTIK
[Naskah ini merupakan naskhah simpanan dalam fail Wordstar sewaktu saya belajar homeopati dahulu. Kira-kira terjemahan asal itu dibuat pada tahun 1994. Selepas saya menemui fail ini beberapa tahun yang lalu saya sekadar simpan dan tidak sempat mengeditnya. Justeru, mungkin terdapat bahagian-bahagian yang ketinggalan. Jika itu berlaku, perlulah pengamal melihat kembali naskhahnya yang asal dalam bahasa Inggeris. Pada waktu saya upload naskhah terjemahan ini saya tidak memiliki naskhah asal bahasa Inggeris keluaran dulu itu. Tapi saya masukkan ke site ini dengan harapan ada gunanya buat semua.

- Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

 

 

HOMOEOPATI: TEORI DAN PRAKTIK

(Karya asal: Homeopathy In Theory And Practice)

Oleh:

Douglas M Borland

 

Bahagian 1

 

   Adalah  menarik untuk melihat sejarah perubatan sejak zaman  awal di  mana  kita mempunyai sedikit  pengetahuan.  Ini  menunjukkan bahawa  di  sana telah terdapat usaha yang berterusan  oleh  para doktor  untuk  menghubungkan praktik  mereka dengan kepercayaan falsafah  yang dipegang atau penemuan saintifik  zamannya.   Pada zaman permulaan,  hampir keseluruhan kepercayaan  yang  diterima mengandungi spekulasi falsafah.  Sejak bermulanya (fajar) penyelidikan saintifik, kepercayaan yang diterima pada waktu  tersebut telah semakin cenderung untuk diuji oleh kenyataan yang  dibuktikan oleh fakta.

  Di setiap  kurun usaha para doktor ialah untuk menyesuaikan  praktiknya  dengan  dogma ahli sains  dan  falsafah  yang berkuasa.  Inilah yang pada umumnya menyumbang kepada amalan perubatan  yang sentiasa  berubah  dan  turut menyumbang  kepada perubahan  yang berterusan  yang kita lihat berlaku dalam amalan  perubatan  hari ini.  Kita  boleh mengambil sebagai contoh  bagaimana  di  zaman permulaan  perubatan, praktik perubatan telah diasaskan  atas arahan falsafah mengenai pengaruh hati dan limpa ke atas pelbagai gangguan  yang dialami pesakit untuk menyedari bagaimana rawatan para  doktor sebenarnya berusaha untuk mengikut ajaran  penasihat falsafahnya.

  Di  zaman pertengahan, kita melihat langkah-langkah  utama  telah diambil  untuk membersihkan cecair beracun tubuh secara  teoretikal,  yang  sekali lagi dianggap betul pada  teorinya.   Kemudian kita melihat fajar patologi yang berlandaskan penyakit dan fajar pembedahan operatif (operative surgery)  dalam usaha  membuang organ yang berpenyakit.  Dan sekali lagi kemudiannya kita menyaksi penemuan jangkitan mikrob (microbic infection) dan langkah-langkah  yang  diambil oleh doktor untuk  mengaitkan  praktiknya kepada  penemuan baru ini.  Teori mikrob penyakit ini tentunya masih merupakan  kepercayaan yang diterima  umum,   tetapi  kita melihat semakin kurang penekanan diberikan ke atas organisma yang menjangkiti  dan  sebaliknya semakin banyak  pengakuan  diberikan kepada  tamu yang dijangkiti, dengan  modifikasi rawatan yang sejajar.

  Seterusnya  kita melihat penemuan dan  penggunaan kewujudan  vitamin-vitamin  dan pengaruhnya yang meluas  ke atas kesihatan manusia, dan sekali lagi kita melihat praktik perubatan diubahsuai  untuk menyesuaikannya kepada penemuan yang  terkemudian.  Tidak berapa lama dulu, tempat vitamin-vitamin telah  diambil  oleh  kelenjar-kelenjar yang  tidak  bersaluran  dengan proses pengeluaran dalamannya yang  tidak  putus-putus, dan kedua-dua pengaruh ini masih berperang untuk  mendapat tempat pertama dalam perubatan saintifik hari ini.

  Akhir-akhir  ini setengah daripada pekerja-pekerja Amerika  telah mengetengahkan satu teori bahawa kekurangan vitamin di dalam diri para  pesakit  adalah bukan disebabkan oleh  kurang  pengambilan vitamin-vitamin  tetapi adalah kerana kegagalan tubuh/konstitusi pesakit  untuk menggunakan vitamin-vitamin  tersebut  sebagaimana yang diperlukan demi kesihatannya.  Teori-teori dikemukakan tanpa noktah seperti fakta-fakta baru yang sentiasa ditemui,  sementara praktik berusaha untuk selari dengan perkembangan semasa.   Hanya menerusi  penemuan prinsip homoeopati memungkinkan buat  pertama kalinya  untuk menyatakan satu teori praktis yang dapat di  aplikasikan kepada mana-mana dan setiap penyakit.

  Peraturan  praktis ini adalah berasaskan pemerhatian  yang  tepat dan  telah  dibuktikan berkali-kali semenjak seratus lima  puluh tahun  yang  lalu.  Ianya tidak sekali-kali bergantung  ke  atas pelbagai kepercayaan atau perkembangan harian tetapi ia  sentiasa tetap dan mengawal rawatan yang yang diberikan oleh setiap doktor homoeopati.  Sebagaimana di sepanjang zaman para  doktor  telah berusaha untuk menjadikan praktiknya selari dengan teori  semasa, begitulah para homoeopath mencuba untuk memastikan  preskripsinya selari dengan aturan homoeopati.

  Masalah  kepada  kumpulan  ortodoks  berzaman-zaman  ialah  untuk menjadikan seni sejajar dengan teori.  Masalah bagi para  homoeopath  ialah untuk menjadikan seninya selari dengan  undang-undang homoeopati.   Apa  yang ingin saya selidiki ialah bagaimana  para homoeopath boleh dengan sangat mudah dan tepat membuat praktiknya sejajar dengan prinsip homoeopati.

 ----------------------

 ----------------------

   Perkara kedua yang perlu difahami ialah daripada sudut pandangan pengamal homeopati kesemua simptom-simptom dan  tanda-tanda yang dihasilkan oleh pesakit, yang menunjukkan perpindahan (departure) daripada kesihatan yang lengkap, adalah bukan pada tingkat  kepentingan  yang  sama apabila seseorang itu membuat keputusan mengenai penawar yang paling wajar digunakan di dalam rawatan  kes-kes  tertentu.  Ini telah membawa  kepada  apa  yang diistilahkan secara mudah sebagai Nilai Relatif Simptom-simptom (Relative  Value of Symptoms) daripada sudut pandangan preskripsian homoeopati.

   Setelah diperoleh rekod yang lengkap dan memuaskan, dan setelah diputuskan  yang mana daripada simptom-simptom di dalam kes  yang mempunyai kepentingan maksimum, seseorang itu itu harus memutuskan penawar yang mana di dalam Materia Medica homoeopati yang benar-benar sejajar dalam ilmu simptom  (symptomatology) untuk disepadankan dengan rekod  yang  diperoleh daripada pesakit.  Ini tidak  dapat tidak memerlukan kemudahan (fasiliti) dalam menangani Repertori Materia Medica yang lengkap.

  Akhirnya,  seseorang itu perlu memutuskan dalam  bentuk apakah penawar yang dipilih itu yang paling sesuai (dan memenuhi kesemua simptom-simptom)  dengan kes individu yang dia  berikhtiar  untuk sembuhkan.

    Seperti  apabila seseorang itu sedang mendekati  dengan  tujuan melakukan  diagnosis, di sana terdapat beberapa tanda-tanda  dan simptom-simptom  tertentu  yang apabila ianya wujud,  akan  pasti (tidak dapat tidak) menguatkan diagnosis dan menjadikannya lebih meyakinkan.   Jadi dalam mendekati satu-satu kes dari sudut  pandangan  memberi preskripsi homoeopati terdapat  tanda-tanda  dan simptom-simptom  tertentu  yang apabila  lahir,  akan  mengaitkan pemilihan  itu  dengan penawar yang tepat, betul.  Seseorang  itu diajar tentang apakah ciri-ciri utama dan penting yang mesti  ada demi untuk membuat diagnosis yang tepat, dan seseorang itu  juga harus  belajar  apakah sifat-sifat yang berlainan  dalam  memberi preskripsi homoeopati.

  Perkara  yang  pertama yang seseorang itu  harus  selalu  ingat ialah  dalam memberi prekripsi homoeopati seseorang itu  berusaha untuk  menemui  telatah/gaya/kelakuan yang menyimpang  daripada normal  apabila pesakit itu sakit.  Dengan idea di atas di dalam minda,  seseorang itu haruslah mengambilkira yang manakah  tanda-tanda  yang menyimpang daripada normal yang seseorang  itu  perlu ambil sebagai penentu penawar yang akan dipreskripsikan.  Dengan perkataan  lain,  apakah nilai relatif  daripada simptom-simptom yang berbeza yang dilahirkan oleh pesakit.

  Daripada  sudut  pandangan  ini,  simptom-simptom  yang  paling bernilai yang seseorang (homoeopath) itu dapat ambil ialah  simptom-simptom  yang  terkeluar  daripada kedudukan normal  mental pesakit.

  Simptom-simptom  mental ini dapat dibahagikan  kepada  beberapa kumpulan.  Mengikut  pandangan  kami, yang paling  penting  dan bernilai  ialah  mana-mana simptom yang  menunjukkan  perpindahan daripada keseimbangan normal/kebiasaan pesakit.  Yakni,  apa-apa perubahan yang disifatkan sebagai karakter (keperibadian/perwatakan) pesakit.  Sebagai contoh, sekiranya seorang (homoeopath) itu sedang  merawat  pesakit yang biasanya berada di dalam keadaan tenang  dan tenteram, tetapi sejak  mengidap  sakit-demam  telah menjadi  resah-gelisah,  gugup  dan bengis  - beliau  seharusnya mengambilkira bahawa fakta/kenyataan itu merupakan satu daripada kenyataan  paling  penting dalam menentukan penawar apakah yang patut diberi.

  Satu  perkara  yang timbul di sini yang memberi  tidak  sedikit masalah, terutama berapa berat harus dia timbangkan kepada  laporan  ke atas karakter normal pesakit berbanding dengan  perubahan karakter  yang secara kebetulan berlaku dengan  kehadiran  sakit-demam.   Dalam rawatan kes kronik, di mana seseorang  terserempak dengan  ciri-ciri mental yang begitu jelas  bagi  memperlihatkan pesakit itu kelihatan abnormal berbanding dengan purata (insan), keabnormalan tersebut seharusnya diambilkira dalam membuat preskrip bagi kesnya, walaupun di sana tiada perpindahan daripada  apa yang diterima  sebagai kedudukan  normal  beliau.   (Sebaliknya) Apabila  anda berdepan dengan keadaan akut dan subakut,  adalah lebih  baik  jika dibataskan perhatian  anda kepada  perpindahan daripada (keadaan) normal pesakit berbanding dengan  perpindahan daripada  purata  umum  insan.   Bilamana  jenis  simptom-simptom mental  seperti ini yang ditemui, apa yang disebutkan ini  adalah yang  paling bernilai dari sudut pandangan pemberian  preskripsi, dan ianya mesti diliputi oleh penawar yang dipilih untuk  merawat kes tersebut.

  Simptom-simptom mental yang besar selepas itu yang amat penting ialah apa yang seseorang (homoeopath) itu kelaskan di bawah tajuk gangguan  Naluri  Asas/Utama (disturbances of  the  Primary  Instincts).   Pertama-tamanya,  terdapat gangguan terhadap naluri memelihara  diri.   Umpamanya, sekiranya  pesakit  itu  tiba-tiba merasa benci kepada hidup, atau berkehendak kepada membinasa diri sendiri, iaitu gangguan yang ia kira tersangat penting dan mesti diliputi  oleh agen penawar.

  Beserta  dengan naluri asas memelihara diri, beliau  (homoeopath) boleh  mengumpulkan sebarang  fobia (rasa  takut) yang  mungkin pesakit  itu  alami.  Ini pada asasnya bergantung  kepada  naluri yang sama tadi dan dikelaskan sebagai sama penting.  Dalam kelas yang sama, walaupun sedikit kurang penting, seorang  (homoeopath) itu meletakkan simptom-simptom yang  disebut  sebagai  gangguan naluri sosial - yakni apa-apa yang ada kaitan dengan pemeliharaan ras seperti gangguan terhadap kasih-sayang,  perubahan  dalam hubungan  kekeluargaan, kekurangan terhadap keinginan kebiasaan kepada  teman  atau  simpati, bahkan apa  saja  yang  menunjukkan perpindahan daripada naluri sosial yang biasa.

  Kemudiannya  ialah simptom-simptom kelas ketiga di mana  seseorang itu harus mengambilkira dan yang mana seseorang (homoeopath) itu  boleh  menamakannya secara mudah  sebagai  gangguan  kepada Pemahaman  atau Intelek  (disturbances of  the Understanding  @ Intellect).  Di bawah tajuk ini, seseorang itu harus mengambilkira gangguan-gangguan  seperti ilusi atau delusi,  atau  simptom-simptom  yang  timbul semasa meracau.  Juga di bawah tajuk  yang sama, seseorang itu boleh memasukkan mimpi-mimpi yang yang berlaku secara berterusan.   

  Akhirnya,  di  bawah bahagian mental seorang  (homoeopath)  itu boleh menimbang simptom-simptom yang menunjukkan keupayaan mental secara umum seperti kuasa memberikan konsentrasi, kesanggupan/mampuan untuk bekerja, susah mencari perkataan atau ungkapan yang sesuai dan gangguan terhadap ingatan/memori.

  Sekiranya dijumpa simptom mental secara keseluruhannya maka  ia akan merupakan faktor penentu dalam pemilihan penawar yang  secocok.  Dan di bawah tajuk simptom-simptom mental, darjah / tingkat-tingkat  keutamaan  adalah: pertama:  karakter,  kedua: gangguan terhadap naluri-naluri asas, ketiga: gangguan terhadap  pemahaman atau intelek, dan akhirnya: gangguan keupayaan mental dan  memori yang umum.

  Kini  sampai  kepada simptom-simptom fizikal  yang  diadu  oleh pesakit di mana dari sudut pandangan pemberian preskripsi  seseorang itu sekali lagi mengrednya  mengikut darjah kepentingan.  Di sini seseorang (homoeopath) mengira simptom-simptom fizikal yang paling penting ialah simptom-simptom yang merujuk kepada  pesakit secara keseluruhan berbanding simptom-simptom yang merujuk kepada satu  atau  lain-lain organ atau bahagian.  Ini  disebut  sebagai Fizikal Umum (the Physical Generals), yang bermaksud pesakit pada umumnya atau secara keseluruhannya adalah lebih baik atau merosot dalam  keadaan  tertentu, atau dia mempunyai perasaan  yang  umum berbanding dengan sensasi yang dirasa di setengah-setengah  bahagian tertentu.

    Dalam praktik, telah didapati bahawa simptom-simptom yang  umum ini sekali lagi tidak sama nilai kesemuanya.  Dan natijahnya, terdapat kecenderungan untuk mengkelaskannya di bawah tajuk-tajuk yang berlainan mengikut darjah kepentingannya.  Melihat dari sudut ini,  seorang  (homoeopath) mengira bahawa  simptom-simptom umum yang melahirkan  keinginan-keinginan dan kebencian-kebencian fizikal adalah merupakan yang paling penting.  Apa yang dimaksudkan dengan keinginan2 dan kebencian2 fizikal yang cuba dilahirkan oleh seseorang itu, pertama sekali ialah gangguan-gangguan  seks, dan  keduanya  apa-apa kebencian atau hasrat  kepada  jenis-jenis makanan atau minuman tertentu.

  Yang kedua penting, seseorang (homoeopath) mengambilkira reaksi pesakit  secara keseluruhan kepada rangsangan  luaran  (external stimuli),  yakni  respons mereka kepada panas  dan  sejuk,  udara segar atau pengap/sesak, basah atau kering, guruh atau salji, dan seterusnya.  Sebagai tambahan, bahagian ini termasuk juga apa-apa kecenderungan kepada ketika atau masa datangnya aduan.  Dan termasuk juga apa-apa makanan yang tidak selaras dan apa-apa manifestasi alahan yang nyata.

  Simptom-simptom  umum  yang ketiga   boleh  diterangkan  dengan mudah dengan istilah Reaksi atau Sensasi Umum (General  Sensation or reaction) pesakit sebagai tindakbalas kepada tindakan-tindakan tertentu atau sebagai tindakbalas kepada keadaan fisiologi  yang tetap, pasti.  Contohnya, sama ada pesakit itu lega apabila bergerak atau sedang  rehat, sama ada dia lega atau melarat dengan tidur, lega atau melarat apabila berpuasa atau makan - dengan andaian reaksi-reaksi ini adalah umum dan dilahirkan oleh pesakit sendiri sama ada  ia  merasa  lega atau melarat.  Di bawah  tajuk  keadaan fisiologi juga, seseorang itu meletakkan perasaan baik-sihat atau sakit-demam  dalam kondisi seperti selepas berak (stool), semasa haid, selepas hubungan seks, atau dalam lain perkataan  respons kepada sebarang aktiviti fizikal yang normal.   

  Di sana terdapat simptom-simptom umum yang lain yang  seseorang (homoeopath) itu meletakkannya sebagai mempunyai darjah kepentingan  yang  sama, walaupun tidak begitu diliputi oleh  tajuk  yang telah saya berikan. Ini termasuklah simptom-simptom yang  begitu umum kepada pesakit, seperti sekiranya kesemua rasa sakit mempunyai karakter  yang  sama tidak kira di mana  ianya  terasa  maka seorang  (homoeopath) akan menjangkakan kemungkinan terdapat faktor (penge)kuasa yang umum dan dengan itu pertimbangan  harus diberikan kepada perkara ini semasa memberi preskripsi.  Lagipun, sekiranya seorang pesakit sedang menderitai daripada kondisi yang menyakitkan dan kesakitan tersebut cenderung untuk bertambah atau berpindah dengan sifat yang sama di setiap waktu, itu akan dikira perkara yang pada umumnya penting.  Atau lagi, sekiranya  kesemua aduan  pesakit pada keseluruhannya atau kebanyakannya cenderung terbatas  kepada satu bahagian tubuh, (sifat)  sebahagian  itupun dipandang sangat penting.

  Kemudian,  seorang (homoeopath) mengambilkira  kesemua  sejarah /latarbelakang perubatan pesakit yang lepas yang mungkin  memberi kesan  kepada gangguan semasa/kini, dan seorang (homoeopath)  itu memberikan pertimbangan  yang sama darjat/berat  kepada  perkara tersebut dalam langkah-langkah pemberian penawar.  Di bawah tajuk ini,  seseorang itu akhirnya meletakkan apa sahaja dalam  sejarah pesakit yang mungkin menunjukkan (penyakit) kecenderungan keluarga atau penyakit keturunan (hereditary dyscrasia).

  Yang  agak kurang penting tetapi apa yang seseorang  itu  masih menganggap  umum dalam karakternya  ialah simptom-simptom  yang merujuk  kepada pendarahan dan discaj, dengan andaian  pendarahan dan  discaj itu berterusan karakternya walau  daripada mana-mana bahagian anatomi.

  Apa  yang  disebutkan tadi merangkumi  kesemua  simptom-simptom umum, dan darjah nilai(nya) dari sudut pandangan pemilihan  penawar  adalah  mengikut aturan berikut:  pertama  gangguan  kepada keinginan fizikal (physical appetites), kedua respons umum kepada rangsangan luaran (external stimuli), ketiga reaksi umum  sebagai tindakbalas kepada  aktiviti fizikal atau  kedudukan  fisiologi, juga sakit yang mempunyai karakter yang umum, sejarah personal yang lampau dan sejarah keluarga, dan yang paling kurang penting ialah pendarahan dan discaj.

  Akhirnya,  seseorang (homoeopath) itu  melihat  simptom-simptom yang  merujuk kepada  satu atau beberapa organ atau sistem, @ dengan perkataan lain merujuk kepada simptom-simptom yang  biasanya pesakit awal-awal lagi mengadu. Juga dari sudut pandangan pemberian  preskripsi,  seseorang itu tidak menganggap simptom-simptom  ini sebagai  mempunyai darjah kepentingan yang sama. Malah dia akan menganggap bilamana satu simptom itu merujuk kepada organ vital, maka ianya akan menjadi lebih penting daripada  simptom-simptom  yang  merujuk kepada organ permukaan  atau kulit.   Simptom-simptom yang merujuk kepada jantung,  paru-paru, sistem penghadaman (digestive tract) dan sistem saraf pusat akan diberi kepentingan yang lebih.  Sebaliknya, simptom-simptom  yang merujuk  kepada tulang rangka, otot-otot, sendi-sendi atau saraf kurang penting (periferal) akan dianggap kurang penting.   Dan akhir sekali, simptom-simptom yang merujuk kepada tisu subcutaneous atau kulit akan dipandang paling kurang penting. 

  Dalam sebahagian kecil kes-kes seorang (homoeopath) akan bertemu dengan  contoh-contoh di mana simptom-simptom atau  satu  simptom tertentu yang diadu oleh pesakit dianggap sebagai ganjil  (peculiar).   Keganjilan itu mungkin bergantung kepada kenyataan bahawa dalam pengalaman seorang (homoeopath) berkaitan  penyakit yang dialami oleh pesakit tersebut dia akan menjangkakan  aduan pesakit akan berlawanan dengan yang sepatutnya berlaku.   Sebagai contoh, di mana seorang (pesakit) mengalami radang  sendi  yang sangat  nyata, menurut pengalamannya (homoeopath) sendi  tersebut akan  sensitif kepada urutan dan pergerakan.   Tetapi sekiranya, dia (homoeopath) menerima kes di mana situasi  yang  berlawanan berlaku, iaitu sendi yang sakit itu lega dengan manipulasi dan urutan, maka dia mengira bahawa keganjilan itu mesti diambil kira dalam pemilihan penawar yang tepat.

  Sejenis keanihan lagi yang kerapkali ditemui homoeopath ialah kes di mana simptom yang sangat biasa timbul hanya dalam keadaan yang ganjil dan terhad.  Contohnya, adalah biasa bila mendapati  pesakit  mengalami  cirit-birit (diarrhoea), tetapi  bilamana cirit-birit  itu  disebabkan  oleh  pengharapan (anticipation)  kepada aktiviti-aktiviti yang jarang/luarbiasa, fakta itu mesti diambilkira.   Atau dalam keadaan yang  bertentangan, sembelit  telah menjadi kebiasaan di hari ini, tetapi bilamana seseorang itu mendapati kes di mana pesakit itu tidak dapat membuang air besar di saat kehadiran jururawat, maka sekali lagi simptom itu  perlu diambil sebagai peringatan.  Atau satu lagi contoh yang selalu diutarakan  ialah di mana kesukaran untuk kencing  dirasai hanya apabila ada orang yang ada berhampiran/disekitar.

   Apabila saja seseorang itu terserempak simptom-simptom ganjil ini, mereka  selalu harus mencatatnya dengan berhati-hati dan usaha hendaklah  dibuat untuk memasukkannya ke dalam gambaran penawar yang akan dipreskripsikan.  Dalam banyak kes,  adalah mungkin dengan mengambilkira simptom-simptom ganjil ini sahaja kita boleh diarahkan kepada penawar yang paling tepat.  Tetapi perhatian yang berat hendaklah diberikan dalam perkara ini kerana rekod mengenai penghasilan simptom-simptom ganjil  ini tidaklah lengkap, dan lebih-lebih lagi dalam keadaan mana simptom-simptom mental  atau umum yang sangat jelas yang dihasilkan oleh  penawar adalah berlainan/berbeza dengan simptom-simptom mental dan  simptom-simptom umum yang nyata si individu pesakit yang melahirkan simptom-simptom yang ganjil(anih), tiada kesan  kesembuhan akan menyusul pemberian penawar yang ditunjukkan dengan jelas tadi.  Atau  dengan perkataan lain, meskipun simptom-simptom ganjil  ini mungkin boleh memberi bantuan yang besar apabila tidak terdapat tanda-tanda yang bertentangan (contra-indications),  ia  tidak boleh dianggap mengatasi unsur-unsur (symptom-simptom) yang lain.

  Setelah  mendapat  gambaran yang jelas mengenai  nilai  relatif simptom-simptom  dari sudut  pandangan  preskripsi homoeopati, seseorang itu harus mendekati masalah bagaimana ia dapat memastikan untuk memperoleh kesemua maklumat yang perlu mengenai kes-kes yang tertentu.  Seseorang itu mungkin mendapati bahawa  mengambil kes menerusi  sudut  pandangan  perubatan  biasa  membolehkannya mendapat  semua maklumat/sifat-sifat yang relevan (relevant  features)  yang  membolehkkannya membuat diagnosis.   Bagaimanapun, dalam  kebanyakan  kes diagnosis itu tidak  akan  dapat membantu dalam pemilihan penawar.  Pada keseluruhannya hal ini akan ditentukan oleh simptom-simptom yang diberikan oleh pesakit yang menunjukkan ianya tidak sihat, atau dalam perkataan yang lain  ia telah berpindah daripada normalnya.

  Kejayaan  seseorang di dalam seni pemberian preskripsi  homoeopati  pada keseluruhannya bergantung kepada kemampuan  seseorang mengindividualisasi  setiap kes yang ia  rawat.   Dengan  menumpu kepada  tujuan ini, apa yang seseorang itu selalu berusaha  untuk lakukan  ialah  mengetahui bagaimanakah cara simptom  yang  diadu oleh pesakit itu diubah (modified) oleh keadaan luaran  (external circumstances), atau oleh apa-apa tindakan pesakit, atau dipengaruhi  oleh  masa.  Sebagai contoh, adalah pengalaman  yang  biasa apabila  seorang pesakit datang dengan simptom-simptom reumatik yang  tidak pasti, yang mengandungi sejumlah kekakuan, kesakitan dan kesukaran bergerak yang tertentu.

  Simptom-simptom  ini tidak sekali-kali membantu  dalam  pemilihan penawar anda kerana ia mungkin akan dirangkumi oleh seratus  atau lebih  penawar yang berlainan.  Apa yang  seseorang  (homoeopath) itu  cuba  usahakan  ialah mendapat  maklumat daripada  pesakit  setepatnya  mengenai  keadaan yang bagaimanakah  yang  sebenarnya merubah aduan; yakni adakah ianya dipengaruhi oleh apa-apa tindakan  pesakit seperti pergerakan, rehat, adakah  ianya disebabkan perubahan  cuaca, atau adakah ia cenderung melarat  pada  jam-jam tertentu dalam tempoh 24 jam.  Daripada sudut pandangan diagnostik yang biasa kenyataan ini mungkin memberi sedikit kepentingan; tetapi daripada sudut pemberian preskripsi homoeopati simptom-simptom tersebut merupakan faktor-faktor penentu bagi kes.

- bersambung.....

 

   

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
drhatta3@yahoo.com

 


Apologi: Saya pohon maaf kerana tidak berhasrat untuk membuat semakan teliti kali kedua, tetapi berdasarkan semakan secara sepintas lalu,  saya percaya ia boleh difahami oleh pelajar homeopati maupun pengamal yang bijaksana. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Copyright Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH) 2011