Aconitum
napellus
lebih dikenali dengan panggilan pendek
Aconite. Tinktur disediakan daripada
keseluruhan pokok dan akar, yang dikutip semasa
ia mula berbunga. Ianya pernah digunakan sebagai
racun di masa lampau dan di zaman pertengahan
serta ada disebut di dalam tulisan-tulisan
penulis klasik Yunani (Greek).
Aconite diperkenalkan ke dalam perubatan
oleh Anton von Stoerck pada tahun 1762 yang
menyatakan kegunaannya dalam mendorong evakuasi.
Pada akhir abad ke 18, para doktor lain turut
menggunanya tetapi mereka merasakan Aconite
sangat merbahaya bagi penggunaan secara
internal. Justeru, ia hanya digunakan dalam
rawatan topikal sahaja.
Dr.
Hahnemann mengujibukti penawar Aconite
dan menerbitkannya pada tahun 1805 sehingga ia
menjadi salah satu daripada penawar-penawar yang
diguna dengan meluas di dalam homeopati,
khususnya bagi merawat penyakit yang dicirikan
dengan demam dan keradangan. Perubatan ortodoks
juga mulai mengguna kembali Aconite
selepas ianya diperkenalkan oleh homeopati. Hal
tersebut berkekalan sehingga perang dunia kedua.
Homeopati berjaya mengamal- gunakan Aconite
sehingga ke hari ini dalam dos yang
diperkecilkan dengan berkesan.
Manifestasi penawar homeopati Aconite
yang jelas ialah kegelisahan mental dan fizikal,
di samping wujudnya perasaan takut.
Simptom-simptom lain ialah serangan secara
tiba-tiba dan akut yang disertai dengan demam.
Banyak mengadu dan tertekan yang disebabkan oleh
terdedah kepada cuaca sejuk dan kering. Atau
aduan disebabkan udara yang teramat panas.
Terbakar di bahagian dalam; berdenyut, dingin
dan rasa kebas. Ia juga boleh diberi bagi
influenza [Influenzin].
Berikut diperturunkan simptom partikular Dr.
Boericke sebagaimana yang dicatatkan di dalam
Boericke's Materia Medica with Repertory:
Minda.
Kebimbangan, kekhuatiran dan ketakutan
yang bersangatan mengiringi setiap penyakit,
walaupun tidak teruk. Meracau dicirikan oleh
dukacita, bimbang, takut, kegilaan, jarang
sekali tidak sedar. Berfirasat dan takut.
Takut mati tetapi percaya bahawa dia akan
segera mati; menjangka harinya. Takut kepada
masa depan, sekumpulan orang menyeberangi jalan.
Gelisah, ke sana ke mari. Kecenderungan
untuk menyentak. Imaginasi akut, meramal. Tidak
dapat bertolak ansur sakitnya; malah
menyebabkannya jadi gila. Tidak dapat mendengar
muzik; menyebabkannya sedih [Ambra.] Ia
fikir ideanya datang daripada perut - bahawa
bahagian-bahagian tubuhnya luar biasa tebalnya.
Merasakan seolah-olah apa yang baru saja dibuat
hanyalah satu mimpi.
Kepala.
Penuh sesak, berat, berdenyut, panas,
meledak, membakar, rasa beralun. Tekanan
di tulang pangkal otak (Hedera Helix.)
Sakit kepala membakar seolah-olah otak
digerakkan oleh air mendidih (Indigo.)
Vertigo; pening melarat ketika bangkit (Nux.
Opium) dan menggelengkan kepala. Rasa di
puncak kepala seolah-olah rambut ditarik atau
berdiri tegak. Meracau kuat pada waktu malam.
Mata.
Merah, menyala. Rasa kering dan panas,
seolah-olah pasir berada di dalam. Kelopak
mata bengkak, keras dan merah. Tidak suka
kepada cahaya. Air mata meleleh banyak selepas
terdedah kepada angin kering, sejuk, refleksi
daripada salji, selepas mengeluarkan debu
dan (selepas mengeluarkan) lelain benda asing.
Telinga.
Sangat sensitif kepada bunyi, tidak dapat
tahan bunyi muzik. Bahagian luar telinga panas,
merah, sakit, bengkak. Sakit telinga (Cham.).
Rasa seperti titis-titis air di dalam telinga
kiri.
Hidung.
Penciumannya amat sensitif. Sakit pada
pangkal hidung. Hidung berair; banyak bersin;
berdenyut-denyut di dalam lubang hidung. Keluar
darah yang berwarna merah cerah. Membran
mukus kering, hidung tersumbat; kering beserta
koriza berair jernih yang sangat sedikit.
Muka.
Merah, panas merah padam, bengkak. Sebelah pipi
merah, sebelah lagi pucat (Cham., Ipec.).
Muka merah menjadi pucat seperti mayat atau
pesakit menjadi pening sewaktu bangkit. Rasa
menggelenyar di kedua pipi dan kebas.
Neuralgia, terutamanya di sebelah kiri serta
gelisah, menggelenyar dan kebas. Sakit
pada rahang.
Mulut.
Kebas, kering dan menggelenyar. Lidah membengkak;
hujungnya rasa menggelenyar. Gigi
sensitif terhadap sejuk. Sentiasa
menggerak-gerakkan rahang bawah seperti
mengunyah. Gusi panas dan radang.
Lidah diselaputi warna putih. [Antim.
crud.]
Kerongkong.
Merah, kering, mencerut, kebas, menyucuk,
membakar, menyengat. Tonsil bengkak dan kering.
Perut.
Muntah-muntah beserta takut, panas, berpeluh
keringat dan banyak kencing. Dahagakan air
sejuk. Semua terasa pahit kecuali air sejuk.
Tersangat dahaga. Minum, muntah dan ia
mengisytiharkan bahawa ia akan mati. Muntah air
hempedu, mukus, mengandungi darah, kehijauan.
Rasa tekanan di dalam perut beserta dispnea,
payah bernafas. Hematemesis; muntah keluar darah.
Membakar dari perut ke esofagus.
Abdomen.
Panas, tegang, timpanitik; kembung berbunyi.
Sensitif dengan sentuhan. Kolik; perut memulas,
sebarang kedudukan tidak melegakan.
Simptom-simptom abdomen lega selepas mengambil
sup hangat. Terbakar di sekitar pusat.
Rektum.
Sakit beserta gatal dan rasa menyucuk di dalam
lubang dubur pada waktu malam. Najis kecil dan
kerap beserta tenesmus; hijau seperti herba
yang ditumbuk. Air kencing putih beserta
merah. Discaj kolera serta tidak sedar, cemas
dan kegelisahan. Buasir berdarah. (Hamam.)
Kanak-kanak yang kena diarea yang cair seperti
air. Mereka sangat suka menangis, mengadu, payah
tidur dan gelisah.
Urin.
Sangat sedikit, merah, panas, menyakitkan.
Tenesmus dan rasa terbakar pada pangkal pundi
kencing. Rasa terbakar di saluran kencing.
Kencing tertahan, berdarah. Selalu khuatir
sewaktu mula hendak kencing. Kencing tertahan
serta memekik dan resah gelisah, sambil
memegang-megang kemaluan. Kawasan ginjal (pada
ari-ari) sangat sensitif. Kencing melimpah,
keringat melimpah dan cirit-birit.
Lelaki.
Rasa merayap-rayap dan menyengat di dalam
kelenjar. Sakit memar di buah zakar, bengkak,
keras. Kerap mengeras tegang dan keluar mani.
Tegang zakarnya menyakitkan.
Perempuan.
Liang faraj kering, panas, sensitif. Haid
terlalu melimpah, serta hidung berdarah,
berpanjangan, lambat. Cemas kalut bila haid
bermula. Haid tertekan kerana takut,
sejuk pada orang berbentuk cergas. Ovari
penuh sesak dan sakit. Sakit menjalar tajam di
dalam peranakan. Sakit selepas bersalin,
disertai takut dan gelisah.
Respiratori.
Sentiasa ada tekanan di sekitar dada kiri.
Sesak nafas walau bergerak sedikit. Parau,
kering, batuk mencungap. Nyaring, payah
bernafas. Kanak-kanak memegang kerongkong setiap
kali dia batuk. Sangat sensitif dengan udara
yang disedut. Nafas singkat. Larings
sensitif. Mencucuk-cucuk di dalam dada. Batuk,
kering, pendek, keras; melarat malam dan
selepas tengah malam. Rasa panas di dalam
paru-paru. Darah keluar semasa mendehem.
Menggelenyar dalam dada selepas batuk.
Jantung.
Jantung bergerak cepat secara luar biasa.
Gangguan pada jantung beserta sakit di bahu
kiri. Sakit mencucuk-cucuk di dalam dada.
Berdebar, khuatir serta cemas, pitam dan
jari-jari menggelenyar. Nadi penuh,
keras, tegang dan memantul, kadang-kadang
terhenti-henti. Salur nadi pelapis dan salur
nadi karotid terasa bila duduk.
Belakang.
Kebas, kaku, keras, terasa sakit. Merayap dan
menggelenyar seolah-olah memar. Kekakuan pada
tengkuk. Memar sengal di antara tulang belikat.
Ekstremiti.
Kebas dan menggelenyar, rasa sakit
menjalar; sejuk seperti air batu tetapi tangan
dan kaki tidak terasa. Lengan rasa lemah, memar,
berat, kebas. Rasa sakit menurun ke tangan kiri
[Cact., Crotal., Kalmia, Tabac.]
Tangan panas dan kaki sejuk. Radang reumatik
sendi-sendi; melarat malam hari, bengkak merah
berkilat dan sangat sensitif. Sendi pinggul dan
paha rasa lemah, terutama selepas berbaring.
Lutut tidak tegap; Kaki diatur untuk membelok. (Aescul.)
Ligamen semua sendi lemah dan kendur. Semua
sendi berderik-derik tidak sakit. Kedua belah
tangan timbul (hypothenar eminences) warna merah
menyala. Rasa seperti titik-titik air turun
ke paha.
Tidur.
Mengigau. Tiap-tiap malam meracau.
Mimpi-mimpi yang mencemaskan. Sukar lelap,
gelisah dan resah tidak dapat tidur. [Guna
potensi 30] Terkejut semasa tidur. Mimpi
berpanjangan dengan dada sentiasa cemas.
Insomnia bagi orang tua.
Kulit.
Merah, panas, bengkak, kering, membakar.
Purpura miliaris. Ruam-ruam seperti campak.
Berdiri bulu roma. Kesemputan dan kebas. Seram
sejuk dan semput ke punggung. Kegatalan lega
dengan stimulan.
Demam.
Peringkat demam paling nyata. Peluh sejuk dan
muka sejuk seperti air batu. Sejuk dan panas
berselang seli. Seram sejuk sebelah malam
selepas masuk tidur. Gelombang sejuk
menguasai seluruh tubuh. Sentiasa dahaga
dan resah gelisah. Seram sejuk bila disentuh
atau tidak mengguna selimut. Panas kering dan
muka merah.
Modaliti.
Mengurang di udara lapang; melarat
di bilik panas, di sebelah petang dan
malam; melarat berbaring di bahagian
yang sakit, daripada muzik, daripada asap rokok,
angin kering sejuk.
Hubungan..
Asid, wain dan kopi, lemonade dan buah-buahan
berasid mengubahsuai tindakannya. Penawar
komplemen: Arnica dalam kes trauma,
Coffea semasa demam, dan Sulphur.
Sulphur boleh dianggap Aconite
kronik. Ia kerap menyempurnakan kesembuhan
yang dimulakan oleh Aconite.
Bandingkan:
Bellad.; Cham.; Coffea; Ferrum phos.
Penawar antidot:
Acetic acid, Bellad., Nux vom., Sulph.
Dos.
Potensi 6 untuk penyakit yang berhubungan.
dengan pancaindera; 1 hingga 3 untuk keadaan
kongestif. Mesti kerap diulangi dalam
penyakit-penyakit akut. Aconite bekerja
dengan cepat. Dalam kes neuralgia, boleh guna
potensi 30, itupun bergantung kepada kesesuaian
dengan pesakit.
|