BAPTISIA TINCTORIA

Di antara simptom penawar ini ialah demam yang sederhana, keadaan septik darah, keracunan malaria dan kelemahan yang amat melampau. Rasa sakitnya tidak dapat diperikan. Otot-otot memar. Kesemua lender keluar berbau busuk – nafas, najis, air kencing, peluh dsbnya. Influenza yang merebak secara epidemik. Toksemia intestin kronik di kalangan kanak-kanak beserta najis dan muntahan yang busuk.

Baptisia yang diberi dalam potensi rendah menghasilkan satu bentuk antibodi terhadap bacteria tifus (Mellon.) Justeru, ia membantu membangunkan kerintangan terhadap serangan bacteria yang boleh menyebabkan sindrom tifoid. Baik untuk pembawa tifoid. Selepas inokulasi dengan serum anti-tifoid. Nadi berdenyut intermiten, terutama di kalangan orang tua. Seterusnya pimpinan Materia Medica Dr. Boericke menyebutkan:

Minda. Liar, rasa berkelana. Tidak dapat berfikir. Mental dan ideanya keliru. Mempunyai ilusi personaliti terbahagi.dua. Dia fakir dirinya hancur atau jadi dua, dan membolak-balik di atas katil sambil mencari serpihan untuk mencantumkannya semula (Cajeput). Meracau, berkelana, mengomel. Tidak peduli sepenuhnya. Tertidur ketika berbual. Melankoli serta hamper tidak sedarkan diri.

Kepala. Sakit kepala rasa kepala berkerut. Sakit. Bingung, rasa bergelombang. Pusing. Rasa tertekan di pangkal hidung. Kulit di dahi rasa tegang, rasa seperti tegak menarik ke belakang kepala. Rasa terlalu besar, berat, kebas sengal di biji mata. 0tak rasa sengal. Hilang perasaan. Tertidur semasa orang bercakap padanya. Cepat pekak dalam keadaan demam kepialu. Kelopak mata berat.

Muka. Muka panas, tulang muka sakit-sakit. Hilang perasaan. Merah tua. Sakit di pangkal hidung. 0tcot rahang kaku.

Mulut. Mulut berbau busuk. Rahang ngilu - Sakit mulut. Tidak ada rasa, pahit. Gigi dan gusi sakit, memborok. Nafas busuk. Lidah rasa panas membakar; kekuningan kelabu, kelilingnya merah dan berkilat. Kering dan merah tua di tengah-tengahnya serta kelilingnya berkilat; permukaan lidah merekah dan sakit. Hanya boleh menelan cecair sahaja, sedikit makan benda keras mencekikkan.

Kerongkong. Dalam kerongkong sakit. Payah menelan. Tonsil (kelenjar leher) kemerahan gelap, di lelangit lembut. Mencerut dan memanjang saluran kerongkong (Cajeput). Sangat payah menelan makanan keras. Penyakit kerongkong yang tidak mempunyai rasa sakit, dan keluaran berbau busuk. Mencerut di liang jantung.

Perut. Hanya boleh menelan cecair, muntah disebabkan spasma esophagus. Demam gastric. Tiada selera makan. Sentiasa berkehendakkan air. Rasa hampa dalam perut. Sakit di kawasan epigastrik. Rasa ada benda keras (Abies Nig.). Semua simptom melarat dengan bir (Kali bich.). Liang jantung kejang mencerut dan radang ulser memborok gaster usus.        

Abdomen. Sakit tampak jelas di sebelah kanan. Kembung dan berbunyi. Sakit di sekawasan pundi kencing sertca berak-berak. Najis terlalu busuk, cair dan berdarah. Rasa sengal dalam perut, di kawasan limpa. Berak-berak darah (dysentery) pada orang tua.                                                   

Perempuan. Perempuan hamil diancam oleh keguguran disebabkan tekanan fikiran, terperanjat, jaga malam, demam rendah. Haid terlalu cepat, sangat melimpah. Lokia: keluar darah memedihkan, busuk.   Demam pada wanita yang baru lepas bersalin (puerperal fever).

Pernafasan. Nafas semput. Peparu rasa mencerut, payah bernafas, mencari tempat lapang, seperti membuka tingkap. Takutkan hendak tidur disebabkan oleh mimpi yang dahsyat (hebat) dan rasa sesak nafas. Dada mencerut.

Belakang dan Ekstremiti. Leher lenguh. Kaku dan sakit, rasa sengal dan kaki serta tangan rasa tegang. Sakitc di bahagian sakrum, keliling pinggang dan kakl. Sengal dan memar. Borok di belakang disebabkan oleh lama berbaring di tempat tidur.

Tidur. Payah tidur dan resah. Mimpi-mimpi yang menakutkan serta terpekik-pekik. Tidak menenangkan dirinya, rasa seperti tubuh berselerak di tempat tidur. Tertidur semasa menjawab soalan-soalan.

Kulit. Tumpuk-tumpuk merah seluruh bahagian tubuh dan anggota. Membakar serta panas pada kulit (Arsenic). Ulser memborok busuk dan kebingungan, meracau sedikit  dan sangat letih.

Demam. Seram sejuk dan seluruh tubuh sakit. Panas keseluruhan tubuh, serta seram sejuk sekali sekala. Seram sejuk jam 11.00 pagi. Demam yang melemahkan (adynamic fever) Demam hawa, tifus..

Modaliti. Melarat dengan panas lembap, kabus, berada di dalam rumah.

Hubungan. Bandingkan dengan Bryonia dan Arsenic. Dalam kes Ailanthus, lebih menyakitkan. Sedang Baptisia kurang menyakitkan. Juga Rhus; Muriat acid; Arsenic; Bryon; Arnica; Echinac. Pyrogen.

Dos. Tinktur hingga potensi ke 12. Boleh juga guna potensi 30. Masa tindakannya pendek.

    

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre