MERCURIUS CORROSIVUS

Penawar ini mendahului kesemua remedi lain dalam simptom tenesmus pada rektum yang tidak lega walaupun selepas selesai buang air besar. Kerapkali juga tenesmus ini turut melibatkan pundi kencing. Ia berguna bagi peringkat kedua gonorea beserta tenesmus berterusan; albuminuria yang berlaku di awal masa hamil. Sebelum ia digunakan oleh homeopati melalui proses potentisasi, ia pernah digunakan untuk rawatan eksternal yang menyebabkan keracunan kepada pesakit.

            Beberapa kegunaan klinikal Mercurius cor. seperti yang disebutkan oleh J.H.Clarke termasuk untuk kes-kes aftae, apendisitis, jangkitan pada tulang, penyakit Bright, syanker, diarea, disenteri, ekzema, demam enterik, jangkitan pada mata, jangkitan pada gusi atau mulut, ulser usus, iritis, jaundis, inflamasi ginjal, keguguran, beguk, kelumpuhan, parafimosis, pemfigus, peritonitis, sakit saraf supra orbital, gangguan pengecapan, keradangan tekak dan jangkitan pada lidah. Bagaimanapun senarai di atas sangat bergantung kepada keserasian simptom pesakit-penawar.

 Minda. Kerisauan menghalang tidur. Intelek lemah; pesakit merenung orang yang bercakap kepadanya serta tidak faham terhadap apa yang dinyatakan. Murung; semangat lemah. Perengus; tidak gemar berjenaka.

 Kepala. Meracau, hampir tidak sedar diri. Sakit di bahagian depan, kepala sesak, serta membakar di kedua pipi. Sakit menarik di periosteum tengkorak.

 Mata. Sakit di belakang bola mata, seolah-olah menolaknya keluar. Phlyctenulae; borok ulser di atas kornea. Fotofobia melampau dan lakrimasi pedih. Radang iris, biasa atau sifilitik. Sakit berat sebelah malam; membakar, mencucuk-cucuk, mengoyak-ngoyak. Sedikit kecenderungan untuk pembentukan nanah. Iris berwarna keruh, tebal, dan tidak mengecut atau membesar. Retinitis beralbumin, oftalmia neonatorum. Kedua kelopak mata beredema, merah, melecet. Rasa membakar teruk. Kedua mata sakit pedih.

 Hidung. Koriza hebat. Ozena, serta peliangan pada septum hidung. [Kali bich.] Kemelecetean dan keperitan dalam hidung. Selepas pembengkakan, membran mukus kering, red, dan diliputi oleh mukus yang mengandungi darah.

 Telinga. Berdenyut-denyut hebat. Nanah busuk.

 Muka. Bengkak. Merah, mengembung. Kedua bibir hitam, bengkak. Sordes. Sakit saraf muka antara tulang-tulang muka.

 Mulut. Gigi longgar. Gusi berwarna ungu, bengkak dan lembut. Lidah membengkak dan radang. Keluar banyak air liur. Piorea. Ptialisme. Pengecapan masin dan pahit.

 Kerongkong. Merah, bengkak, menyakitkan, radang hebat. Uvula membengkak. Aktiviti menelan menyakitkan. Kesakitan yang paling kuat selepas hidung serta sakit mencucuk tajam membawa ke telinga. Sakit membakar, serta membengkak kuat; melarat apabila digosok dari luar. Kesemua kelenjar sekitar toraks membengkak.

 Perut. Muntahkan air hempedu, hijau, tidak putus-putus. Epigastrium sangat sensitif.

 Abdomen. Rasa memar; kawasan usus buntu dan kolon transvers rasa sakit. Mengelembung; sangat sakit bila disentuh.

 Najis. Disentri; tenesmus, tidak lega selepas keluar najis; berterusan. Najis panas, berdarah, berlendir halus, busuk, serta sakit memotong-motong dan siatan membran mukus.

 Respiratori. Sakit pada larings seolah-olah dihiris dengan pisau. Afonia. Batuk serta pengeluaran kahak berdarah. Nadi kencang dan intermiten. Rasa mencucuk-cucuk menerusi tepian dada.

 Urin. Membakar hebat dalam salur uretra. Air kencing panas, membakar, sedikit atau tertekan; discajnya kehijauan, mengandungi darah. Beralbumin. Pundi kencing mengalami tenesmus. Sakit menikam-nikam membawa ke bahagian atas salur uretra hingga ke pundi kencing. Perpeluhan selepas kencing.

 Lelaki. Zakar dan buah zakar membengkak terlalu besar. Syanker. Gonorea; lubang luar uretra merah, membengkak; kepala zakan sakit dan panas. Discaj kehijauan, tebal.

 Demam. Seram sejuk walaupun terdedah sedikit. Perpeluhan banyak; permukaannya sejuk.

 Modaliti. Melarat sebelah petang, malam, masam-masam asid. Lega semasa berehat.

 Hubungan. Bandingkan Ars.; Lach.

 Dos. Potensi 6.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre