EUPATORIUM PURPUREUM

Remedi yang sesuai bagi kes albuminuria, diabetes, sakit teruk pada salur uretra, iritasi pada pundi kencing, dan prostat membesar. Sangat baik dipreskripsi bagi dropsi renal. Seram sejuk dan sakit-sakit menjalar naik ke atas. Juga untuk mati pucuk dan steriliti. Rindu kampung.

Kepala. Sakit kepala sebelah kiri beserta vertigo. Sakit dari bahu kiri membawa ke belakang kepala. Uzur sakit kepala bermula di waktu pagi, melarat di waktu petang dan malam, melarat juga bila berada dalam udara sejuk

Urinari. Sakit yang amat di dalam kedua ginjal. Membakar di dalam pundi kencing dand uretra ketika kencing. Keluarnya sedikit tidak mencukupi, berwarna air susu serta sakit. Hematuria. Sentiasa rasa hendak kencing; disuria. Iritasi vesikal di kalangan wanita. Diabetes insipidus.

Belakang. Rasa berat di dalam loin dan belakang.

Perempuan. Sakit di sekitar ovari kiri. Rasa akan berlaku keguguran. Bahagian luar kemaluan rasa seperti basah.

Ekstremiti. Skiatika. Sakit menyucuk ganas pada saraf skiatika kiri.

Demam. Tiada rasa haus ketika datang seram sejuk, tapi sangat sakit di bahagian depan. Seram sejuk bermula di bahagian belakang. Menggeletar dengan ganas, serta dengan kesejukan yang sedikit. Sakit dalam tulang.

Hubungan. Bandingkan dengan: Senecio; Cannab sat; Helon; Phos ac; Triticum; Epigea.

Dos. Potensi pertama hingga 30.


"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre