APIS MELLIFICA

Bertindak ke atas tisu berselular yang menyebabkan edema pada kulit dan membran mukosa. Kesan sengatan lebah yang paling tipikal memberikan indikasi yang tepat untuk penggunaan penawar dalam merawat penyakit. Pembengkakan atau pengembungan pelbagai bahagian, edema, warna merah bunga ros, sakit menyengat-nyengat, sakit pedih (soreness), tidak tahan panas dan disentuh, dan kemelaratan di waktu tengahari adalah setengah daripada panduan simptom-simptom yang umum.  Keradangan erisipelas, efusi dropsikal dan anasarka, akiut, keradangan buah pinggang dan lelain tisu parenkimatus merupakan kedudukan patologi yang tipikal yang secucuk dengan Apis. Tinda­kan utama Apis ialah di bahagian luar, kulit, selaput yang mela­pisi organ-organ dalaman, membran serum.  Ia menghasilkan keradangan serum beserta efusi, membran otak, jantung, efusi pleuri­tik dan sebagainya. Tersangat sensitif kepada sentuhan dan kesakitan menyeluruh adalah jelas. Perasaan dijerut. Rasa kaku dan seolah-olah sesuatu terkoyak di dalam tubuh. Tersangat lemah.

 Minda.  Apati, tidak acuh, tidak sedar.  Janggal dan kekok; benda yang dipegang jatuh walaupun berhati-hati. Stupor; hampir tidak sedarkan diri, serta dengan tiba-tiba menangis nyaring dan terkejut. Stupor berselang dengan gila erotik. Rasa hampir mati. Lesu; tidak boleh berfikir dengan jelas. Cemburu, gugup, sukar berpuas hati atau dipujuk. Jeritan lantang, nyaring dengan tiba-tiba. Suka merungut. Mengalirkan air mata. Penuh cemburu, takut, berang, sakit hati, dukacita.  Tidak boleh menumpukan mindanya apabila cuba membaca atau belajar.

 Kepala. Seluruh otak rasa sangat letih. Berpusing serta bersin, melarat apabila baring atau menutup mata. Sakit yang panas, berdenyut-denyut, menggelembung, lega bila dipicit dan melarat bila bergerak. Sakit ditusuk tiba-tiba. Bosan, rasa berat di bahagian belakang kepala, seperti di pukul, menghala hingga ke leher (bertambah baik bila digosok), disertai keghairahan seks. Menekan kepala ke dalam bantal dan menjerit.

 Mata. Kelopak mata membengkak, merah, beredema, menjulur keluar, radang; membakar dan menyengat. Konjunktiva merah menyala, menggelembung. Panas lakrimasi. Fotofobia. Sakit tertusuk dengan tiba-tiba. Sakit di sekeliling. Lelehan serum, edema dan sakit seperti ditusuk benda tajam. Keradangan mata yang cenderung menanah. Keratitis serta kemosis konjunktiva okulus yang teruk.  Stafiloma kornea selepas keradangan yang menanah. Ketumbit; bengkak pada tepi kelo­pak mata, juga menahan daripada ia berulang lagi.

 Telinga. Bahagian luar telinga merah, radang, sakit pedih, sakit menyengat.

 Hidung. Sejuk pada hujung hidung. Merah, membengkak, radang serta sakit ditusuk benda tajam.

 Muka.  Membengkak, merah serta sakit seperti ditusuk. Seperti lilin, pucat, ber'edema'.  Erisipilas beserta edema yang membakar dan menyengat. Merentang dari kanan ke kiri.

 Mulut. Lidah merah berapi, membengkak, sakit pedih dan melecet, serta melepuh.  Melecur di dalam mulut dan kerongkong. Lidah terasa melecur, panas merah, menggeletar. Gusi membengkak. Lidah membengkak, terutama di bahagian atas.  Membran mulut dan kerongkong berkilat seperti disapu varnis. Merah, memancar, dan mengelembung seperti erisipilas. Kanser lidah.

 Kerongkong. Sakit menyengat, dijerut. Uvula membengkak, seperti pundi.  Kerongkong membengkak di bahagian dalam dan luar; tonsil membengkak, mengelembung, merah berapi.  Ulser pada tonsil.  Margin merah berapi di sekitar membran kulit. Rasa seperti tulang ikan terdapat di dalam kerongkong.

 Perut. Perasaan sakit pedih. Tiada haus. Muntahkan makanan. Mengidam susu [Rhus.]

 Abdomen. Sakit pedih, memar apabila digosok, apabila bersin. Tersangat lembut.  Abdomen kembung air(dropsy).  Peritonitis.  Membengkak di lipatan paha kiri.

 Najis. Najis bolos keluar; tidak sengaja tiap kali rasa nak berak. Anus seolah-olah terbuka. Berdarah, tidak sakit. Anus rasa kasar. Buasir, serta rasa sakit menyengat, selepas bersa­lin. Cirit-birit berair cair, kuning; jenis kolera infantum. Tidak boleh kencing tanpa berak. Gelap, busuk, melarat selepas makan. Sembelit;  rasa seperti sesuatu akan pecah sewaktu mener­an berak.

 Urin. Membakar dan sakit pedih apabila kencing. Tertekan, dipenuhi air kencing;  kerap dan tidak sengaja; sakit menyengat dan sakit bila kencing. Sedikit-sedikit, berwarna gelap. Tidak dapat mengawal kencing. Titis terakhir membakar dan rasa perit.

 Perempuan. Edema pada kawasan labia; dapat dilegakan dengan air sejuk. Sakit pedih dan menyengat; radang ovari; melarat di ovari kanan. Haid ditekan, dengan simptom-simptom kepala dan otak serebral, terutama pada remaja-remaja perempuan. Dismenorea, dengan sakit ovari yang teruk. Metroragia melimpah, dengan abdo­men rasa berat, pitam, sakit menyucuk. Rasa terikat ketat. Rasa tekanan ke bawah, seolah-olah haid akan tiba. Tumor ovari, radang metritis serta sakit menyengat. Terasa sangat lembut pada abdo­men dan kawasan rahim.

 Respiratori. Serak-parau; dispnea, nafas cepat dan sukar. Edema pada larings.  Rasa seolah-olah dia tidak dapat menarik nafas seterusnya. Kelemasan; batuk kering, pendek, suprasternal. Hidrotoraks.

 Ekstremiti. Beredema. Sinovitis. Abses pada hujung jari tangan pada awalnya.  Bengkak lutut, bersinar, sensitif, sakit pedih, dengan sakit menyengat. Bengkak kaki dan kaku. Rasa terlalu besar. Sakit reumatik di belakang dan anggota kaki tangan. Rasa letih dan memar. Kebas di kedua tangan dan hujung jari-jemari. Galegata serta tak tertahan miang gatalnya.  Bengkak beredema.

 Kulit. Bengkak selepas gigitan; sakit pedih, sensitif. Menyengat-nyengat. Erisipilas, serta rasa sensitif dan membengkak, berwarna ros. Bisul karbunkel, serta sakit menyengat-nyengat, membakar. [Ars; Anthrac.] Seluruh tubuh mengelembung bengkak dengan tiba-tiba.

 Tidur. Tersangat mengantuk. Mimpi penuh dengan bimbang dan kerja keras.  Menjerit-jerit dan tergerak dengan tiba-tiba semasa tidur.

 Demam. Seram sejuk di tengahari serta dahaga; melarat bila bergerak dan panas.  Panas di luar, serta rasa lemas diselubungi asap. Berpeluh sedikit, serta mengantuk. Kerap berpeluh dan kering. Tertidur selepas saja serangan demam yang tiba-tiba. Selepas berpeluh, terdapat ruam, juga menggigil.

 Modaliti. Melarat dengan panas dalam apa bentuk; sentuhan; digosok; lewat petang; selepas tidur; di dalam bilik tertutup dan panas. Sebelah kanan. Lega dengan udara lapang, terdedah dan mandi air sejuk.

 Hubungan. Bandingkan: Zinc.; Canth.; Vespa.; Lachesis. Komplemen: Nat. mur.  Bagi `Kronik' Apis; juga Baryta carb sekiranya limfatik terlibat sama.  Penawar bermusuh: Rhus.

Antidot: Ac. Carbol.; Ac. Lact.; Canht.; Ipec.; Lach.; Led.; Natr. M.; Plant.

 Dos.  Tinktur sehingga potensi 30.  Di dalam keadaan edema, gunakan potensi rendah.  Kadangkala tindakannya lambat; jadi beberapa hari berlalu sebelum ianya bertindak, kemudian urin bertambah. 

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre