NATRUM MURIATICUM

Garam yang menjadi asas bagi penyediaan penawar Natrum muriaticum mungkin dilihat ganjil pada sesetengah orang yang kurang pengetahuan walapun mereka mengakui betapa pentingnya bahan itu kepada manusia dan alam jagat. Justeru, Dr. Farrington pernah memetik kata-kata seorang doktor alopati kepadanya: “Apa! Apakah kamu menggunakan suatu bahan yang digunakan dalam hampir setiap makanan dan memanggilnya sebagai ubat, dan mengatakan kamu memperoleh kesan yang baik daripadanya?” Walhal pada waktu yang sama setiap orang tahu kesan pengambilan garam secara berlebihan, bahkan demikian juga bagi mereka yang mengambilnya dalam kuantiti yang kurang.

            Dalam beberapa siri ujibukti Natrum mur., terdapat bukti menunjukkan bahawa penawar ini bertindak baik dalam potensi tinggi. Orang yang memerlukan Natrum mur. adalah mereka yang kurus, haus, letih, kaki tangan mereka selalu sejuk dan sama ada mereka terlalu suka atau benci mengambil garam. Kegunaan penawar ini sangat banyak. Sebahagian daripadanya ialah apabila terdapat rekahan di bibir bawah, lepuhan berisi air, sembelit, kerap bersin, katarah, demam selsema, anemia, kekejangan panas, dan kecederaan otak.

 Minda. Penyakit yang disebabkan masalah jiwa atau psikik; kesan buruk akibat bersedih, ketakutan, marah dsbnya. Gundah atau tertekan, terutamanya dalam kes penyakit-penyakit kronik. Pujuk-pujukan menambah larat. Mudah marah; menjadi ghairah terhadap perkara tidak penting. Canggung, kalut terburu-buru. Ingin menyendiri sewaktu mahu menangis. Mengeluarkan air mata beserta ketawa.

 Kepala. Berdenyut-denyut. Sakit kepala yang menggelapkan mata. Sakit seolah-olah dipukul dengan beribu-ribu tukul-tukul kecil, yang mengetuk-ngetuk pada otak, iaitu di sebelah pagi bila bangun dari tidur, selepas datang haid, sejak dari pagi hingga matahari turun. Kepala rasa terlalu besar; sejuk. Sakit kepala anemik gadis-gadis  sunti (masih bersekolah); gemuruh, lemah semangat, patah hati. Sakit kepala kronik, sebelah sisi, sesak, dari matahari naik sehingga ke terbenam, serta muka pucat, loya, muntah-muntah; Berkala; kerana terlalu banyak menggunakan kudrat mata; haid. Sebelum tiba serangan sakit kepala, rasa kebas dan menggelenyar pada bibir, lidah dan hidung, lega bila tidur. Radang bahagian depan sebelah dalam pangkal hidung.

 Mata. Kanak-kanak sekolah yang sakit kepala, beserta rasa memar. Kelopak mata berat. Otot-otot lemah dan kaku. Bila membaca huruf-huruf berkumpul. Melihat pancaran cahaya yang menyilaukan. Benda-benda yang dilihat semua bercahaya seperti api dan bengkang bengkok. Membakar dalam mata. Tidak tahan bila membaca dan menulis. Penyempitan kantung air mata serta menanah. Bila ditekan kantung air mata keluar lendir dan nanah. Air mata banyak keluar, membakar dan memedihkan. Kelopak mata membengkak. Mata kelihatan basah dengan lelehan air mata. Air mata mengalir keluar ketika batuk [Euphor.]. Astenopia; penglihatan lemah disebabkan otot-otot sebelah dalam.[Gels. dan Cup. Acet. bila disebabkan otot-otot luar] Sakit dalam mata bila memandang ke bawah. Penyakit katarak yang baru jadi. [Secale.]

 Telinga. Bunyi bising; berderam dan berdering. Di bahagian luar telinga terdapat bengkak dan panas.

 Hidung. Koriza hebat, mengeluarkan lendir dengan lancar, berlangsung selama satu hingga tiga hari, kemudian berubah menjadikan hidung tersumbat, payah bernafas. Keluaran lendir cair halus seperti putih telur yang mentah. Selsema dengan banyak bersin. Penawar ini sangat baik untuk menghilangkan selsema yang baru jadi yang disertai dengan bersin. Gunakan potensi 30. Hilang daya penciuman dan selera makan. Dalam hidung sakit sengal. Kekeringan.

 Muka. Berminyak, berkilat seperti disapu dengan minyak gris. Muka pucat. Demam keluar lepuhan.

 Mulut. Lidah berselaput tompokan buih, disertai dengan air liur berbuih di sisinya. Rasa mulut kering. Gusi bernanah. Kebas dan menggelenyar di lidah, bibir dan hidung. Bintit-bintit dan membakar di atas lidah, seolah-olah ada sehelai rambut di atasnya. Keluar letusan sekeliling mulut dan bintit-bintit seperti mutiara di bibir. Di  penjuru dan bibir mulut kering, memborok ulser dan merekah. Merekah dalam  di tengah bahagian bibir bawah. Lidah seperti peta [Ars., Rhus., Tarax.]. Hilang selera makan. Gelembung besar di bibir bawah, bengkak dan panas. Tersangat haus.

 Perut. Lapar, namun badan susut [Iod.] Pedih ulu hati serta berdebar-debar. Haus yang tidak puas-puas. Berpeluh semasa makan. Berkepinginkan garam. Benci roti, sebarang benda yang berlendir, seperti tiram, lokan, lemak. Berdenyut-denyut di ulu hati. Rasa sakit mencucuk-cucuk di dalam liang masuk ke lambung.

 Abdomen. Sakit memotong-motong dalam perut. Kembung. Flatulens dengan bunyi menderam. Sakit di keliling pusat semasa batuk.

 Rektum. Sakit membakar dan mencucuk-cucuk selepas berak. Dubur mencerut, rasa dikoyak, mendarah. Sembelit; najis kering, berderai [Am. m., Mag. m.] Berak-berak cair dan tidak sakit, didahului dengan rasa sakit mencubit-cubit dalam perut.

 Urin. Sakit sebaik saja lepas kencing [Sars.] Kencing bertambah, tidak terkawal semasa berjalan, batuk dan lain-lain. Sekiranya ada orang, terpaksa tunggu lama baru kencing keluar [Hep., Mur. ac.]

 Lelaki. Keluar mani, walaupun setelah selesai berjimak. Mati pucuk dan tidak ada banyak air mani.

 Perempuan. Haid tidak teratur; biasanya melimpah. Faraj kering. Keputihan memedihkan, cair. Sakit yang menurun ke bawah, melarat sebelah pagi [Sep.]. Rahim menurun seperti hendak terkeluar, serta sakit memotong di dalam salur uretra. Sakit hendak bersalin tapi tidak berhasil. Haid tertekan. [Ikuti dengan Kali carb.] Panas semasa datang haid.

 Respiratori. Batuk disebabkan oleh rasa geli di dalam lambung serta sakit mencucuk-cucuk di hati dan memancut kencing [Caust., Squill.] Mencucuk-cucuk di seluruh dada. Bartuk serta sakit seperti hendak meletup dalam kepala. Pendek nafas, terutama bila menaiki tangga [Calc.]. Batuk rejan serta keluar air mata bila batuk.

 Jantung. Takikardia. Jantung rasa sejuk. Rasa dada dan jantung mencerut. Rasa melayang, berdebar-debar; nadi sekejap ada sekejap hilang. Debaran jantung menggoyangkan tubuh. Bila berbaring debaran datang sekejap-sekejap.

 Ekstremiti. Sakit di belakang serta berkehendakkan sesuatu untuk membantu tulang belakang [Rhus., Sep.]. Setiap pergerakan mempercepatkan peredaran darah. Tapak tangan panas dan berpeluh basah. Tangan dan kaki, terutama sekali lutut, rasa lemah. Kuku pecah-pecah. Kekeringan dan pecah-pecah di kuku jari tangan. Kebas dan meggelenyar pada jari jemari dan anggota sebelah bawah. Pergelangan kaki lemah dan mudah terpelecuk. Simpul biawak; kontraksi urat kaki menyakitkan [Caust.]. Sendi-sendi berbunyi bila bergerak. Kesejukan di kaki serta kesesakan dalam kepala, dada dan lambung.

 Tidur. Mengantuk sebelah tengahari. Semasa tidur tersentak-sentak. Mimpikan perompak-pencuri. Mengantuk tetapi tidak dapat tidur sebelah malam, sedang di waktu pagi rasa tidak segar. Payah tidur disebabkan kedukacitaan.

 Kulit. Berminyak terutama sekali di bahagian yang tumbuh rambut. Bintit-bintit kering, terutama sekali di batasan rambut dan di pelipat sendi. Demam keluar lepuhan. Urtikaria; gatal dan membakar. Bintit-bintit berkeruping di pelipat sendi, kulit kepala, di belakang telinga [Caust.]. Kutil ketuat di tapak tangan. Ekzema, kayap; merah, perit dan bengkak; melarat makan garam, di tepi laut. Menimbulkan kesan ke atas akar rambut. Rambut gugur membotak. Gelegata, gatal selepas berkuat. Kulit berminyak.

 Demam. Seram sejuk di antara jam 9 dan 11 pagi. Panas; haus hebat, bertambah haus dengan demam. Demam mengeluarkan lepuhan. Kesejukan tubuh dan kesejukan yang berterusan sangat nyata. Keadaan dalam darah bertambah zat cair tetapi darah tidak bertambah dalam penyakit demam malaria, disertai dengan kelemahan, sembelit, hilang nafsu makan dan lain-lain. Tiap-tiap kali berkuat berpeluh.

 Modaliti. Melarat bunyi, musik, bilik panas, berbaring; sekitar 10 pagi, berhampiran pantai, banyak berfikir, bila dipujuk, panas, diajak bercakap. Lega di udara lapang, mandi air sejuk, makan tidak mengikut waktu, berbaring di sebelah kanan; ditekan belakang, berpakaian ketat.

 Hubungan. Bandingkan Ignat., Sep., Thuja., graph., Alum.

Komplemen: Apis; Sepia; Ign.

Antidot: Ars.: Phos.: Spir. nit. Dulc.

 Dos. Potensi ke 12 hingga 30, dan juga yang lebih tinggi. Potensi yang lebih tinggi kerap kali memberikan hasil yang memuaskan. Jangan diberi terlalu kerap.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre