RHUS TOXICODENDRON

Pokok yang biasa dipanggil dengan kependekan Rhus tox. atau Poison Ivy ini datangnya daripada keluarga Anacardiaceae. Racunnya dikatakan lebih aktif di waktu malam dan semasa cuaca lembap. Di dalam homeopati, hanya daun-daunnya yang digunakan bagi menyediakan tinktur. Tetapi semasa menyediakan penawar berpotensi, ahli farmasi mesti sentiasa berhati-hati kerana tinkturnya boleh meracun kulit.

            Rhus tox. digunakan sebagai penawar buat pertama kali pada tahun 1798 apabila seorang doktor Perancis mendapati seorang pesakit kulit yang mempunyai letusan seperti herpes sembuh mene­rusi keracunan Rhus secara tak sengaja. Seterusnya, beliau menggunakan pokok tersebut bagi merawat letusan herpes dan palsi. Ahli homeopati mulai mengguna Rhus tox. apabila Dr. Hahnemann mengujibukti penawar tersebut dan menerbitkan hasil ujibuktinya pada tahun 1816. Diriwayatkan bahawa beliau mengutamakan penggunaan setakat dua penawar sahaja, iaitu Rhus tox. dan Bryonia, apabila berlaku wabak tifus dalam tahun 1813.

            Hasil daripada kesan positif penggunaannya dalam homeopati, secara beransur-ansur doktor alopati di waktu itu mengguna semula Rhus tox. dan melaporkan kesan baik dalam rawatan demam skarlet, reumatisme, penyakit kulit dan lumpuh. Dalam perubatan alopati kontemporari, mereka menghadkan penggunaan Rhus tox. hanya bagi pesakit yang rentan atau alah kepada keracunan poison ivy. Se­dangkan homeopati terus mengamalkan khasiatnya dengan cara mem­berikan penawar dalam dos berpotensi.

            Remedi ini kerap ditandakan melalui kesan ke atas kulit, sakit reumatik, jangkitan membran mukus, dan demam jenis tifoid. Rhus memberi kesan ke atas tisu fiber dengan jelas; ke atas sendi-sendi, tendon, selaput - aponeurosis, dsbnya.  Terdapat simptom sakit mengoyak-ngoyak, rasa sakit apabila mula bergerak dan lega sekejap akibat daripada perubahan kedudukan. Kehadiran penyakit mungkin akibat daripada ketegangan otot, mengangkat sesuatu yang terlalu berat atau basah semasa berpeluh. Ia berguna bagi keadaan septik, selulitis dan jangkitan, juga bisul-bisul di tahap awal. Septisemia.

Minda. Lesu dan murung, sedih. Berfikir akan membunuh diri. Resah gelisah yang amat, serta kedudukan sentiasa berubah. [lih. Ars.] Meracau, serta takut diracuni. [Hyos.]  Sensorium atau deria berkabus. Sangat cemas sebelah malam, tidak boleh menetap di atas katil. Terdapat juga simptom takut akan mati. [Ars., Bry., Nux, Sec.; menjangkakan harinya, Acon.; mencita-citakan mati, Aur., Kreo., Sil.]

Kepala. Rasa seolah-olah sekeping papan diikat di dahi. Rasa kepala berpusing bila bangun. Kepala berat, terutama di dahi. [Acon., Bell., Bry., Merc.] Otak rasa longgar dan seolah-olah mengetuk tulang tengkorak sewaktu berjalan atau bangun. Kulit kepala sensitif; melarat di sebelah yang dibaring­kan. Sakit kepala di bahagian belakang kepala, oksiput. [Rhus rad.]; sakit bila disentuh. Sakit kepala di dahi dan menurun ke bela­kang kepala. Bintit merah di kepala; sangat gatal.

Mata. Membengkak, merah, membusung, beredema; selulitis di orbit. Radang berbintit air. Fotofobia; mengalirkan banyak nanah kun­ing. Edema pada kedua kelopak mata, iris bengkak menanah. Kelopak mata radang, banyak tahi mata, membengkak. [lih. Caust., Dig., Phos.] Luka-luka yang sudah lama di mata. Ulser yang mendalam pada kornea. Radang iris selepas terdedah kepada sejuk dan kelembapan, dan yang berasal daripada penyakit reumatik. Mata sakit bila meng-gerakkannya atau menekan-nekan; sukar untuk meng-gerakkannya, seperti dalam retro­bulbar neuritis akut. Bila membuka mata, meleleh keluar air mata yang rasanya panas dan pedih.

Telinga. Otalgia serta memukul-mukul sakit dalam telinga sebelah malam. [lih. Puls.] Sakit dalam telinga, serta rasa seolah-olah ada sesuatu di dalamnya.  Bahagian lobul telinga membengkak. Discaj nanahnya bercampur darah.

Hidung. Bersin; koriza, berair hidung kerana basah. Hujung hidung merah, sakit, memborok, berulser. Hidung membengkak. Berdarah dari hidung bila membongkok.

Muka. Rahang berbunyi bila mengunyah. Rahang mudah terkehel. [Ign.; Petrol.] Muka membengkak, erisipelas. Tulang pipi sensi­tif bila disentuh. Radang kelenjar parotid. Sakit saraf muka, serta seram sejuk; melarat sebelah petang. Kurap susu. [Calc.; Viol. tric.]

Mulut. Gigi rasa longgar dan panjang; gusi sakit. Lidah merah dan merekah; berselaput, kecuali di bahagian tiga segi pada hujung lidah; kering dan merah pada tepinya. Di penjuru mulut terdapat ulser; keluar biji-biji menggelupas di sekeliling mulut dan dagu semasa demam. [Nat. mur.] Sakit di sendi rahang maksi­lari.

Kerongkong. Sakit perit, serta kelenjar membengkak. Sakit mencucuk-cucuk semasa menelan.  Radang kelenjar parotid, di sebelah kiri.

Perut. Berkehendakkan selera untuk memakan sebarang makanan, serta haus yang bersangatan. Rasa pahit. [Cupr.] Loya, pening berpusing, dan perut kembung selepas makan. Kepinginkan susu. Sangat dahaga, serta mulut dan kerongkong kering. Rasa ditekan seolah-olah ada batu. [Bry.; Ars.] Mengantuk selepas makan.

Abdomen. Sakit hebat, lega bila berbaring meniarap. Kelenjar inguinal membengkak. Sakit di kawasan poros usus. Kolik, memulas memaksa pesakit untuk berjalan sambil mem-bongkok. Kembung ber­sangatan selepas makan. Perut berbunyi disebabkan banyak angin bila mula bangun, tetapi hilang bila terus bergerak.

Rektum. Diarea keluar darah, berlendir, dan mukusnya merah berdarah. Disentri beserta sakit mengoyak-ngoyak turun ke paha. Bau najis seperti bangkai. Berak tidak sakit, lendir ber-buih. Disentri.

Urinari. Kencing keruh, berbuih, berwarna merah, sedikit sahaja keluarnya serta berkeladak putih. Disuria; kencing sedikit dan sakit, serta kehilangan darah. [Cann., Nux v.]

Lelaki. Kelenjar dan kulit zakar membengkak - erisipelas merah gelap; skrotum menebal, membengkak, beredema, membusung. Gatal hebat.

Perempuan. Membengkak, serta gatal hebat pada kemaluan. Persendian pelvis tegang bila mula bergerak. Haid terlalu awal, melimpah, lama, memedihkan. Lokia; discajnya cair, sedikit, busuk semakin kurang [Pulc.; Secale], serta mencucuk-cucuk ke atas dalam saluran faraj. [Sep.]

Respiratori. Geli menggelitik di belakang sternum atas. Kering, batuk mengusik berulang-ulang daripada tengah malam sehingga pagi, semasa seram sejuk, atau bila mengeluarkan tangan dari selimut. Hemoptisis; berdarah kerana bekerja terlalu kuat; darah berwarna merah menyala. Influenza, serta sakit pada keseluruhan tulang-tulang dalam tubuh. [Eup. perf.] Parau atau serak akibat terlalu banyak menggunakan suara. [Arn.] Dada rasa tertekan, sukar bernafas serta rasa sakit menikam-nikam. Batuk bronkial pada orang tua, melarat bila bangun dan diser­tai kahak yang berlendir berbuih-buih.

Jantung. Jantung membesar; hipertrofi akibat daripada bekerja kuat. Nadi cepat, lemah, tidak teratur, berselang-seli, serta kekebasan pada lengan kiri. Menggeletar dan berdebar-debar apabila duduk diam.

Belakang. Sakit di antara kedua bahu ketika menelan. Sakit dan tegang di bahagian tengah belakang pinggang; lega bergerak atau berbaring di atas sesuatu yang keras; melarat bila duduk. Ketegangan di bahagian tengkuk @ kuduk leher.

Ekstremiti. Panas, bengkak yang menyakitkan pada sendi-sendi. Sakit mengoyak-ngoyak pada tendon, ligamen dan fasia @ permukaan. Sakit reumatik di sekawasan leher, punggung dan anggota; lega bergerak. [Agaric.] Sakit sengal dalam tulang. Anggota kaku, lumpuh. Tidak tahan dengan angin sejuk; ia menyebabkan kulit rasa sakit. Sakit di sepanjang saraf ulnar, saraf utama lengan. Sakit mengoyak-ngoyak membawa ke paha. Skiatika - sakit encok tulang paha; melarat sejuk, hawa sejuk dan lembap, sebelah malam. Kekeba­san dan semut-semut (formikasi) selepas bekerja kuat atau terdedah kepada angin. Lumpuh; menggeletar selepas berkuat. Rasa sakit sengal pada sendi lutut. Hilang tenaga di lengan, tangan dan jari-jari; rasa seperti sesuatu merayap-rayap di hujung jari. Rasa menggelenyar di kaki.

Demam. Adinamik; gelisah; menggeletar. Tifoid; lidah kering dan berwarna coklat; berkarat; berak-berak; keresahan yang bersanga­tan. Sekejap-sekejap datang; seram sejuk, serta batuknya kering dan nampak kegelisahan. Semasa panas, keluar galgata, urtikaria. Hidroa. Seram sejuk seolah-olah air sejuk dicurahkan ke seluruh tubuhnya, ini diikuti dengan rasa panas dan cenderung untuk membaringkan diri.

Kulit. Merah, membengkak; sangat gatal. Vesikel - melepuh, herpes; urtikaria; Pemfigus - sakit kulit yang dicirikan lecur-lecur dan berbintik pigmen; erisipelas; pembentukan lepuh-lepuh yang mula menanah. Kelenjar membengkak. Selulitis. Letusan ekzema dengan rasa panas membakar serta berkecenderungan untuk membentuk kuping atau sisik.

Tidur. Mimpi bekerja kuat. Tidur nyenyak, seolah-olah setengah mati. Tidak dapat tidur sebelum tengah malam.

Modaliti. Melarat semasa tidur, sejuk, semasa cuaca akan hujan dan selepas hujan; sewaktu malam, semasa rehat, hujan lebat, bila membaringkan belakang atau berbaring sebelah kanan. Lega dengan panas, cuaca kering, bergerak; berjalan, menukar kedudukan, digosok, dituam-tuam dengan benda panas, juga bila meregangkan anggota.

Hubungan. Komplemen: Bry.; Calc. fluor.; Phytol. (reumatisme) Dalam hal urtikaria, penawar selepas Rhus ialah Bovista. Bandingkan: Arn,.; Bapt.; Lach.; Ars.; Hyos.; Op. Inimikal: Apis.

Antidot: Belladonna, Bryonia, Camphora, Coffea, Croton tig., Sulphur.

Dos.  6 hingga potensi 30.  Potensi 200 dan yang lebih tinggi akan antidot dengan keracunan akibat pokoknya atau tinktur.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre