DIGITALIS PURPUREA

Digitalis purpurea merupakan tumbuhan herba yang telah digunakan sejak Zaman Pertengahan dan diamalkan oleh masyarakat Inggeris sebagai penawar bagi dropsi. Ia ditemui oleh seorang doktor Inggeris bernama William Withering pada tahun 1775 apabila beliau mendapati seorang pesakit yang mengalami kegagalan jantung kongestif telah berjaya di-sembuhkan oleh dukun yang mengamal rawatan herba. Beliau mendapati foxglove adalah elemen utama dalam usaha mereka merawat edema atau bengkak-bengkak yang berkaitan dengan kegagalan jantung kongestif (di samping kesan keracunannya yang boleh menghentikan denyutan jantung). 

            Di dalam sejarah perubatan moden, nama Withering diingati sebagai orang yang bertanggungjawab bagi masa depan perubatan jantung. Beliaulah yang membuat eksperimen secara klinikal ke atas debu daun Digitalis selama sepuluh tahun bagi menentukan dosej yang sesuai dan kemudiannya menerbitkan sebuah monograf tentang kegunaan Digitalis di dalam perubatan. Ia dikatakan mengandungi glikosida kardiak yang mampu merubah kadar dan tenaga denyutan jantung. Beberapa tahun kemudian, selepas penemuan kaedah rawatan homeopati, Dr. Hahnemann mengujibukti bahan Digitalis dan memasukkannya ke dalam senarai penawar-penawar homeopati yang turut berguna bagi merawat penyakit kronik.

            Mengikut Dr. Hahnemann, Digitalis merupakan salah satu tumbuhan herba yang mengandungi bahan perubatan yang amat kuat kuasanya tetapi kerapkali disalahguna oleh para doktor alopati. Menurutnya, doktor alopati mengharapkan tindakan segera bahan tersebut ke atas pesakit tanpa mengambilkira sifat semulajadi tindakan tersebut justeru pengetahuan mereka mengenai penawar itu terbatas dalam aplikasi terhadap pelbagai penyakit yang bersesuaian. Hanya bilamana mereka secara tidak sedar menggunanya dalam kes-kes di mana simptom-simptom penyakit serupa dengan simptom-simptom Digitalis, kesembuhan diperolehi dengan cepat dan menakjubkan.

            Tinktur homeopati disediakan daripada dedaun pokok Digitalis purpurea. Dalam aplikasi rawatan, ia memainkan peranan khusus apabila sesuatu penyakit itu melibatkan bahagian jantung, iaitu ketika denyutan nadi lemah, tidak teratur, berselang-seli, luar biasa perlahan, dan dropsi bahagian luaran dan dalaman. Miokardium lemah dan mengembang. Ada tanda-tanda jantung tersekat dan nadi tersangat perlahan.

            Terdapat juga simptom-simptom lain penyakit jantung orga­nik seperti daya kekuatan terlalu lemah atau hilang upaya, kepitaman, kesejukan kulit, respirasi tidak teratur, ketidak selesaan dan gangguan  selepas penggunaan tembakau, jaundis kerana hipertrofi hati, dan jaundis beserta penyakit jantung. Pitam seolah-olah akan mati, muka kelihatan kebiruan, dan kegagalan otot-otot kardiak apabila jantung sedang mengecut atau mengepam.

            Pemberian Digitalis akan merangsang otot-otot jantung, meningkatkan keupayaan tekanan apabila jantung mengepam dan meningkatkan panjangnya masa mengepam. Boleh juga diberi bagi simptom hilang upaya akibat daripada berkuat sedikit atau bila jatuh pengsan.

Minda. Murung, susah hati; ketakutan; khuatir tentang masa depan. [sangat takut pada mati dan bersendirian, Ars., Lyc.] Rasa bosan. Setiap kejutan memukul epigastrium. Sayu. Tidak cergas, letih bosan serta denyutan nadi perlahan.

Kepala. Vertigo; pening apabila berjalan dan sewaktu bangkit, dalam penyakit yang melibatkan kardiak dan hepar. Sakit menjalar tajam di bahagian depan, membawa ke hidung, selepas meminum air sejuk atau makan ais skrim. Berat kepala, serta rasa seolah-olah ia (kepala) akan jatuh ke belakang. Muka kebiruan. Kekeliruan, kepenuhan dan bising dalam kepala. Bunyi merekah semasa tidur. Lidah dan bibir kebiruan.

Mata. Kelopak mata kebiruan. Tubuh gelap, seperti lalat, di hadapan mata.  Perubahan dalam persepsi akut terhadap bayangan hijau. Objek-objek kelihatan hijau dan kuning. Midriasis, pelebaran pupil mata; tepi kelopak merah, membengkak, melekat seperti glu di waktu pagi. Pemisahan retina. Pandangan kabur, anak mata tidak teratur, diplopia.

Perut. Rasa manis serta ptyalisme selalu. Loya bersangatan, tidak lega dengan keluar muntah. Kepitaman, dalam perut terasa sangat lemah. Membakar dalam perut membawa ke esofagus. Selepas air sejuk atau ais skrim, rasa sakit menusuk tajam  dalam  dahi,  membawa  ke hidung.  Kepitaman  dan muntah-muntah akibat daripada pergerakan. Tidak selesa, walaupun selepas mengambil sedikit makanan, atau daripada melihat atau menghidu bau. Epigastrium lembut. Air liur bercambah. Sakit saraf dalam perut, yang tidak ada kaitan dengan pengambilan makanan.

Abdomen.  Sakit di sebelah kiri yang lebih nyata di bahagian kolon menurun (descending colon) dan di bawah tulang rusuk sampingan (false rib). Sakit abdomen teruk, berdenyut-denyut dalam aorta abdomen, dan cerutan epigastrik. Hati membesar, pedih menyakitkan.

Najis. Najis berwarna putih, seperti kapur, berhabuk, pucat. Cirit-birit semasa jaundis. [Nux.]

Urin. Desakan untuk kencing berterusan, menitik-nitik, hitam, panas, membakar, serta sakit tajam seperti dipotong atau berden­yut-denyut pada pangkal pundi kencing, seolah-olah satu jerami telah ditolak dan tarik; melarat di waktu malam. Tertekan. Amoniakal, dan keruh. Radang uretra, fimosis, sakit bila kencing. Rasa penuh selepas kencing. Mencerut dan memba­kar, seolah-olah salur uretra sangat kecil. Hampasnya seperti debu batu-bata.

Perempuan.  Sakit seperti hendak bersalin dalam abdomen dan bela­kang sebelum haid.  Pendarahan rahim.

Lelaki. Kencing malam [Digitalin], serta kemaluan sangat lemah selepas bersetubuh. Hydrocele; Skrotum membesar seperti pundi kencing. Gonorea, balanitis [Merc.], serta edema di hujung kulit zakar. Kemaluan membengkak dropsikal. [Sulph.] Prostat membesar.

Respitori. Kepingin menarik nafas panjang. Pernafasan tidak teratur, sukar; mengeluh panjang. Batuk serta melecet, rasa sakit dalam dada. Pengeluaran kahak manis. Pneumonia orang tua. Sangat lemah dalam dada. Dispnea, sentiasa berkehendak untuk menarik nafas panjang, paru-paru rasa tertekan. Bronkitis kronik; Kesesakan pasif paru-paru, mengeluarkan ludahan berdarah disebabkan kegagalan myokardium. Tidak dapat bercakap. Hemopti­sis serta jantung lemah.

Jantung. Sedikit bergerak menyebabkan debaran kencang, dan rasa seolah-olah denyutan jantung akan berhenti, sekiranya ia bergerak. [Berlawan dgn: Gels.]  Kerap mencucuk (seperti dijahit) dalam jantung. Denyutan jantung tidak teratur terutamanya bagi penya­kit "mitral disease". Nadi sangat perlahan. Berselang-seli; lemah. Sianosis. Denyutan nadi tidak sama; ia berbeza. Dengan tiba-tiba terasa seolah-olah jantung berhenti berfungsi. Nadi lemah, dan dipercepatkan dengan sedikit pergerakan. Perikardi­tis, pengeluaran serum bercambah. Jantung mengembang, letih, tidak teratur, serta nadi perlahan dan lemah. Hipertrofi serta membesar. Kegagalan kardiak selepas demam. Dropsi kardiak.

Ekstremiti. Kaki membengkak. Jejari mudah berhenti bergerak. Kesejukan kaki dan tangan. Sendi-sendi sakit reumatik. Sendi-sendi membengkak putih, berkilat.  Kelesuan otot. Jejari mem­bengkak waktu malam. Rasa di dalam kaki seolah-olah wayar panas merah tiba-tiba menusuk menerusinya (Dudgeon).

Tidur. Terkejut dari tidur justeru termimpi dia terjatuh daripa­da tempat tinggi.  Tidak dapat tidur berterusan.

Demam. Panas menyemarak dengan tiba-tiba, diikuti dengan kelema­han saraf yang bersangatan. Nadi perlahan dan tidak teratur. [penuh, kerap, Acon., Bell.]

Kulit. Eritema, merah menyala, melarat di atas belakang, seperti campak. Salur vena mengembung biru di kelopak, telinga, bibir dan lidah. Dropsikal. Gatal-gatal dan jaundis.

Modaliti. Melarat bila duduk menegak, selepas makan dan menden­gar muzik.  Lega bila perut kosong; dalam udara lapang.

Hubungan.. Cinchona (China) off. mematikan tindakan langsung Digitalis ke atas jantung dan minda. Juga menambah kebimbangan.

Antidot: Camph.; Serpentaria. Juga Apis, Calc., Colch., Nit. ac., Nux dan Opium.

Dos. Potensi 3 hingga 30 akan memberi reaksi apabila petunjuk penawarnya jelas;  Untuk tujuan paliatif, dosej fisiologi diperlukan.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre