DROSERA ROTUNDIFOLIA

Drosera memberi kesan yang jelas ke atas organ pernafasan dan disyorkan oleh  Hahnemann sebagai remedi utama bagi batuk kokol. Mengikut Dr. Tyler, Drosera boleh memecah rintangan terhadap tuberkulosis dan kerana itu ia harus mampu mengeluarkannya. Ia juga baik bagi merawat ftisis laringeal. Demikian juga boleh digunakan untuk tuberkulosis pulmonori; muntahan makanan akibat dari batuk beserta iritasi gastrik dan banyak mengeluarkan kahak. Sakit-sakit di sekitar sendi pinggang.. Kelenjar tuberkular.

Kepala. Pening berpusing bila berjalan di udara lapang, serta cenderung jatuh ke sebelah kiri. Sebelah kiri muka kesejukan, serta rasa sakit menyengat sementara di sebelah kanan muka rasa panas kering.

Perut. Loya. Pesakit tidak suka kepada makanan masam, malah mendapat kesan buruk bila mengambil asid.

Organ respiratori. Batuk spasmodik, kering dan gatal-gatal nak batuk, seperti batuk kokol, paroksisma antara serangan itu begitu cepat; sehingga sukar untuk bernafas; tersedak. Batuk sangat dalam dan parau; melarat selepas tengah malam; kahaknya berwarna kuning, serta darah keluar dari hidung dan mulut; terjeluak. Suaranya serak, dalam; keparauan; laringitis. Kasar, rasa menggerutu di ujung tenggorok dan lelangit lembut. Rasa seolah-olah terdapat serpihan di dalam kerongkong, seperti bulu di dalam larings. Ftisis laringial, serta tubuhnya merosot dengan cepat. Batuk di kalangan kanak-kanak, yang tidak menyerang di waktu siang tetapi datang sebaik saja kepalanya direbahkan ke atas bantal di tengah malam. Sakit tekak seorang paderi, beserta rasa kering, menggaru-garu, kasar jauh di ujung tenggorok. Suaranya parau, dalam, tidak bernada, pecah, memerlukan kerahan tenaga untuk bercakap. Diserang asma bila bercakap, serta terasa kontraksi di bahagian kerongkong setiap kali patah-patah perkataan dikeluarkan.

Ekstremiti. Sakit seperti lumpuh di dalam sendi tulang pinggul dan kedua paha. Kekejangan di dalam sendi kaki. Kesemua anggota rasa bagaikan lumpuh. Tilam tempat tidur dirasakan teramat keras.

Demam. Seram sejuk di dalam tubuh; menggigil, beserta muka panas, kedua tangan sejuk, tiada rasa dahaga. Sentiasa rasa terlalu sejuk, walaupun di atas katil.

Modaliti. Melarat selepas tengah malam, berbaring, ketika berpanas-panas di atas katil, minum, menyanyi, ketawa.

Hubungan. Antidot: Camph.

Bandingkan dengan Chelid; Corall; Cupr; Castanea; Argent; Menyanth.

Dos. Dr. Boericke menyarankan potensi pertama hingga 12. Tetapi ramai juga pengamal menyarankan potensi 30 dan 200.  

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre