MERCURIUS SOL

Mercurius solubilis dihasilkan oleh Dr. Hahnemann sebelum timbul idea mengenai kaedah perubatan homeopati. Kaedah mendapatkan kuasa ubat menggunakan logam merkuri menerusi proses triturasi hanya ditemui kemudian. Selain simptom patogenesis Hahnemann, kesan-kesan mereka yang terlibat bekerja bengan logam tersebut dan kesan para pesakit yang mengambil merkuri turut direkod sebagai simptom yang dicerap.

            Walaupun hampir tiada perbezaan di antara kesan-kesan umum pendedahan langsung terhadap merkuri dengan simptom-simptom yang diujibuktikan, namun rekod simptom ujibukti adalah lebih spesifik. Dalam perubatan pula, kesan positif Mercurius sol. ini hanya diperoleh dengan cemerlang sekiranya dipreskripsi dan diproses secara homeopati. Dalam hal ini pula, sistem limfatik bersama-sama dengan membran, kelenjar-kelenjar, organ-organ dalaman dan tulang-tulanglah yang mendapat kesan khusus.

            Mercurius sol. kerapkali dirujuk bagi merawat pesakit sifilis peringkat kedua dengan simptom kloro-anemia febril, sakit reumatik di belakang sternum, sakit sekitar sendi-sendi; juga ulser pada mulut dan tekak, keguguran rambut, letusan serta ulserasi mulut dan kerongkong. Di mana-mana terdapat simptom ketar-ketar; sakit melarat sebelah malam, kehangatan tilam, daripada cuaca lembab, sejuk, hujan, apa lagi bila berpeluh. Nafas, hasil kumuh dan tubuh pesakit berbau sangat busuk.

 Minda. Perlahan dalam menjawab soalan. Memori lemah, dan hilang semangat. Bosan dengan kehidupan. Curiga. Merasakan ia sudah hilang kewarasan.

 Kepala. Vertigo, pening bila membaringkan belakang. Kepala rasa diikat. Sakit sebelah kepala, mengoyak-ngoyak. Tegang di kulit kepala, seolah-olah dibalut. Sakit kepala selsema; tersangat panas dalam kepala. Letusan menyengat-nyengat, panas membakar, busuk di kulit kepala. Rambut gugur. Eksostosis, serta rasa kepedihan. Kulit kepala keras; peluh berminyak di kepala.

 Mata. Kedua kelopaknya merah, tebal, membengkak. Discaj, melimpah, membakar, pedih. Tompok-tompok hitam kelihatan terapung. Selepas terdedah kepada silauan api; seperti pelebur logam/kaca. Keratitis parenkimatus yang mempunyai asal-usul sifilitik serta sakit membakar. Radang iris, serta bernanah.

 Telinga. Discaj kuning, tebal; busuk dan mengandungi darah. Otalgia, melarat dengan kehangatan tilam; sebelah malam, sakit melekit. Bisul-bisul di saluran telinga luar. [Calc. pic.]

 Hidung. Banyak bersin. Bersin kena sinaran matahari. Lubang hidung melecet, berulser; tulangnya membengkak. Discaj seperti nanah, kuning-hijau, busuk. Koriza; Discaj tengik, tetapi terlalu tebal untuk turun ke bibir; melarat dengan bilik panas. Tulang hidung membengkak dan sakit, dan karies, serta ulserasi kehijauan, busuk. Hidung berdarah sebelah malam. Discaj mukus yang banyak. Koriza serta bersin; Sakit pedih, melecet, rasa perit; melarat dengan cuaca lembap; air hidung melimpah dan lancar keluarnya.

 Muka. Pucat, seperti tanah, kelihatan kotor, mengembung. Sakit di permukaan tulang. Pustul sifilitik pada muka.

 Mulut. Pengecapan seperti logam, manis. Pengeluaran liur bertambah dengan banyak; mengandungi darah dan melekit. Air liur busuk, seakan tembaga. Sukar bertutur kerana lidah menggeletar. Gusi lembut, mengecut, mudah berdarah. Sakit pedih bila disentuh dan apabila memamah. Seluruh mulut berlengas. Bahagian gigi yang nampak makin reput. Gigi longgar, rasa lembut dan melonjong. Kerut pada permukaan lidah atas memanjang. Lidah rasa berat, tebal; diselaputi cecair; kuning, lembik, lekuk kena gigi; rasa seolah-olah terbakar, serta berulser. Bau busuk daripada mulut; boleh dihidu di setiap penjuru bilik. Abses alveola, melarat sebelah malam. Sangat haus, serta mulut basah.

 Kerongkong. Merah kebiruan membengkak. Sentiasa cenderung untuk menelan. Sakit kerongkong tidak menyenangkan; melarat sebelah kanan. Borok ulser dan keradangan timbul setiap kali berlaku perubahan cuaca. Mencucuk-cucuk halus dalam telinga ketika menelan; cecair keluar balik menerusi hidung. Kuinsi, serta sukar menelan, selepas nanah terbentuk. Kerongkong sakit, melecet, perit, panas membakar. Seluruh suara hilang. Membakar dalam kerongkong, seolah-olah wap panas sedang menaik.

 Perut. Sendawa busuk tidak menyenangkan. Sangat haus kepada minuman sejuk. Pencernaan lemah, serta lapar berterusan. Perut sensitif dengan sentuhan. Tersedu dan muntah-muntah. Perasaan kenyang dan mencerut.

 Abdomen. Sakit menikam-nikam, serta seram sejuk. Sakit seperti digerudi dalam lipatan paha kanan. Kembung angin dalam usus, serta sakit. Hati membesar; sakit bila disentuh, keras. Jaundis. Pengeluaran air hempedu tidak mencukupi.

 Najis. Najis kehijauan, mengandungi darah, berlendir, melarat sebelah malam; beserta sakit dan tenesmus. Rasa tidak selesai-selesai membuang. Discaj bersama seram sejuk, perut sakit, kolik rasa memotong-motong, dan tenesmus. Najis berwarna seperti uban keputihan.

 Urin. Kerap rasa hendak kencing. Discaj kehijauan keluar dari saluran kencing; membakar dalam salur uretra sewaktu mula hendak kencing. Air kencing kehitaman, sedikit, mengandungi darah, beralbumin.

 Lelaki. Terdapat vesikel dan borok ulser; syanker lembut. Kemaluan sejuk. Kulit hujung zakar radang; gatal-gatal. Keluar mani pada waktu sedang tidur, dipalit dengan darah.

 Perempuan. Haid melimpah serta sakit di bahagian abdomen. Leukorea melecet, kehijauan dan mengandungi darah; di dalamnya rasa kasar melecet. Sakit menyengat-nyengat dalam ovari. [Apis.] Gatal-gatal dan membakar; melarat apabila kencing; lega bila dibasuh dengan air sejuk. Mabuk hamil serta mengeluarkan air liur yang banyak. Buah dada sakit dan penuh susu semasa haid.

 Respiratori. Sakit pedih dari fauses ke sternum. Tidak boleh baring di sebelah kanan. [Sebelah kiri, Lycop.] Batuk, serta pengeluaran kahak berwarna kuning. Dua kali paroksisme; me;arat sebelah malam, dan dengan kehangatan tilam. Katarah, serta seram sejuk; takutkan angin. Mencucuk-cucuk halus dari bawah lobus paru-paru kanan hingga ke belakang. Batuk kokol beserta hidung berdarah. [Arnica.] Batuk melarat dengan asap tembakau.

 Belakang. Sakit memar dalam tulang belakang, terutama semasa duduk. Sakit mengoyak-ngoyak di koksiks; lega bila menekan abdomen.

 Ekstremiti. Kelemahan dalam kedua anggota kaki tangan. Sakit tulang dan dalam kedua anggota; melarat sebelah malam. Pesakit sangat sensitif kepada sejuk. Peluh berminyak. Bahagian ekstremiti menggeletar, terutama kedua tangan; paralysis agitans. Sakit seperti disiat pada sendi-sendi. Peluh sejuk, melekit di kaki sebelah malam. Membengkak dropsikal di bahagian kedua kaki.

 Kulit. Hampir sentiasa berlengas. Kulit yang sentiasa kekeringan tidak menunjukkan kepada penawar Mercurius. Perpeluhan likat yang kuat baunya; melarat sebelah malam. Kecenderungan umum untuk membiarkan perpeluhan, tetapi pesakit tidak merasa lega. Letusan bervesikel dan berpustul. Borok ulser berbeza-beza bentuknya, pinggirnya tak dapat dikenalpasti. Letusan berjerawat kecil mengelilingi letusan utama. Gatal-gatal, melarat dengan kehangatan katil. Crusta lactea; Kupingnya coklat kekuningan, menanah. Kelenjar membengkak setiap kali pesakit demam. Bubo. Orkitis. [Clemat.; Hamam.; Puls.]

 Demam. Umumnya ada hubungan dengan gastrik dan kepanasan, serta perpeluhan melimpah sebelah malam; kelesuan; perlahan dan bertahan. Panas dan menggeletar bersilih ganti. Perpeluhan kuning. Perpeluhan meleleh keluar tanpa rasa lega. Seram sejuknya menjalar; melarat di sebelah petang dan malam. Kilatan panas berselang-selang di satu-satu bahagian.  

 Modaliti. Melarat sebelah malam, basah, cuaca lembap, berbaring di sebelah kanan, berpeluh, bilik panas dan hangat katil.

 Hubungan. Bandingkan: Mez.; Phos.; Syph.; Kali mur.; Aethiops.

Komplemen: Badiaga.

Antidot: Hep.; Aur.; Mez.

 Dos. Potensi ke 2 hingga 30.

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre