GELSEMIUM

Gelsemium sempervirens adalah sejenis pokok yang mempunyai dedaun seperti serombong dan bunga berwarna kuning. Ia terdapat di kawasan pantai bermula dari tenggara hingga ke utara Amerika Syarikat. Sekiranya dimakan dalam bentuknya yang kasar, ia boleh membawa kepada keracunan yang mengakibatkan kontraksi dan kesukaran dalam mengguna otot-otot voluntari serta konvulsi.

            Dalam sejarah, sediaan herba daripada akar pokoknya pernah digunakan bagi merawat penyakit migran dan beberapa jenis sakit saraf. Ia juga digunakan sebagai bahan sedatif, penahan sakit, antispasmodik dan agen mengurangkan demam. Di samping itu, pokoknya turut dikatakan popular dalam rawatan penyakit batuk kokol dan asma. Menjelang abad ke 20, atas kesedaran bahawa dalam dos herbanya ia meninggalkan kesan toksik, penggunaan Gelsemium sebagai bahan ubatan kian merosot. 

            Homeopati juga membuat tinktur daripada akar pokoknya yang masih elok dan segar. Tetapi homeopati berjaya memproses tinktur melalui kaedahnya yang tersendiri. Gelsemium hasil persediaan homeopati memberi tumpuan tindakan ke atas sistem saraf yang menyebabkan pelbagai peringkat kelumpuhan motor.

            Pesakit Gelsemium selalunya kelihatan lesu, gayat, mengantuk, rasa tak keruan, menggigil, dan otot-otot sekitar mata, kerongkong, dada, larings, sfinkter, anggota dan seumpamanya lemah seakan lumpuh. Penawar ini sangat bermanfaat bagi merawat influenza atau kesan lumpuh selepas serangan difteria. 

Minda. Cenderung menjadi pendiam, ingin dibiar bersendirian. Tidak mahu diajak bercakap. [tidak mahu bercakap: Dig.; bercakap berterusan: Cicu., Stram.] Tiada semangat, kekakuan, malas. Daya tilikan lemah. Tidak acuh terhadapi sakitnya. Langsung tiada perasaan takut. Meracau semasa tertidur. Berperasaan ghairah, takut, dsbnya membawa kepada sakit tubuh fizikal. Kesan buruk daripada terlalu gerun, ketakutan, berita yang mengejutkan. Tidak boleh berhadapan dengan orang ramai. Kanak-kanak terkejut dan memegang perawat, dan menjerit seolah-olah takut terjatuh. [Bor.]

Kepala. Pening, merebak ke bahagian belakang kepala. Berat kepala; rasa dililit sekeliling dan sakit belakang kepala. Tiada semangat, sakit jenis rasa berat, serta kelopak mata rasa berat; rasa memar; lega ditekap/balut dan berbaring dengan meninggikan kepala. Sakit di pelipis, membawa ke dalam telinga dan sayap hidung, dagu. Sakit kepala, serta sakit otot-otot leher dan bahu. Sakit kepala yang didahului oleh kebutaan; lega dengan kencing melimpah. Kulit kepala sakit bila disentuh. Meracau semasa hendak tidur. Inginkan kepala diangkat di atas bantal.

Mata. Ptosis; kelopak mata berat; pesakit rasa sukar membuka­nya. Pandangan nampak dua. Alat-alat otot terganggu. Berusaha membetul­kan kekaburan dan ketidak-selesaan dalam mata walaupun selepas cermin mata diperbetulkan. Pandangan kabur, bagaikan dihalangi wap atau asap. [Cycl.; Phos.] Pandangan samar-samar, anak mata membe­sar dan tidak sensitif dengan cahaya. Neuralgia orbital, serta mengecut dan otot-ototnya bergerak-gerak. Sakit memar di bela­kang orbit. Satu anak mata membesar, yang satu lagi mengecut. Keradangan yang dalam, serta jerebu berkaca-kaca. Radang serum. Radang retina albuminuria.  Retina berpisah, glaukoma dan desemetitis.  Ambliopia histerikal.

Hidung. Bersin; kepenuhan di pangkal hidung. Fosa hidung keker­ingan. Lilitannya membengkak. Discaj berair jernih, menghakis kulit. Koriza akut, serta sakit kepala tak keruan dan demam.

Muka. Panas berat, memerah, kelihatan seperti dalam mabuk. [Bapt.; Op.] Sakit saraf muka. Muka berwarna seperti abu, serta pening vertigo dan pandangan samar-samar. Otot-otot permukaan mengecut, terutama di sekitar mulut. Dagu bergetar. Rahang bawah terjatuh.

Mulut. Rasa dan nafasnya busuk. Lidah kebas, tebal, berselaput, kekuningan, menggigil, lumpuh.

Kerongkong. Sukar menelan, terutama makanan panas. Gatal-gatal dan geli menggeletek di lelangit lembut dan naso-farings. Sakit dalam otot sternokleidomastoid, belakang parotid. Tonsil membeng­kak. Kerongkong terasa kasar, membakar. Lumpuh lepas difteria. Radang tonsil; sakit menjalar ke dalam telinga. Rasa seperti satu ketulan dalam kerongkong yang tidak dapat ditelan. Afonia. Aktiviti menelan menyebabkan sakit dalam telinga. [Hep.; Nux.] Sukar menelan. Sakit dari kerongkong ke telinga.

Perut. Sebagai satu peraturan, pesakit Gelsemium tidak ada rasa dahaga. Tersedu; melarat di sebelah petang. Rasa kekosongan dan kelemahan pada rongga perut, atau rasa satu tekanan, seperti mengangkut sesuatu yang berat.

Najis. Cirit-birit akibat daripada keghairahan emosi, ketakutan, khabar buruk. [Phos. ac.] Keluar najis menyakitkan atau tidak terkawal. Berwarna krim [Calc.], hijau teh. Rektum dan sfinkter separuh lumpuh.

Urin. Melimpah, cerah, berair jernih, serta seram sejuk dan menggigil terketar-ketar. Disuria; kencing sakit. Pundi kencing lumpuh sebelah; pengaliran sekejap-sekejap. [Clematis.] Terta­han.

Perempuan. Os kaku.[Bell.] Vaginismus. Sakit bersalin olok-olok; sakit naik ke atas balik. Dismenorea, serta alirannya sedikit; haid terbantut. Sakit membawa ke belakang dan pinggul. Afonia dan sakit kerongkong semasa haid. Merasa seolah-olah rahim dipulas. [Cham.; Nux v.; Ustilago]

Lelaki. Spermatorea, tanpa pengerasan. Kemaluan sejuk dan relaks. [Phos. ac.] Skrotum berpeluh berterusan. Gonorea, pe­ringkat pertama; Sedikit discaj; cenderung untuk keruh berkarat; sakit sedikit, tetapi amat panas; perit di laluan kencing.

Respiratori. Nafas perlahan, serta sangat lemah. Rasa tertekan di bahagian dada.  Batuk seakan kering, serta dada sakit dan koriza lancar. Spasma kawasan glotis. Afonia; bronkitis akut, pernafasan cepat. Penyakit spasmodik paru-paru dan diafragma.

Jantung. Rasa seolah-olah ianya perlu untuk sentiasa bergerak, atau jika tidak tindakan jantung akan berhenti. Nadi perlahan. [Dig.; Kalm., Apoc. can.]  Berdebar-debar; nadi lembut, lemah, penuh dan berjela-jela. Nadi perlahan semasa diam, tetapi sangat laju sewaku bergerak. Orang berumur, nadinya perlahan, lemah.

Belakang. Sakit ketiadaan semangat, berat. Seluruh sistem otot relaks sepenuhnya. Lesu; otot-otot rasa memar. Setiap usaha berkuat menyebabkan keletihan.  Sakit di leher, terutama bahagian atas otot-otot sternokleido. Sakit tak keruan di kawasan lumbar dan sakral, naik ke atas. Sakit dalam otot-otot belakang, ping­gul, dan anggota bawah, kebanyakannya yang telah mendarah daging.

Ekstremiti. Hilang kekuatan menguasai otot. Kejang di otot-otot lengan. Sakit saraf profesional. Kejang tangan. Semua anggota terlampau menggigil dan lemah.  Sawan; konvulsi histeria. Letih selepas bersenam sedikit.

Tidur. Tidak boleh tidur nyenyak. Meracau sewaktu mula hendak tidur. Insomnia akibat daripada terlalu penat; daripada terlalu banyak berfikir; tembakau. Menguap. Tidak dapat tidur justeru gangguan saraf. [Coffea]

Demam. Ingin dirangkul, disebabkan ia menggerak-gerakkan demiki­an. Nadi perlahan, penuh, lembut, padat. Seram sejuk di baha­gian atas dan bawah belakang.  Peringkat panas dan berpeluh, panjang dan memenatkan. Demam tidak bersuara, serta otot-otot sangat sakit, hilang kekuatan, dan sakit kepala kencang. Seram-sejuk urat saraf. Demam remiten panas, serta hampir tidak sedarkan diri, berpusing, kepitaman; tidak dahaga, melemah­kan. Seram sejuk, tanpa haus, di sepanjang spina, seperti gelom­bang, menjalar ke atas daripada sakrum ke belakang kepala.

Kulit. Panas, kering, gatal-gatal, letusan seperti campak. Erisipelas. Simptom campak, selsema; membantu dalam me-ngeluar­kan letusan. Penyakit lama kembali, beserta tompok-tompok biru kehitaman. Demam skarlet serta hampir tidak sedarkan diri dan muka merah.

Modaliti. Melarat cuaca lembab, kabus, sebelum ribut dan kilat, beremosi atau ghairah, khabar buruk, menghisap tembakau, apabila memikirkan penyakitnya; pada pukul 10 pagi. Lega membongkok ke depan, menerusi kencing banyak, udara lapang, bergerak berteru­san, (ubat) perangsang.

Hubungan.. Bandingkan: Ignatia; Baptisia; Ipecac; Acon.; Bell.; Cimicif.; Magnes. phos.; Culex.

Antidot: China Coffea; Dig.

Dos.  Tinktur hingga potensi 30, 200. Potensi 1 hingga 3 adalah yang paling kerap digunakan.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre