LEDUM PALUSTRE

Tinktur penawar disediakan daripada herba Ledum palustre yang masih segar. Di antara tindakan umum Ledum ialah ke atas sendi-sendi kecil yang boleh membengkak dan mempunyai ciri kesakitan seakan gout. Salur vena akan membesar dan pendarahan mungkin berlaku daripada paru-paru dan di dalam mata.

            Di antara simptom penting Ledum ialah pesakit merasa sakitnya berubah lokasi secara tiba-tiba. Dalam reumatisme pula, sakitnya bermula dari kaki dan bergerak ke atas. Ia didapati sangat berguna bagi merawat luka akibat tertusuk dan gigitan, terutama apabila bahagian yang tercedera menjadi sejuk. Adakalanya Ledum sesuai diberikan bagi tetanus apabila terdapat otot-otot sekitar tempat luka merenggut-renggut.

Minda. Kewarasan hilang selepas berada dalam keadaan mabuk yang lama. Kemabukan yang tidak dapat diurus. Sepanjang hari, tidak puas hati dengan orang lain yang membawa kepada kebencian. Cenderung marah dan merengus. Kerisauan. Takut. Gelisah. Tekun sepanjang hari.

Kepala. Vertigo; pening bila berjalan, serta cenderung untuk jatuh ke sebelah kiri atau kanan sahaja. Distres bila kepala diselimut. Hidung berdarah. [Mellilot.; Bry.]

Mata. Sakit dalam mata. Darah terkeluar daripada salurnya di dalam kelopak mata, konjunktiva, berair atau berkaca. Luka calar, memar. Katarak serta gout.

Muka. Jerawat merah di dahi dan di pipi; menyengat bila disen­tuh. Letusan berkeruping di sekitar hidung dan mulut.

Mulut. Kering, rasa hendak muntah serta bersendawa. Rasa hapak serta gangguan kahak.

Respiratori. Rasa terbakar dalam hidung. Batuk serta ludahan kahak berdarah.  Dispnea; dada rasa mencerut. Pernafasan sesak tercekik. Sakit di sepanjang trakea.  Bronkitis serta emfisema orang berumur. Dada rasa mencerut sesak.  Rasa geli menggeletek dalam larings, batuk spasmodik. Hemoptisis, bergilir dengan reumatisme. Dada rasa sakit tercedera bila disentuh. Batuk kokol; spasmodik, tarik nafas berganda serta terisak-isak. 

Rektum. Rekah-rekah di dubur. Sakit buasir. Mencucuk di dalam.

Ekstremiti. Sakit gout menjalar ke seluruh kaki dan anggota, dan ke dalam sendi-sendi, terutamanya sendi-sendi kecil. Membengkak, panas, pucat. Berdenyut-denyut di bahu kanan. Rasa menekan pada bahu, melarat bila bergerak. Pecah-retak di dalam sendi-sendi; melarat dengan kehangatan tilam. Bengkak-bengkak gout. Bola ibu jari kaki membengkak. [Bothrops.] Reumatisme bermula di dalam anggota bawah dan menaik ke atas. [Kalmia berlawanan.] Kedua buku lali membengkak. Tumit kesakitan, hampir tidak dapat mena­pak. [Ant. c.; Lyc.]  Buku lali mudah terseliuh.

Demam. Kesejukan, inginkan tubuh fizikalnya dipanaskan. Rasa seperti air sejuk mencurah di atas bahagian-bahagian badan; kesejukan menyeluruh serta panas di muka.

Kulit. Akne di dahi, sakit mencucuk di dalamnya. Ekzema di permukaan. Gatal-gatal di kaki dan kedua buku lali; melarat bila menggaru dan dengan kehangatan tilam. Ekimosis. Kepucatannya lama selepas cedera. Karbunkel. [Anthracin.; Tarant. cuben.]  Antidot keracunan Rhus. [Grindel.; Cyprip.; Anac.]

Modaliti. Lega dengan sejuk, meletakkan kaki dalam air sejuk. Melarat sebelah malam, dan daripada kehangatan tilam.

Hubungan.. Ledum mengantidot racun labah-labah. Bandingkan: Ruta.; Ham.; Bellis.; Arnica.

Antidot: Camphora.

Dos. Potensi ke 3 hingga 30. Juga 200.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre