CHAMOMILLA

Matricaria chamomilla telah diamalgunakan sebagai remedi keluarga sejak berabad lamanya. Pokok ini sangat popular sebagai ubatan herba di German, Eropah dan Amerika Utara. Ia boleh disediakan sebagai teh bagi mengatasi masalah spasma dan meredakan sakit serta bengkak-bengkak. Umumnya, Chamomile digunakan dalam dos yang kecil sebagai tonik dan dalam dos yang besar sebagai bahan emetik. Ia juga dipakai bagi membantu masalah pencernaan.

            Dalam homeopati, tinkturnya dibuat daripada seluruh pokok yang diambil semasa ia berbunga. Dr. Hahnemann menerbitkan ujibukti terhadap Chamomilla pada tahun 1805. Tindakan umum penawar ialah ke atas membran mukus. Kadang-kadang simptom sakit saraf dan reumatoid mungkin memerlukan Chamomilla. Tetapi kesan tindakan Chamomilla adalah lebih jelas apabila rawatan diberi berasaskan emosi pesakit khususnya bagi orang yang sensitif dan marah-marah.

Minda. Resah gelisah dan merungut-rungut. Kanak-kanak yang berkehendakkan pelbagai benda tetapi kemudian menolak atau menepis kembali. Mengeluh sedih kerana dia tidak dapat memiliki apa yang dia mahu. Kanak-kanak itu hanya boleh didiamkan dengan cara didukung ke sana ke mari atau dimanjai sentiasa.  Tidak sabar, tidak boleh ditegur atau dicelah; tersangat sensitif terhadap setiap kesakitan; selalu mengadu. Dengki, bengkeng. Aduannya akibat marah, terganggu dan sakit hati. Dengan itu, simptom ketenteraman mental tidak harus dirujuk kepada Chamomilla.

Kepala. Sakit kepala berdenyut-denyut di sebahagian otak. [lih. Puls.] Sakit kepala terasa walaupun semasa tidur. Sakit kepala kerana minum kopi. [Nux.] Cenderung untuk melenturkan kepala ke belakang. Panas, peluh melekit di atas dahi dan kepala.

Telinga. Berdering dalam telinga. Sakit telinga, sangat sakit; panas dan membengkak menyebabkan pesakit cemas kalut. Sakit mencucuk seolah-olah pendengaran terhenti.

Mata. Kelopak mata panas, perit. [pedih seolah-olah kerana pasir, Euph., Caust.; seolah-olah kerana garam, Nux.] Sklerotik kuning. Kelopaknya tertutup secara spasmodik.

Hidung. Sensitif terhadap semua bau. Koriza, serta tidak dapat tidur.

Muka. Sebelah pipi merah dan panas; sebelah lagi pucat dan sejuk. Rasa mencucuk pada rahang membawa ke telinga dalam dan gigi. Sakit gigi  melarat selepas meminum minuman panas, melarat dengan kopi, tengah malam. Membawa kepada kebingungan. Lidah dan otot-otot muka merenggut-renggut. Kemurungan kanak-kanak yang sedang tumbuh gigi.. [Calc. phos.; Terebinth.]

Kerongkong. Kelenjar submaksilari dan parotid membengkak. Mencerut dan sakit seolah-olah disebabkan tersumbat. [lih. Hepar,  Ign., Nux., Phyto., Nit. ac.]

Mulut. Sakit gigi sekiranya mengambil sesuatu yang panas, kerana meminum kopi, semasa mengandung. Keluar liur sebelah malam.

Perut. Bersendawa, busuk. Loya selepas meminum kopi. Berpeluh selepas makan atau minum. Benci minuman panas. Lidah berwarna kuning; pengecapan pahit. Naik masam-masam; memuntahkan makanan. Muntah pahit atau memuntahkan air hempedu. Sakit gastrik rasa tertekan, seolah-olah daripada batu. [Bry,; Abies n.]

Abdomen. Kembung. Mencengkam di kawasan pusat, dan sakit di tengah belakang. Kolik kekembungan, selepas marah, beserta pipi merah dan perpeluhan panas. Kolik hepatik. Radang duodenum akut. [Kali bich.(kronik).]

Najis. Panas, hijau, berair, busuk kohong, berlendir licin, beserta kolik. Mukus berwarna kuning dan putih yang dicincang seperti telur dan bayam yang dicincang. Dubur kesakitan. Cirit-birit semasa penggigian. [Calc., Colo., Dulc., Merc., Podo., Sulph.] Buasir serta fisur yang menyakitkan.

Perempuan. Pendarahan uterus. Discaj darah hitam beku melimpah-limpah, serta sakit seperti hendak bersalin. Sakit hendak bersalin yang spasmodik; menekan ke atas. [Gels.] Pesakit tidak sanggup menerima sakit. [Caul.; Caust.; Gels.; Hyos.; Puls.] Puting susu keradangan; lembut bila disentuh. Leukorea kuning pedih tengik. [Ars.; Sep.; Sulph.]

Respiratori. Parau, mendehem, larings kasar melecet. Batuk rasa geli menggeletek, kering, merengsa; dada ketat menye-sakkan nafas, serta pengeluaran kahak pahit pada siang hari.. Mukus berbunyi berdetar-detar di dalam dada kanak-kanak.

Belakang. Sakit tidak tertanggung pada dua kangkang dan pinggul. Lumbago. Otot-otot leher kekejangan.

Ekstremiti. Sakit reumatik ganas membuat dia bangkit dari tidur pada waktu malam; memaksanya untuk berjalan-jalan. Tapak kaki rasa membakar pada sebelah malam. [Sulph.] Boleh jadi juga kaki hilang kekuatan di sebelah malam, seakan lumpuh tidak dapat menapak.

Tidur. Mengantuk serta mengeluh, menangis dan meratap di dalam tidur; [lih. Bell.] mimpi-mimpi cemas dan menakutkan, serta kedua mata separuh pejam.

Modaliti. Melarat dengan panas, marah, udara lapang, angin, di sebelah malam. Lega apabila didukung atau dikendung.  

Hubungan.. Komplemen: Belladonna untuk penyakit kanak-kanak dan saraf kranial orang dewasa. Juga Mag. c.

Antidot: Acon., Camph.; Nux; Puls.

Dos. Potensi 3 hingga 30, juga 200.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre