FERRUM PHOSPHORICUM

Ia merupakan pengangkut oksigen dan sebahagian daripada hemoglobin di dalam darah. Ia mampu menguatkan dinding salur darah, khususnya arteri. Iron fosfat hendaklah ditriturasi terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam perubatan homeopati atau biokimia.

            Ferrum phos selalu digunakan dalam merawat penyakit-penyakit akut; juga bagi anemia, demam, batuk, sakit telinga, demam, reput fros, sakit kepala, hidung berdarah dan hemoraj kecil. Beberapa simptom utama penawar ialah rasa sakit, panas, bengkak dan kemerahan. Kalau berlaku pendarahan, warna darah ialah merah muda.

Minda. Kalut, tidak boleh bertolak ansur di sebelah tengah hari. Tidak peduli pada perkara biasa. Hilang keberanian dan harapan pada awal petang, melarat dengan tidur.

Kepala. Sakit bila disentuh, bila sejuk, bunyi bising, hentakan. Darah naik ke kepala. Kesan buruk panas matahari. Perasaan berdenyut-denyut. Vertigo. Sakit kepala lega apabila di demah sejuk.

Mata. Merah, radang serta rasa terbakar. Rasa seperti ada pasirdi bawah kelopak mata. Hiperemia disk optik dan retina, serta pandangan kabur.

Telinga. Terdengar bunyi suara. Berdenyut-denyut. Otitis peringkat pertama. Timpani membran merah dan menonjol keluar. Otitis akut; bila mana Belladonna gagal, ia mencegah daripada penanahan.

Hidung. Demam peringkat pertama terasa di kepala. Cenderung untuk mendapat demam selsema. Epistaksis; mengeluarkan darah berwarna merah muda.

Muka. Simbahan merah; kedua pipi rasa panas dan sakit. Sakit saraf muka; melarat menggoyangkan kepala dan menunduk.

Kerongkong. Nulut panas; fauses merah, keradangan. Sakit kerongkong memborok. Tonsil merah dan membengkak. Tiub Eustachio keradangan. Sakit kerongkong para penyanyi. Laringitis subakut beserta fauses merah dan inflamasi (2x). Untuk mengawal pendarahan dan melegakan kesakitan selepas pembedahan hidung dan kerongkong. Difteria peringkat pertama.

Perut. Bencikan susu dan daging. Kepinginkan stimulan. Memuntahkan makanan yang tidak cerna. Memuntahkan darah berwarna merah muda. Sendawa masam.

Abdomen. Peritonitis peringkat pertama. Buasir. Najis cair, mengandungi darah, makanan tidak cerna. Disenteri peringkat pertama, serta discajnya bercampur banyak darah.

Urinari. Air kencing terpancut setiap kali batuk. Inkontinens: tidak dapat mengawal kencing. Iritasi pada leher pundi kencing. Poliuria. Enuresis diurnal.

Perempuan. Haid datang setiap tiga minggu, serta rasa menekan ke bawah dan sakit di atas kepala. Vaginismus. Faraj panas dan kering.

Respiratori. Berguna bagi semua jangkitan keradangan peringkat pertama. Paru-paru mengalami kesesakan. Hemoptisis. Batuk menggeletek menyakitkan dan pendek-pendek. Krup. Batuk keras, kering beserta dada rasa sakit. Keparauan. Dalam pneumonia, pengeluaran kahak mengandungi darah. [Millefol.] Batuk rasa lega di sebelah malam.

Jantung. Palpitasi; nadi berdenyut cepat. Penyakit-penyakit jantung peringkat pertama. Nadi lembut, cepat dan pendek.

Ekstremiti. Leher tegang. Reumatisme artikular. Sakit reumatik pada bahu; sakitnya membawa ke dada dan pergelangan. Witlow. Kedua tapak tangan panas. Kedua-dua tangan bengkak dan menyakitkan.

Tidur. Gelisah dan tidak dapat tidur. Mimpi-mimpi yang mencemaskan. Anemia dengan perpeluhan sebelah malam.

Demam. Setiap hari didatangi rasa seram sejuk, pada jam 1 tengah hari. Peringkat pertama  bagi semua jenis demam berkataral dan berinflamasi.

Modaliti. Melarat malam dan dari jam 4 hingga 6 pagi; sentuhan, hentakan, pergerakan, sebelah kanan. Lega dengan aplikasi sejuk.

Hubungan. Bandingkan dgn Acon.; Gelsem.; China.

Dos. Potensi ke 3 hingga 12.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre