HYOSCYAMUS NIGER

Hyoscyamus niger atau henbane merupakan tumbuhan yang digunakan di Eropah sejak berkurun-kurun sebagai sedatif dan melegakan sakit. Oleh kerana kandungan alkaloid halusinogenik, ia dipercayai telah digunakan oleh ahli sihir semasa Zaman Pertengahan untuk memberi kesan keadaan psikoaktif. Penggunaan di dalam dos herba mungkin akan menyebabkan gayat, stupor, kabur penglihatan, meracau, konvulsi atau lebih teruk lagi. 

            Homeopati menggunakan penawar Hyoscyamus dalam dos yang diperkuatkuasakan secara dinamisasi. Tinktur ibunya disediakan daripada seluruh pokoknya yang masih elok. Penawar ini bertindak seakan Belladonna dan boleh dirujuk apabila terdapat gambaran sempurna sakit mania yang suka bertengkar dan lucah sifatnya. Pesakitnya cenderung untuk bertingkah laku dan membuat ekspresi yang tidak bersopan santun atau tidak seno­noh. Ia sangat suka bercakap, mungkin berkeras untuk membogelkan diri­ atau mendedahkan kemaluannya. Bersifat cemburu dan takut akan diracuni.

            Penawar ini juga sesuai bagi pesakit yang mengalami gangguan saraf. Mereka yang lemah menggeletar dan tendon atau otot-otot merenggut-renggut, kekejangan dan meracau. Boleh juga digunakan untuk masalah radang gaster toksik.

Minda. Sangat curiga. Peramah [bila bercakap tak henti-henti: Cicu., Lach., Stram.], lucah, gila syahwat, suka men-dedahkan tubuh; cemburu, bodoh. Riuh dengan kelakar; cenderung untuk ketawa terhadap segalanya. Mera­cau, serta berusaha untuk melarikan diri. Pertuturan­nya perlahan, merungut-rungut; karfologia berterusan, tidak sedar diri langsung.

Kepala. Rasa ringan dan keliru. Vertigo; pening seolah-olah mabuk. Berpusing serta tergamam. [Coni., Opi., Puls.] Otak rasa longgar, naik turun. Radang otak, serta tidak sedar diri; kepala dikocak ke sana ke mari.

Mata.  Anak mata membeliak, bersinar-sinar, tidak berkelip. [Bell.] Mata terbuka, tetapi tidak memberi perhatian; memandang ke bawah dan tak berse­mangat, seperti orang bodoh. Strabismus. Kelopak mata tertutup secara spasmo­dik. Diplopia.  Objek-objek kelihatan mempunyai tepian berwarna.

Mulut. Lidah kering, merah, merekah, kejang dan tidak bergerak, dihulur keluar dengan susah payah; pertuturannya tidak tentu arah. Berbuih-buih di mulut. Gigi diseliputi oleh kekotoran. Rahang bawah terjatuh.

Kerongkong. Kekeringan menyengat. Mencerut. Tidak boleh menelan cecair.  Uvula memanjang.

Perut. Tersedu, bersendawa kosong, pahit. Loya serta pening. Muntah-muntah serta tersentak-sentak; hematemesis; kekejangan hebat, lega dengan muntah-muntah; membakar dalam perut; epigas­trium melembut. Berlaku selepas gangguan makanan.

Abdomen. Cika, seolah-olah abdomen akan meletup. Kembung. Kolik serta muntah-muntah, sendawa, tersedu menjerit-jerit. Timpanites. Tompok-tompok merah pada abdomen.

Najis. Cirit-birit, sakit kolik; keluar tanpa dikawal, melarat dengan keghairahan mental atau semasa tidur. Cirit-birit sewaktu dalam pantang. Pembuangan air besar tidak dapat dikawal.

Urin. Kencing tidak dapat dikawal. Pundi kencing lumpuh. [Ars., Bell., Puls.] Tiada tenaga untuk buang air kencing. [Caust.]

Lelaki. Mati pucuk. Bernafsu; berusaha mendedahkan peribadinya; bermain dengan kemaluannya semasa demam.

Perempuan. Sebelum haid, spasma histeria. Keinginan seksualnya mengghairah.  Semasa haid, pergerakan tersentak-sentak, keadaan kencing berubah-rubah dan berpeluh.  Lokia ditekan.  Spasma bagi wanita hamil.  Mania puerperal.

Dada. Sawan yang menyesakkan nafas. Spasma, memaksa menunduk ke depan.  Batuk spasmodik, kering pada sebelah malam (melarat berbaring; lega duduk menegak), akibat daripada geli-gatal dalam kerongkong, seolah-olah uvula terlalu panjang. Hemoptisis.

Ekstremiti. Memetik-metik cadar katil; bermain dengan tangan; menghulur untuk mendapatkan sesuatu. Serangan epilepsi berakhir dengan tidur nyenyak. Spasma dan konvulsi. Kekejangan dalam labu betis dan jari kaki. Kanak-kanak menangis dan terisak-isak tanpa sedar dari tidur.

Tidur. Tidak dapat tidur sungguh-sungguh. Mengantuk lali, serta konvulsi. Bila terjaga rasa takut. Koma vigil.

Saraf. Kegelisahan yang keterlaluan; setiap otot bergerak-gerak. Tidak boleh disembunyikan.

Modaliti. Melarat di waktu malam, semasa haid, selepas makan, apabila berbaring.  Lega bila membongkok.

Hubungan.. Bandingkan:  Bellad.; Stram.; Agaric.; Gels. Phosphorus kerap kali menyembuhkan penyakit kegilaan syahwat apabila Hyscyamus gagal. Hyoscyamus pula boleh diberi selepas Belladonna dalam kes ketulian selepas apopleksi.

Antidot:  Bell.; Camph. Juga Acetic ac., Nit. ac. dan Cinchona.

Dos. Potensi ke 6 hingga 200.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre