CONIUM MACULATUM

Keseluruhan bahagian pokok dianggap beracun, terutama biji buah, dedaun dan akarnya. Pokok yang masyhur dalam sejarah (kerana dihubungkan dengan kematian Socrates) ini mengandungi alkaloid coniine iaitu alkaloid pertama yang dibuat secara sintetik di dalam makmal. Kesan coniine ke atas sistem saraf pusat dikatakan serupa dengan keadaan apabila terjadi overdos nikotin - iaitu ia bertindak sebagai depresan ke atas trek motor di dalam otak dan korda spina.

            Simptom akibat pengambilan dalam dos yang kasar itu termasuklah rasa kebas dan kelumpuhan yang bermula dengan anggota bawah dan akhirnya membawa ke kedua lengan dan dada. Kematian akan mengikuti apabila berlaku kegagalan respirasi atau otot-otot yang berkaitan dengan respirasi (diafragma) lumpuh.

            Simptom-simptom tersebut adalah bersamaan dengan penerangan yang dilukiskan oleh Plato apabila remedi tersebut digunakan ke atas Socrates yang dijatuhkan hukum mati. Deskripsi tentang simptom-simptom keracunan itu boleh didapati daripada buku dialog yang bersifat biografi, Phaedo. Homeopati biasanya mengguna Conium setelah melalui proses bancuhan yang panjang, iaitu dalam potensi tinggi. Tinktur ibunya disediakan daripada keseluruhan pokok yang masih segar.

            Jelasnya, Conium maculatum sangat sesuai digunakan apabila berlaku lumpuh yang arahnya menaik, atau terdapat ciri-ciri kelemahan tubuh dan minda, menggele­tar, dan berdebar-debar. Ia menjadi remedi yang menak­jubkan bagi merawat simptom-simptom kesukaran berjalan dengan betul, menggeletar, kehilangan upaya dengan tiba-tiba semasa berjalan, sakit tegang pada kedua kaki, dsbnya. Keadaan sedemikian kerap ditemui sewaktu tua, semasa rasa lemah, kelesuan, sesak lokal, dan kelembaban.

            Begitulah ringkasan persekitaran yang khusus bagi Conium memanifestasi­kan tindakannya. Simptom partikular yang diajukan oleh Dr. Boericke pula menjelaskan:

Minda. Keghairahan menyebabkan depresi mental. Gundah, malu, benci kepada masyarakat, dan takut tinggal seorang diri. Tidak cenderung kepada sebarang urusan atau belajar; tidak tertarik kepada apapun. Ingatan lemah, tidak mampu meneruskan usaha berfikir.

Kepala. Pening bila berbaring dan bila berbalik-balik di atas katil, bila memusingkan kepala ke sebelah, atau menggerakkan mata; melarat menggoyangkan kepala, sedikit bunyi bising, atau (mendengar) perbualan orang lain, terutama dari sebelah kiri. Sakit kepala, tergamam, serta loya dan muntah-muntahkan lendir mukus, beserta rasa seolah-olah ada benda asing di bawah tengko­rak. Rasa hangus di atas kepala. Rasa ketat seolah-olah kedua pelipis dikapit; melarat selepas makan. [Gels.; Atropine.] Memar, sakit separuh melintang.  Sakit di sebelah belakang kepala semasa bangkit di waktu pagi.

 Mata. Fotofobia (intolerans yang abnormal kepada cahaya) dan lakrimasi terlampau banyak. Pustul kornea. Pandangan kabur; melarat dengan cahaya lampu. Bila menutup mata, dia berpeluh. Lumpuh otot-otot okular. [Caust.] Dalam keradan­gan kawasan permukaan, seperti dalam konjunktivitis fliktenular dan keratitis. Sedikit ulser saja ataupun geseran akan menyebabkan fotofobia teruk.

Telinga. Mencucuk-cucuk di dalam kedua telinga. [Kali c., Nit. ac.; berdenyut-denyut dalam telinga, Hepar, Phos., Rhus t.; lih. Merc.] Pendengaran sensitif lagi menyakitkan. [Acon., Bell., Phos. ac.] Pendengaran cacat;  Discaj daripada telinga berwarna darah.

Hidung.  Penciuman teramat sensitif. Pesakit cenderung untuk memetik hidungnya, yang mudah berdarah - menjadi sakit. Polipus.

Perut.  Kesakitan pada pangkal lidah.  Loya teruk, rasa terbakar di jantung pedih, dan bersendawa masam; melarat semasa hendak masuk tidur. Spasma menyakitkan di perut. Ameliorasi daripada memakan sesuatu dan agravasi beberapa jam selepas waktu makan; berasid dan membakar; Tompok-tompok menyakitkan dekat tulang dada.

Abdomen. Sakit teruk di dalam dan sekitar hati. Jaundis kronik, dan sakit di hipokondrium kanan. Sensitif, memar, membengkak, sakit seperti dihiris pisau.  Ketat menyakitkan.

Najis. Kerap rasa hendak buang; keras, serta tenesmus. Kelema­han menggigil selepas tiap kali berak. [Verat.; Ars.; Arg. n.] Panas dan membakar dalam rektum sewaktu berak.

Urin. Sangat sukar menghabiskan. Ia mengalir dan berhenti semula. [Ledum.]  Discaj terganggu. [Clematis.]  Meleleh bagi orang berumur. [Copaiva.]

Lelaki. Nafsu bertambah; kekuatan mengurang. Gelisah terhadap keupayaan seksual, serta pengerasan lemah. Kesan daripada kehen­dak seks tertekan. Buah zakar keras dan membesar.

Perempuan. Dismenorea, serta peha rasa terjatuh. Buah dada kendur longlai dan mengecut, keras, sakit bila disentuh. Rasa dicucuk jarum pada puting. Rasa mahu menekan buah dada kuat dengan tangan. Haid lewat dan sedikit; bahagian anggotanya sensitif. Buah dada membesar dan menjadi sakit sebelum dan semasa datang haid. [Calc. c.; Lac can.] Ruam sebelum haid. Rasa gatal-gatal sekitar organ luar seks. Tidak bersedia untuk mengandung. Mengeras di tulang dan serviks. Radang ovari; ovari membesar, mengeras; sakit dikoyak. Kesan buruk nafsu seks yang ditekan atau haid tertekan, atau daripada mengikut hawa nafsu secara berlebihan. Leukorea selepas kencing.

Respiratori. Batuk yang kering, hampir berterusan, sering dan kering; melarat petang dan malam; disebabkan oleh tompok-tompok kering dalam larings serta gatal-gatal dalam dada dan kerongkong, bila berbaring, bercakap atau tertawa, semasa mengandung. Menge­luarkan kahak hanya selepas batuk agak lama. Berkehendakkan menarik nafas semasa membuat senaman ringan; sukar bernafas, mencerut di dada; sakit-sakit dalam dada.

Belakang. Sakit di kawasan belakang antara kedua bahu. Kesan buruk lebam memar dan kesan perlanggaran ke atas spina atau tulang belakang. Koksidinia. Sakit seperti kena benda tumpul dalam kawasan ruas tulang belakang dan sakral. 

Ekstremiti. Berat, haus-susut, lumpuh; menggeletar; tangan tidak tetap; jari tangan dan jari kaki kebas. Lemah otot-otot, teruta­ma bahagian hujung kaki tangan. Perpeluhan di kedua tangan. Meletakkan kaki di atas kerusi mengurangkan kesakitan.

Kulit. Sakit di kelenjar aksilari, serta kebas di baha­gian bawah tangan. Bengkak keras selepas kontusi. Kulit kuning, serta letusan papular - merah-merah di kulit; kuku jari tangan kuning. Kelenjar membesar dan mengeras, juga mesenterik.  Sakit mencucuk seperti dijahit bergerak-gerak melalui kelenjar. Tumor, sakit rasa menikam; melarat sebelah malam. Ulser kronik serta discaj kronik. Berpeluh segera apabila seseorang itu tidur, malah apabila dia menutupkan matanya.  Berpeluh malam dan pagi, serta bau yang menjijikkan, dan rasa pedih di kulit.

Modaliti. Melarat berbaring, berpaling atau bangkit dari tidur; bujang; sebelum atau semasa haid, daripada mengambil benda-benda sejuk, lebih menggunakan mental atau gerak tubuh. Lega sambil berpuasa, di tengah malam, daripada membiarkan anggota tergantung, pergerakan dan tekanan.

Hubungan.. Bandingkan: Scirrhinum; Baryt.; Hydrast.; Iod.; Kali phos.; Hyos.; Curare.

Komplemen: Bar-m.

Antidot: Coffea, Dulc., Nit. ac.

Dos. Sangat baik menggunakan potensi tinggi yang diberi jarang-jarang, terutama bagi ketumbuhan, keadaan paretik, dan seumpamanya. 

Boleh juga guna potensi 6 hingga 30.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre