ARNICA MONTANA

Arnica Montana ditemui tumbuh di kawasan bukit-bukau Eropah dan di sebelah barat-laut Amerika Syarikat. Keseluruhan pohon, terma­suk akarnya, digunakan dalam menyediakan tinktur. Kajian eksperi­mental terhadap haiwan atau manusia yang berkesan telah mengga­lakkan penggunaan bungaan Arnica di kalangan masyarakat sebagai ubat sapu bagi menggalakkan penyembuhan luka dan untuk tujuan mengurangkan keradangan pada laluan nasal atau hidung. Persediaan herba juga dikatakan telah diguna dalam kes tekanan darah tinggi dan pelbagai gangguan jantung.

             Pada awal abad ke 18, Arnica merupakan penawar keluarga yang popular untuk luka, lebam, memar dan terseliuh atau terkehel. Dr. Hahnemann menerbitkan hasil ujibukti penawar Arnica pada tahun 1805 dan menjadikan­nya sebagai penawar homeopati yang digunakan secara meluas. Ia digunakan bagi aplikasi eksternal dan diambil secara internal dalam bentuk potensi. Adalah dilaporkan bahawa para ahli alopati kurang gemar menggunakan Arnica disebabkan ianya telah dipopularkan oleh homeopati.

             Sebagai penawar homeopati, Arnica adalah sangat baik bagi masalah yang timbul selepas kecederaan trauma, terlebih guna sebarang organ dan ketegangan. Ia juga sesuai digunakan terhadap kes-kes lama di mana masalah masa kini disebabkan oleh kecederaan masa lalu. Malah Arnica boleh menyelesaikan sesak serebrum apabila tubuh tidak bermaya serta lemah; kesan trauma akibat duka, kekesalan atau kesedaran secara tiba-tiba terhadap kerugian kewangan..

             Ia merupakan tonik bagi otot. Aplikasinya sesuai bagi sakit anggota dan tubuh badan seolah-olah dipukul; sendi seperti terseliuh; bila katil terasa sangat keras. Ia memberi kesan ke atas sistem vena lantas menggalakkan stasis. Untuk ekimosis dan pendarahan. Apabila salu­ran darah relaks, ada tanda-tanda biru dan hitam. Simptom cenderung untuk berdarah dan keadaan demam yang sederhana. Cenderung kepada kesusutan tisu, keadaan septik, penanahan yang tidak matang. Simptom rasa sakit pedih, lumpuh dan memar. Reumatisme tisu otot dan tendon, terutamanya berkaitan belakang dan bahu. Tidak suka tembakau; influenza; trombosis; hematosil.

 Minda. Takut disentuh, atau didekati oleh seseorang. Tidak sedar; bercakap benar terhadap pertanyaan, namun berulang-ulang. Tidak endah; tidak dapat meneruskan kerja yang aktif; murung, mengigau. Khuatir; tidak dapat menanggung sakit; seluruh tubuh terlalu sensitif. Dia menyatakan tiada apa yang tidak kena dengannya. Ingin dirinya dibiar menyendiri. Agorafobia; takut tempat la­pang. Selepas ketegangan mental atau terperanjat.

 Kepala. Panas, serta tubuh sejuk; keliru; sensitif bila berfikir kuat, dengan kesakitan yang perit dicubit. Kulit kepala rasa mengecut. Tompokan sejuk di dahi.  Vertigo; pening kronik; objek berputar-putar terutama sewaktu berjalan.

 Mata. Diplopia akibat daripada traumatisme, lumpuh otot, pendarahan retina.  Rasa sakit pedih, memar di dalam mata selepas berhenti kerja. Mesti berterusan membuka mata. Rasa gayat bila menutup mata. Rasa letih dan penat selepas makan angin, menonton wayang dan sebagainya.

 Telinga. Bunyi di dalam telinga disebabkan oleh darah naik ke kepala.  Menyongsong ke dalam dan di kawasan telinga. Darah daripada telinga. Ketumpulan pendengaran selepas konkusi. Sakit di rawan telinga seolah-olah memar.

 Hidung. Hidung kerap berdarah [Acon., Bell., Bry., Phos.] Berdarah selepas setiap tindak balas batuk, darah cair kehitaman. Hidung rasa sakit, sejuk.

 Mulut. Nafas berbau busuk. Kering dan haus. Pengecapan rasa pahit. [Colocy.]  Rasa seperti daripada telur busuk. Sakit gusi selepas cabut gigi. [Sepia.]  Empiema sinus maksilari.

 Muka. Terbenam; sangat merah. Pucat. Panas bibir. Herpes di kawasan muka.

 Perut. Kepingin kepada cuka. Kehilangan rasa terhadap susu dan daging. Lapar yang amat sangat. Muntah darah. Sakit perut semasa makan. Kekenyangan serta kebencian. Angin yang tertekan naik ke atas dan ke bawah. Tekanan seperti daripada batu. Rasa seperti perut melewati tulang belakang. Muntah busuk.

 Abdomen. Dicucuk halus di bawah tulang rusuk sampingan. Kembung; kentut busuk.  Meradak tajam menerusi abdomen.

 Najis. Meneran tenesmus apabila mendapat diarea. Berbau, coklat, berdarah, busuk, tidak terkawal. Kelihatan seperti yis coklat. Mesti berbaring selepas tiap kali berak.  Diarea selepas penggunaan tenaga; melarat berbaring di sebelah kiri. Najis disentri beser­ta sakit otot.

 Urin. Tertahan kerana lebih bergerak. Berkeladak merah bata, gelap [berkeladak putih, Calc c., Sep.]. Tenesmus melepuh serta kencing sangat sakit.

 Perempuan. Penawar bagi anggota memar selepas bersalin. Nyeri susul yang keras. Pendarahan rahim akibat daripada kecederaan mekanikal selepas bersetubuh. Puting buah dada sakit. Mastitis daripada kecederaan. Rasa seolah-olah fetus duduk melintang.

 Respiratori. Batuk bergantung kepada lesi kardiak, paroksisme (tidak dapat dikawal), tengah malam, semasa tidur, melarat apabi­la bersenam. Radang tonsil akut. Langit-langit mulut dan uvula membengkak. Pneumonia, hampir lumpuh.  Parau akibat terlebih guna suara. Rasa sakit, kasar di sebelah pagi. Batuk yang dihasilkan daripada tangisan dan ratapan. Kering, justeru terasa geli pada kawasan trakea. Kahak berdarah. Dispnea serta hemop­tisis. Kesemua tulang dan rawan kartilag terasa sakit. Batuk tersentak-sentak kasar, serta herpes pada permukaan. Batuk kokol, kanak-kanak menangis sebelum batuk. Pleurodinia [Ranun.; Cimicif.]

 Jantung. Angina pectoris; sakit terutamanya di kawasan siku lengan kiri. Rasa dicucuk pada jantung. Nadi lemah dan tidak teratur. Dropsi kardiak serta bebanan dispnea. Ekstrimitis (tangan dan kaki) kembang, rasa memar dan sakit. Jantung membesar dan hipertrofi.

 Ekstrimiti. Gout. Pesakit tersangat takut disentuh atau didekati. Sakit di bahagian belakang dan lengan, seolah-olah lebam memar atau dipukul. Perasaan terseliuh dan dislokasi. Kesakitan selepas bekerja lebih. Terasa semua tempat yang diduduk tersan­gat keras. Lengan depan terasa sejuk seperti mati. Tidak dapat berjalan tegak, disebabkan sakit memar di kawasan pelvis. Reumatisme bermula dari bawah dan naik ke atas. [Ledum.]

 Kulit. Biru dan hitam. Gatal miang, membakar, meletus jerawat halus. Bisul kecil tumbuh. [Ichthyol; Silica.] Ekimosis. Sakit akibat lama berbaring. [Bovinine.] Akne membengkak, dicirikan dengan pengagihan secara simetri.

 Tidur. Tidak dapat tidur dan gelisah apabila tersangat letih. Mengantuk seperti hendak pengsan; terjaga beserta kepala panas; mimpi mengenai mati, tubuh dicincang, bimbang dan ngeri. Ngeri menakutkan pada waktu malam. Najis tak terkawal sewaktu tidur.

 Demam. Simptom febril yang berhubung rapat dengan tifoid. Menggigil seluruh tubuh. Kepala panas dan kemerahan, serta bahagian badan yang lain sejuk. Panas di dalam;  kaki dan tangan sejuk. Malam berpeluh masam.

 Modaliti. Melarat, bila disentuh sedikit; pergerakan; rehat; wine; sejuk lembap. Mengurang bila berbaring, atau kepala lebih rendah dari badan.

 Hubungan.. Komplemen: Acon.; Ipec.

Bandingkan: Acon.; Bapt.; Bellis.; Hamam; Rhus.; Hyperic.

Antidot: Acon., Ars., Camph. Chin., Ign. Ipec.

 Dos. Potensi ke 3 hingga 30. Untuk aplikasi setempat guna tinktur, tetapi jangan sekali-kali digunakan apabila terdapat kesan luka atau melecet [Rujuk Calend.] Potensi tinggi, gunakan 200 atau 1M.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre