ARSENICUM ALBUM

Satu remedi yang bertindak secara mendalam ke atas organ dan tisu.  Simptom-simptomnya yang jelas tipikal dan sesuai dengan pelbagai penyakit yang teruk menyebabkan penggunaannya dalam homoeopati berterusan dan pasti. Kerap kali simptom-simptomnya yang umum sudah mencukupi untuk digunakan dengan berjaya/kesan. Antaranya yang paling penting ialah bagi kelesuan yang mendesak- desak, kepenatan, dan kegelisahan, beserta kemelaratan sebelah malam. Tersangat penat selepas bekerja lebih sedikit. Hal ini, beserta radang/rengsa yang aneh pada fiber memperjelas ciri-ciri kelemahan yang merengsa.  Sakit membakar.  Dahaga yang tak puas-puas. Rasa membakar dilegakan dengan panas.  Aduan tepian laut [Nat. mur.; Aqua Marina]. Kesan buruk buah-buahan, terutama yang mengandungi banyak air. Boleh memberikan keselesaan dan ketenangan sehingga ke akhir hayat apabila diberi dalam potensi yang tinggi. Tersangat takut dan bimbang. Discaj hijau.  Kala-azar kebayian (Dr. Neatby.)

             Hendaklah selalu ingatkan Ars. dalam kes penyakit berhubun­gan dengan alkohol, keracunan ptomaine, sengat-sengatan, luka pembedahan/dikelar, mengunyah tembakau, kesan buruk daripada makanan basi atau bahan daripada binatang; bau discaj busuk; dalam aduan yang timbul setiap tahun.  Anaemia dan klorosis.  Perubahan merosot.  Berat badan turun beransur-ansur akibat daripada pemakanan yang merusakkan. Mengurangkan indeks bias serum darah (juga China dan Ferr. phos.). Mempertahankan sistem akibat tekanan malignansi/keadaan membahayakan tanpa mengira lokasi. Kakeksia/Kurus kering akibat malaria.  Infeksi septik dan kuasa hayat yang lemah.

 Minda. Tersangat sengsara dan gelisah. Selalu merubah tempat duduk. Takut mati, bila ditinggalkan sendirian. Sangat takut serta keringat sejuk. Merasakan tak ada guna mengambil ubat-ubatan. Sanggup mati. Halusinasi terhadap rasa penciuman dan penglihatan. Perasaan putus harapan membuatnya berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Kedekut, dengki, lokek, kurang keberanian. Daya kepekaan umum meningkat [Hep.]. Sensitif kepada gangguan dan kekeliruan.

 Kepala. Sakit kepala lega dengan sejuk, sebaliknya simptom-simptom lain melarat dengannya. Sakit membakar datang berkala, serta gelisah; beserta kulit sejuk. Hemikrania; sakit sebelah kepala, serta rasa ais pada kulit kepala dan tersangat lemah. Kepala sensitif pada udara lapang. Meracau dahsyat; menyumpah dan mengherdik; kejam. Kepala sentiasa bergerak. Kulit kepala tidak dapat menanggung miang gatal. Tompok-tompok bulat pada tempat yang gondol atau terdedah; kasar, kotor, sensitif dan ditutupi oleh kuping kering; membakar dan miang gatal sebelah malam; kelemumur. Kulit kepala sangat sensitif; tidak boleh menyikat rambut.

 Mata. Membakar di dalam mata, serta lakrimasi pedih menusuk. Kelopak mata merah, berulser, berkeruping, bersisik, membutir. Edema di sekitar mata. Keradangan di bahagian luar, dengan kesakitan yang amat; lakrimasi yang melecetkan dan membakar, panas. Ulser kornea. Fotofobia yang amat teruk; lega dengan kehangatan di luar. Neuralgia siliari, serta sakit halus membakar.

 Telinga. Kulit di dalam, melecet dan membakar. Lelehan otorea yang berbau busuk, halus jernih, melecet. Mengaum, menderam di dalam telinga, semasa paroksisme sakit.

 Hidung. Dicaj jernih, cair, melecetkan. Hidung rasa tersumbat. Bersin tanpa lega-lega. Demam dan koriza; selsema kencang. Melarat di tempat lapang; mengurang di dalam rumah. Membakar dan berdarah. Hidung berjerawat. Lupus, penyakit kulit kronik.

 Muka. Bengkak, pucat, kekuningan, cengkung, terkedalam, sejuk dan diliputi keringat. [Acetic. acid.] Penderitaannya jelas kelihatan. Sakit disiat, seperti dicucuk jarum; membakar. Bibir biru kehitaman. Lebam. Marah, melukis garis merah  melilit pipi.

 Mulut. Tidak sihat. Gusi mudah berdarah. Mulut memborok ulser serta kekeringan dan panas membakar. Bibir mulut terdapat tanda epite­lioma. Lidah kering, bersih dan merah; menyucuk-nyucuk dan membakar di dalam lidah, ulser berwarna kebiruan. Air liur mengandungi darah. Sakit urat saraf gigi, rasa panjang dan sakit pedih; melarat selepas tengah malam; lega dengan panas. Rasa seperti logam. Meneguk air panas.

 Kerongkong. Membengkak, beredema, mengecut, membakar, tidak dapat menelan. Membran diradangi difteria, kelihatan kering dan berkerut.

 Perut. Tidak gemar melihat atau mencium makanan. Tersan­gat haus; minum banyak dan kerap, tetapi sedikit-sedikit. Loya, menjeluak, muntah, selepas makan atau minum. Sesak di ulu hati. Sakit membakar. Kepingin sangat asam-asam dan kopi. Jantung hati pedih; menelan benda-benda berasid dan pahit yang boleh melecetkan kerongkong. Sendawa sangat panjang. Muntah darah, air hempedu, mukus hijau atau coklat tua yang bercampur dengan darah. Perut tersangat merengsa; bagaikan melecet, seo­lah-olah disiat-siat. Sakit perut walau makan atau minum sedikit sahaja. Dispepsia akibat cuka, masam-masam, ais krim, air batu, tembakau. Sangat takut dan dispnea, beserta sakit alat cerna (gastralgia); rasa lemah, kesejukan seperti air batu, sangat letih. Simptom-simptom malignan. Semua yang dite­lan rasa tersengkang di kerongkong, yang seolah-olah tertutup dan tak memungkinkan apapun dapat melaluinya. Kesan buruk daripada memakan sayur, tembikai, dan buah-buahan yang umumnya mengandungi banyak air. Ketagih atau kepingin susu.

 Abdomen. Sakit menggigit-gigit, membakar seperti api arang batu, mengurang dengan panas. Hati dan limpa membesar serta sakit. Busung perut dan busung air.  Abdomen bengkak dan menyakitkan. Sakit seperti tercedera di dalam abdomen ketika batuk.

 Rektum. Tiba-tiba tertonjol keluar daripada rektum, menyakitkan. Tenesmus. Sakit membakar dan tekanan dalam rektum dan dubur.

 Najis. Najis kecil, busuk, kehitaman, serta lemah keluarnya. Melarat sebelah malam, dan selepas makan dan minum; kerana perut seram sejuk, berlebihan mengambil minuman keras, daging basi. Najis disentri kehitaman, berdarah, sangat busuk. Taun, serta sakit yang bersangatan, keletihan, dan haus membakar. Tubuh sejuk seperti air batu. [Verat.] Buasir membakar seperti api, lega dengan panas.  Kulit di sekitar dubur melecet.

 Urin. Kencing sedikit, membakar, keluar dengan tidak sengaja. Pundi-pundi kencing bagaikan lumpuh. Beralbumin; pekat seperti putih telur. Sel-sel epitelium;  pembekuan fibrin berbentuk bulat dan butirnya mengan­dungi nanah dan darah.  Selepas kencing, rasa lemah di dalam abdomen. Penyakit Bright; inflamasi pada ginjal. Kencing manis.

 Respiratori. Tidak boleh berbaring, takut lemas. Saluran nafas mencerut. Asma melarat di tengah malam. Membakar di dalam dada. Lendir yang melemaskan.  Batuk melarat selepas tengah malam, melarat baring terlentang. Kahak sedikit, berbuih. Sakit seperti terkena damak pada bahagian atas paru-paru kanan. Nafas termengah-mengah. Hemoptisis; batuk darah serta sakit antara dua bahu.  Keseluruhan rasa panas membakar. Batuknya kering, seolah-olah terkena asap belerang; selepas minum.

 Jantung. Berdebar-debar, sakit, sukar bernafas, pitam. Jantung orang yang menghisap rokok dan mengunyah tembakau cepat meragam atau meradang. Denyutan nadi lebih cepat di sebelah pagi. [Sulph.] Jantung mengembang. Sianosis; kulit menjadi biru. Lemak bertambah kurang. Angina pektoris serta sakit di leher dan belakang kepala.

 Belakang. Lemah dalam tulang belakang. Kedua bahu bertaut ke dalam. Sakit dan membakar di belakang. [Oxal. Ac.]

 Ekstremiti. Menggeletar, merenggut-renggut, kejang, lemah, berat, tidak selesa.  Simpul biawak. Kaki membesar. Skiatika; saraf pangkal paha sakit. Panas membakar. Radang urat saraf periferal. Daging memburuk disebabkan oleh kencing manis. Ulser di tumit [Cepa; Lamium] Kedua belah betis lumpuh serta atrofi, menjadi lisut.

 Kulit. Rasa gatal, membakar, membengkak; edema, letusan ruam, berbintik-bintik merah, kering, kesat, bersisik; melarat sejuk dan menggaru-garu. Pustul yang malignan. Borok ulser serta discaj busuk. Penyakit antraks; jangkitan penyakit disebabkan oleh kuman yang berasal dari lembu. Luka-luka beracun. Urtikaria, serta membakar dan tidak selesa. Geligata. Psoriasis. Scirrhus. Tubuh merasa sejuk seperti air batu. Kulit atau lapisan bawah kulit mengeras. Radang yang menyebabkan daging memburuk, gangren.

 Tidur. Terganggu, bimbang, gelisah. Mesti meninggikan lapik (bantal) kepala.  Tiba-tiba sesak nafas semasa tidur. Tidur dengan meninggikan tangan di atas kepala. Mimpi-mimpinya penuh dengan kekhuatiran dan ketakutan. Mengantuk, tidur berpanjangan.

 Demam. Suhu badan tinggi. Demam berkala disertai kehilangan tenaga, adinamia. Demam septik; keracunan darah. Demam berselang sekejap-sekejap. Paroksisme terbantut, serta kelihatan sangat letih. Demam jerami. Peluh sejuk. Demam kepialu, tidak pulih dengan cepat; kerapkali selepas Rhus tox. Teramat letih. Meracau, melarat selepas tengah malam. Resah gelisah. Sangat panas kira-kira jam 3 pagi. Sordes; berkerupinbg di mulut dan gigi.

 Modaliti. Melarat bila cuaca sejuk, selepas tengah malam; daripada sejuk, minuman sejuk atau makanan sejuk. Angin pantai. Sebelah kanan. Lega dengan panas, apabila kepala ditinggikan ; minuman panas.

 Hubungan. Bandingkan:  Arsenic.; Iod.; Phosph.; China; Verat. alb.; Carbo; Kali phos. Komplemen: Rhus.; Carbo; Phos.; Thuja; Secale.

Antidot:  Opium; Carbo; Chona; Hepar; Nux.

 Dos. Potensi 3 hingga ke potensi 30. Potensi tinggi kerap menghasilkan kesan yang baik. Potensi rendah untuk penyakit gastik, intestin dan buah pinggang; potensi tinggi untuk neuralgia, penyakit nervous dan kulit.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre