BUFO RANA

Tindakan Bufo ialah ke atas sistem saraf dan kulit. Simptom-simptom yang berhubungan dengan rahim amat jelas. Simptom-simptom lain termasuk simptom reumatik, kelumpuhan, epilepsi dan cepat tua. Ia berguna bagi kanak-kanak yang mindanya lemah dan mereka yang mengalami masalah berhubung dengan kegilaan seks.

Minda. Bimbang mengenai keadaan kesihatan. Sedih, khuatir. Berkecenderungan menggigit. Melolong; tidak sabar, gemuruh; sewel. Ingin duduk bersendirian. Minda lemah.

Kepala. Rasa seolah-olah wap panas naik ke atas kepala. Otak kekebasan. Muka bermandikan peluh. Epistaksis serta muka naik merah dan sakit di dahi. Lega bila hidung sudah berdarah.

Mata. Kedua mata tidak tahan melihat objek-objek berkilauan. Lepuh-lepuh kecil terbentuk di mata.

Telinga. Tidak dapat menanggung bunyi muzik [Ambra]. Malah bunyi bising sedikitpun menyebabkan kesengsaraan.

Jantung. Rasa jantung terlalu besar. Palpitasi. Mencerut di kawasan jantung. Rasa seperti jantung berenang-renang dalam air.

Perempuan. Haid terlalu awal dan banyak, di masa yang lain terdapat discaj berdarah dan beku; leukorea cair jernih. Keghairahan beserta serangan epilepsi. Epilepsi sewaktu haid. Bonjol keras dalam kelenjar susu. Ia bertindak sebagai paliatif dalam kanser payu dara. Membakar dalam rahim dan ovari. Memborok ulser pada serviks. Discaj mengandungi darah yang busuk. Sakit menjalar ke kedua kaki. Susu keluar bersama darah. Kaki susu (lih: flegmasia alba dolens). Salur vena membengkak. Rahim ditumbuhi tumor dan polip.

Lelaki. Keluar mani di luar kawalan; mati pucuk, discaj keluar terlalu cepat, spasma semasa bersetubuh. Nodus limfa bengkak pada groin. Cenderung untuk memegang zakar [Hyos.; Zinc.]; Kesan perbuatan onani.

Ekstremiti. Sakit dalam kangkang, kekebasan anggota kaki dan tangan, kekejangan, gaya jalan terhuyung-hayang, rasa seolah-olah pepaku dirodok ke dalam sendi-sendi; tulang-tulang membengkak.

Kulit. Panaritium; sakit naik hingga ke lengan. Tompok-tompok tertentu pada kulit hilang deria rasa. Berpustul, bernanah bila cedera sedikit. Pemfigus. Lepuh yang mengandungi cecair serus pecah dan meninggalkan permukaan melecet. Lepuh-lepuh-lepuh di tapak tangan dan tumit. Gatal dan membakar. Karbunkel.

Hubungan. Bandingkan dgn: Baryt carb; Asterias; Salamand (dalam epilepsi dan pelembutan otak). Komplemen: Salamandra.

Antidot: Laches; Seneg.

Dos. Potensi ke 6 dan ke atas.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre