IRIDIUM

 Iridium adalah logam yang jarang ditemui dari kumpulan Platinum. Apabila Iridium 3x diambil oleh A. J. Tafel, beliau mengalami beberapa simptom hanya dalam masa dua jam. Simptom paling utama yang dilaporkan ialah: rasa kekebasan, dalam kedua telinga dan seluruh tubuh; rasa kedua mata dijangkiti dari bawah menghala ke atas, rasa satu segi tiga pada muka, yang mana bahagian bawah dibentuk oleh dua tulang mala; kekebasan dan kontraksi seperti kekejangan dalam betis kanan, menunjukkan ia mirip kepada penawar Platin. Kebanyakan simptomnya zahir di sebelah kiri.

            Dr. W.Boericke menyatakan kepentingannya untuk kereputan intestin dan septisemia. Dalam anemia, ia meningkatkan sel darah merah. Lain-lain kegunaan termasuk: epilepsi, lupus; reumatisme dan gout; ketumbuhan dalam rahim; paresis spina;  kepenatan selepas diserang penyakit. Juga sesuai bagi kanak-kanak yang kecil, mempunyai anggota lemah dan membesar dengan terlalu cepat. Nefritis semasa mengandung.

Minda. Kecapekan di kawasan belakang dan anggota kaki tangan yang diikuti dengan reaksi yang menyenangkan; rasa berwibawa dan yakin.

Kepala. Sukar memberi konsentrasi ketika berfikir. Rasa seolah-olah minda telah kosong. Pemikiran keliru. Rasa ‘seperti kayu’ di dalam kepala sebelah kanan. Kulit kepala sebelah kanan sensitif. Koriza cair, melimpah banyak, lega bila berada di dalam rumah. Ozena.

Mata. Rasa seolah-olah kedua mata diserang dari bawah bergerak ke atas.

Telinga. Rasa kekebasan dalam kedua telinga dan keseluruhan tubuh berpanjangan, tetapi untuk jangka waktu yang pendek.

Muka. Sakit dalam tulang pipi kiri, seakan disengat; dari kawasan ini terasa kehangatan merebak ke seluruh muka. Sakit juga terasa dalam tulang pipi kanan seperti ditekan.

Mulut. Liur bertambah serta terasa dalam tulang pipi, yang lebih ditanggap di sebelah kiri.

Respiratori.  Batuk suara serak, melarat bila bercakap; belakang hidung rasa melecet, keradangan, sementara discaj kekuningan, tebal, melimpah. Katarah laringeal kronik.

Perut. Kekejangan dalam perut.

Perempuan. Ovari membengkak tanpa dropsi. Ulser menanah dalam rahim; tompok-tompok kebiruan pada rahim. Tumor rahim dengan penanahan. Sakit menebuk dan menggigit dalam paru dara. (kiri)

Belakang. Kelemahan di kawasan buah pinggang. Paresis spina, terutama bagi mereka yang telah tua dan selepas diserang penyakit. Menekan dalam selangkang dan paha kiri. Rasa seperti mengalami dislokasi dalam sendi pinggang dan sakit membawa ke kawasan punggung kiri.

Ekstremiti. Tegang pada kedua paha, terutama di sebelah kiri.

Hubungan. Bandingkan dengan Iridium Chloride. Juga bandingkan dengan Platina; Palladium; Osmium.

Dos. Potensi ke 6 dan atas.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre