RUTA GRAVEOLENS

Rue atau Ruta graveolens adalah tumbuhan yang berasal dari selatan Eropah dan diperkenalkan ke Britain oleh orang-orang Rom. Kini ia juga terdapat di sesetengah tempat di Amerika Utara. Pengamal herba menggunakan bahagian daun-daunnya dan mempreskripsi dalam sukatan tertentu bagi mendapat kesan yang mujarab. Ia dikatakan baik bagi melegakan masalah pencernaan, kolik, kecacingan di samping membantu membuka selera. Ubat sapunya pula dapat menolong meredakan sakit skiatika, reumatisme dan gout.

            Homeopati mengguna tinktur yang disediakan daripada pokok Ruta graveolens yang masih baru dan segar. Penawarnya dikatakan bertindak ke atas periosteum, tulang rawan, mata dan rahim. Amat baik digunakan bagi merawat adu-aduan yang berpunca daripada ketegangan tendon dan otot yang menggerakkan sendi. Padanya, terdapat simptom semua bahagian tubuh rasa sakit, seolah-olah lebam memar.

            Seperti yang disebutkan oleh Dr. K. C. Bhanja, Ruta grav. mirip Rhus tox. dalam beberapa aspek dan boleh dianggap sebagai salah satu penawar utama. Dalam masalah terseliuh atau terkehel, ia boleh dipreskripsi selepas penawar Arnica. Ia biasanya berguna bagi mengurangkan kecapikan selepas terseliuh; jaundis; rasa kelelahan yang amat, lemah dan putus asa.

Minda. Risau runsing; pada sebelah tengahari dan petang, tidak puas hati dengan kehidupan; tidak percaya dan sangsi. Tidak puas hati dengan perbuatannya dan cenderung untuk menangis. Gelisah dan takut seolah-olah dia berbuat salah dan ada orang ingin menangkapnya. Tidak cenderung buat kerja. Pemikiran dan memori perlahan. Idea-idea mengelirukan.

Kepala. Rasa sakit seperti dipaku; selepas meminum minuman yang memabukkan secara berlebihan. Sakit-sakit pada periosteum. Epistaksis.

Mata. Keletihan mata diikuti dengan sakit kepala. Kedua matanya merah, panas dan menyakitkan akibat daripada aktiviti menjahit atau membaca huruf bercetak halus. [Nat. mur.; Arg. nit.] Gangguan-gangguan terhadap penyesuaian. Sakit  penat bila membaca. Tekanan kuat ke dalam pada sekeliling mata. Rawan tarsus terasa memar. Terdapat tekanan di atas alis mata. Astenopia.

Perut. Gastralgia yang mempunyai ciri menyakitkan, menggigit-gigit. Loya ketika menunduk; ketika mula makan; dalam rongga perut serta rasa ingin berak, lega sekejap apabila keluar angin.

Urinari. Tekanan pada leher pundi kencing selepas kencing; menyakitkan semasa berhenti. [Apis.] Sentiasa terdesak atau terdorong untuk kencing, rasa pundinya penuh. Keluar kencing tidak terkawal di sebelah malam, malah semasa di siang hari ketika bergerak.

Rektum. Tinjanya degil, dapat dikeluarkan hanya dengan meneran. Sembelit, keluarnya bergilir dengan mukus, najis berbuih; discaj darah beserta najis. Apabila duduk, rasa mencucuk mengoyak-ngoyak di dalam rektum. Karsinoma menyerang bahagian usus bawah. Prolapsus ani; rahim terjatuh setiap kali usus bergerak, selepas pantang. Kerap terdorong untuk berak tetapi tidak jadi. Rektum tertonjol keluar bila menunduk.

Respiratori. Batuk beserta pengeluaran kahak berwarna kuning, tebal dan bercambah; dada terasa lemah. Terdapat tempat yang menyakitkan pada sternum; nafas pendek serta dada rasa ketat.

Belakang. Sakit di tengkuk, belakang dan kankang. Sakit belakang yang rasa lega bila diurut dan membaringkan belakang. Lumbago; sengal-sengal pinggang yang melarat semasa pagi sebelum matahari naik.

Ekstremiti. Bahagian kedua anggota dan spina rasa memar. Sakit di tengah belakang dan kedua kankang. Kedua kaki mengendur ketika bangun daripada kerusi, kedua pinggul dan paha tersangat lemah. [Phos.; Con.] Jari jemari mengecut. Sakit dan ketegangan  pada kedua tangan dan pergelangannya. Ganglia. [Benzoic ac.] Skiatika; melarat bila berbaring pada waktu malam; sakit daripada belakang sehingga ke kedua pinggul dan paha. Urat-urat pelipat lutut rasa semakin pendek. [Graph.] Bahagian tendon turut sakit. Sakit amat pada tendon otot-otot labu betis kaki. Kedua paha sakit apabila diunjurkan kedua anggota kaki. Demikian juga, terdapat rasa sakit pada tulang-tulang kaki dan kedua buku lali. Sangat gelisah.

Modaliti. Melarat bila berbaring, daripada sejuk dan cuaca basah.

Hubungan. Ruta mampu menyembuhkan kecederaan selepas penawar Arnica.  Ia juga membantu Symphytum untuk menyembuhkan kecederaan pada tulang. Bandingkan: Ratanhia; Carduus. Rektal (iritasi); Jaborandi; Phyt.; Rhus.; Sil.; Arn.

Komplemen: Calc. phos.

Antidot: Camph.

Dos. Potensi pertama hingga ke 6, 30. Secara lokal, berikan tinktur untuk ganglia dan losyen bagi kedua mata.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre