CANTHARIS

Cantharis menghasilkan gangguan liar di kalangan binatang, menyerang organ-organ seks dan urinari terutamanya, menyelewengkan fungsi-fungsinya, dan menimbulkan keradangan yang ganas, dan menyebabkan keracauan yang mencemaskan, hampir-hampir menyamai simptom-simptom hidrofobia. [Anagalis.]  Tarik-tarik nifas. Menghasilkan keradangan paling ganas terhadap seluruh saluran gastro-usus, khususnya bahagian usus bawah. Semua bahagian terlalu sensitif.  Gatal radang. Sakit membakar, melecet. Pendarahan. Ciri utamanya ialah desakan untuk membuang air kecil yang berterusan, tidak dapat ditahan. Aduan-aduan gastrik, hepatik dan abdomen yang melarat disebabkan meminum kopi. Gangguan gastrik semasa mengandung. Disuria, serta aduan-aduan lain. Bertambahnya rembesan membran mukosa, mukosa lendir melekat. Keradangan yang dihasilkan oleh Cantharis (pundi kencing, ginjal, ovari, meninges, membran perikardial dan pleuritik) selalunya dikaitkan dengan iritasi pepundi kencing.

 Minda. Meracau liar. Gelisah cemas, berakhir dengan keberangan. Menangis, mencerca; melarat bila menyentuh larings atau meminum air. Sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu, tetapi gagal. Gila akut, biasanya jenis seksual; kekalutan cinta; kehendak seksual menggila. Paroksisme keberangan, menangis, mencerca. Hilang kesedaran dengan tiba-tiba serta muka merah.

 Kepala. Membakar di dalam otak. Rasa seolah-olah air mendidih di dalam kepala. Vertigo; melarat di udara lapang.

 Mata. Pandangan kekuningan. [Santon.] Kelihatan bernyala-nyala, bersinar-sinar, merenung jauh.  Membakar di dalam mata.

 Telinga. Rasa seolah-olah angin datang daripada telinga, atau udara panas.  Tulang-tulang sekitar telinga sakit. [Capsic.]

 Muka. Pucat, muram, penampilannya seperti mayat. Bintit-bintit gatal di muka, panas membakar bila disentuh. Erisipilas di muka, serta membakar, panas rasa perit disertai simptom-simptom gangguan pada alat kencing. Panas dan merah.

 Kerongkong. Lidah diselaputi oleh bintit-bintit; berselaput tebal; merah di pinggir lidah. Panas membakar di mulut, farings, dan kerongkong; bintit-bintit di mulut. Sangat sukar menelan benda-benda cair. Mukusnya melekat kuat. [Kali bich.]  Spasma hebat terjadi semula apabila menyentuh larings. Radang kerongkong; rasa seperti terkena api. Mencerut. Ulser memutih. [Hydr. mur.; Nit. ac.] Rasa seperti melecur. Terbakar selepas makan makanan yang terlalu panas.

 Dada. Radang selaput paru-paru berlaku sebaik sahaja paru-paru berisi air. Dispnea teruk; berdebar-debar; batuknya kerap, kering. Cenderung untuk tidak sedar diri, sinkop. Batuk kering dan sering, pendek, mukus melekat bercampur darah. Sakit membakar.

 Perut. Rasa membakar di esofagus dan perut. [Carb.] Bencikan semua benda - minuman, makanan, tembakau. Haus membakar, serta bencikan semua benda cair. Sangat sensitif, membakar ganas. Muntahkan selaput tipis bercampur darah dan menjeluak hebat. Melarat meminum kopi, minum sedikitpun menambahkan sakit di pepundi kencing dan dimuntahkan semula. Haus tidak puas.

 Najis. Rasa menggeletar serta membakar. Disentri, najis berlendir, seperti hampas dari usus. Berdarah, serta panas membakar dan tenemus, dan menggigil sesudah berak.

 Urin. Rasa tidak tahan hendak kencing dan tenesmus. Nefritis serta kencing berdarah. Sakit kejang memotong-motong dan panas membakar yang hebat di sekawasan ginjal, serta rasa sakit hendak kencing; kencing berdarah, menitik-nitik. Tenesmus tidak tertahan; rasa dipotong-potong sebelum, semasa dan selepas kencing. Air kencing melecurkan si lelaki, dan dikeluarkan setitik demi setitik. Sentiasa rasa hendak kencing. Kuping-kuping atau sisik-sisik membran kelihatan seperti ekam di dalam air. Kencing seperti agar-agar, yang disiat.

 Lelaki. Syahwat kuat, sakit bila mengeras. Sakit dalam kepala zakar. [Prunus; Pareira.] Zakar terus tegang tanpa nafsu seks; priapisme dalam penyakit gonorea.

 Perempuan. Uri atau tembuni tidak keluar [Sep.], serta kencing yang menyakitkan. Mengeluarkan ketul-ketul kekotoran, bayi yang mati dalam perut, selaput tipis, dsbnya. Nimfonamia - penyakit gila seks [Plat.; Hyos.; Lach.; Stram.]  Radang rahim semasa bersalin, serta radang pepundi kencing. Haid terlalu awal dan terlalu banyak; kemaluan bengkak hitam serta radang. Discaj berterusan dari rahim; melarat bila tersalah langkah. Panas membakar di dalam ovari, sangat-sangat sensitif. Sakit dalam saluran senggama membawa ke tulang tongkeng, mengoyak-ngoyak dan menyiat-nyiat.

 Respiratori. Suara rendah; rasa lemah. Rasa mencucuk-cucuk dalam dada [Bry.; Kal. c.; Squilla.] Radang selaput paru-paru, serta banyak keluar lendir.

 Jantung. Berdebar-debar; nadi lemah tidak bertenaga, tidak teratur; cenderung kepada tidak sedarkan diri, sinkop. Perikarditis; serta efusi, banyak mengeluarkan cecair.

 Belakang. Sakit di kangkang, loin; serta sekejap-sekejap rasa hendak kencing.

 Ekstremiti. Anggota kaki tangan sakit mengoyak-ngoyak. Sakit ulser di tumit; tidak boleh berjalan atau menapak.

 Kulit. Dermatitis serta pembentukan gelembung, bintit-bintit berair. Ekzema pada peringkat kedua sekitar buah zakar dan kemaluan, apabila berpeluh dengan banyak. Cenderung jadi memburuk. Letusan serta keluar berkeruping. Letusan bervesikel, serta membakar dan gatal. Kulit menggelupas kerana selaran matahari. Terbakar, melecur, serta sakit melecet dan pedih, lega bila dituam dengan demah sejuk, dituruti dengan keadaan membengkak atau inflamasi secara tiba-tiba. Erisipilas; radang kulit berisi air, serta resah gelisah. Panas membakar di tumit di sebelah malam.

 Demam. Tangan dan kaki sejuk; berpeluh sejuk. Tumit melecur. Seram sejuk, seperti disiram air ke seluruh tubuh.

 Modaliti. Melarat dengan sentuhan, atau didekati, semasa kencing, minum kopi atau air sejuk. Lega bila dituam.

 Hubungan. Bandingkan: Apis; Ars; Merc. cor.

Komplemen: Camph.

Antidot: Acon.; Camph.; Puls.

 Dos. Potensi 6 hingga 30. Memerlukan ulangan dos. Aplikasi setempat dalam terbakar dan ekzema, guna 1x dan 2x bersama air.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre