SILICEA

Silicea berasal dari tanah jenis sari pasir yang berwarna seperti tanah liat, putih. Sebagaimana manusia dijadikan dari tanah, pokok-pokok juga bergantung kepadanya untuk tumbuh subur dan tegak. Malahan pemilik industri pembuatan kaca menggunakan Silicea bagi tujuan memberi ketahanan dan kestabilan kepada hasil keluaran mereka. Silicea dalam homeopati diperbuat melalui proses triturasi daripada batu kaca gunung atau daripada pasir putih bersih. Tepung putih silicea biasanya tidak berbau.

Aplikasi Silicea ialah dalam rawatan abses, akne, bisul, demam selsema, batuk, sembelit, sakit telinga, inflamasi mata, bengkak kelenjar, rambut dan kuku pecah, kecederaan, luka septik, sinusitis, tonsilitis dan kerongkong berulser. Simptom sakit seperti ditusuk, mencucuk kuat sesuai dengan remedi ini.

 Minda. Lembut, sentiasa menurut, penakut, bimbang. Cemas dan mudah terangsang. Sensitif dengan semua tangapan. Otak letih serta penat. Kanak-kanak yang keras hati, degil. Minda abstrak. Idea-idea yang tidak berubah; memikirkan hanya tentang pin peniti, takut akan peniti, mencari-cari dan membilang-bilangnya.

 Kepala. Sakit kepala kerana lapar. Vertigo kerana memandang ke atas; lega diselimut atau dibalut kepala hingga panas, bila berbaring di sebelah kiri [Magnes.. Mur., Strontia.]. Peluh melimpah dari kepala, busuk dan membawa ke tengkuk. Sakit bermula di sebelah belakang kepala, dan merebak ke seluruh kepala dan berhenti diatas mata. Bengkak di tulang tengah-tengah dahi.

 Mata. Sakit di sudut mata. Bengkak di pembuluh air mata. Bencikan cahaya, terutama sekali cahaya matahari (siang); ia akan melahirkan kilauan, sakit tajam menembusi mata; mata pedih ngilu disentuh, melarat bila ditutup. Pandangan tidak tentu arah; bila membaca huruf-huruf berkumpul terlalu rapat. Ketumbit. Iritis dan radang pada lapisan koroid mata; serta nanah di bahagian hadapan kelopak mata. Borok ulser berlubang-lubang atau berkeruping di selaput mata. Bernanah di selaput mata selepas cedera luka. Keputihan biji mata (katarak) pekerja-pekerja pejabat. Kesan buruk dari penyakit inflamasi kornea mata (keratitis) dan borok-ulsernya, membersihkan kejernihannya. Gunakan potensi 30 untuk beberapa bulan.

 Telinga. Telinga bernanah. Kudis kuping telinga. Nanah keluar berbau busuk. Kerosakan tulang (mastoid) dalam telinga. Kedengaran bunyi seperti tembakan. Terlalu sensitif pada bunyi bising. Mengaum dalam telinga.

 Hidung. Gatal di hujung hidung. Kering berkeruping keras, berdarah bila dikopek. Tulang hidung sensitif. Bersin di sebelah pagi. Hidung tersumbat dan hilang rasa penciuman. Tulang pembahagian lubang hidung (septum) berlubang-lubang.

 Muka. Kulit pecah-pecah di garis bibir. Ruam bintit di dagu. Sakit bisa urat saraf di muka, berdenyut-denyut, mengoyak-ngoyak, muka merah; melarat dengan sejuk lembab.

 Mulut. Rasa seolah-olah ada sehelai rambut di atas lidah. Gusi sensitif kepada angin sejuk. Bisul gusi. Memborok di pangkal gigi. Piorea; bernanah [Merc. Cor.] Sensitif kepada air sejuk.

 Kerongkong. Kuinsi; radang tonsil bernanah, berkala. Sakit seperti dicucuk pin peniti pada tonsil. Banyak lendir sejuk di kerongkong. Kelenjar air liur (parotid) bengkak [Bell., Rhus., Calc.] Sakit menyengat-nyengat bila menelan. Kelenjar leher bengkak mengeras sejuk.

 Perut. Bencikan makanan panas dan daging. Semasa menelan makanan, mudah sekali masuk ke dalam hidung. Kekurangan nafsu makan, haus melampau. Sendawa masam selepas makan [Sepia, Calc.] Ulu hati terasa sakit apabila ditekan. Muntah selepas minum. [Ars., Verat.]

 Abdomen. Sakit atau rasa sejuk menyakitkan dalam abdomen, lega dengan kepanasan di luar. Keras, gembung. Kolik, sakit memotong-motong, beserta sembelit; tangan-tangan kuning dan kuku-kuku biru. Banyak menderam dalam usus. Kelenjar-kelenjar inguinal membengkak dan menyakitkan. Penanahan hepatik.

 Rektum. Rasa seperti lumpuh. Fistula in ano. [Berb.; Lach.] Fisur dan buasir, menyakitkan, serta sfinkter berspasma. Najis sukar keluar; apabila separuh najis keluar ia masuk kembali. Meneran dengan kuat; rektumnya menyengat-nyengat; menutup sebaik sahaja najis keluar. Tinja berada sangat lama dalam rektum. Selalu sembelit sebelum dan semasa berlangsung haid. Cirit-birit yang najisnya busuk serta pucat.

 Urinari. Kencing berdarah, keluarnya tanpa kawalan, serta berkeladak merah atau kuning. Cecair prostat terkeluar apabila meneran berak. Nokturnal enuresis; kencing malam pada kanak-kanak serta kecacingan.

 Lelaki. Kemaluan rasa membakar dan sakit, serta lepuhan pada permukaan dalam kedua peha. Gonorea kronik, serta discaj tebal, busuk. Elefantiasis pada skrotum. Eretisme seksual; keluar mani semasa tidur. Hidrosele.

 Perempuan. Keputihan seperti susu [Calc.; Puls.; Sep.], tengik menusuk, semasa kencing. Gatal-gatal pada faraj dan vulva; sangat sensitif. Discaj darah di antara masa dua haid. Keluaran haid meningkat, serta serangan hebat dengan seluruh tubuh rasa sejuk seperti air batu. Kedua putting susu sakit, mudah berulser; menarik ke dalam . Ulser berfistula pada buah ada. [Phos.] Penanahan di kawasan bibir labia. Keluar darah daripada faraj setiap kali anak disusui. Sista pada faraj. [Lyc.; Puls.; Rhod] Berketul keras dalam buah dada. [Conium.]

 Belakang. Tulang belakang lemah; sangat mudah terganggu oleh tiupan angin di belakang. Sakit di tongkeng. Radang tulang belakang selepas luka; penyakit-penyakit tulang belakang. Penyakit tuberkulosis tulang belakang atau penyakit Pott. (Potts disease).

 Tidur. Berjalan semasa tidur; terbangun ketika sedang tengah tidur. Payah tidur serta darah dan rasa panas naik ke kepala. Kerap terkejut atau terjerit semasa tidur, bagi kanak-kanak. Mimpi-mimpi membimbangkan, menakutkan. Tidur mulut terbuka.

 Anggota. Skiatika, bisa reumatik menjalar dari pinggul hingga ke kaki. Kejang di betis dan tumit. Hilang tenaga kaki atau lemah kaki. Tangan menggeletar bila menggunakannya. Kelemahan melumpuh pada lengan. Jangkitan pada kuku-kuku jari, terutama jika terdapat tompok-tompok putih di atasnya. Kuku jari kaki mencengkam. Kaki sejuk seperti air batu dan berpeluh. Bahagian yang dibaringkan longlai. Berpeluh busuk di kaki, kedua tangan dan bawah ketiak. Rasa seperti di hujung jari sedang menanah. Panaritium. Sakit di lutut seolah-olah diikat ketat. Betis tegang dan mengecut. Sakit di bawah jari kaki. Kedua tumit sakit. [Ruta.] Sakit-sakit pada kaki dari belakang hingga ke tumit. Menanah.

 Kulit. Felon; infeksi bernanah bahagian dalam hujung jari. Abses. Bisul. Borok ulser mendalam yang sudah lama. Lembut, pucat, berminyak. Merekah-rekah di hujung jari-jari tangan. Bengkak kelenjar yang tidak sakit. Berintik-rintik merah. Parut serta merta menjadi sakit. Nanah berbau busuk. Memajukan keluaran benda-benda asing dari tisu-tisu. Luka sedikit bernanah. Lama bernanah dan berlubang. Hujung jari kering. Bintit-bintit gatal hanya di siang hari dan awal malam. Kuku rosak. Tumbuh-tumbuh berakar an mengeras. Menanah di sendi. Selepas vaksinasi dengan tidak sempurna. Bursa; serabut tisu berisi air. Kusta, benjol-benjol dan bertompok-tompok warna tembaga. Tumbuh-tumbuh yang mengeras.

 Demam. Seram sejuk; sangat sensitif terhadap angin sejuk. Seluruh tubuh berasa seram dan menggigil. Anggota sejuk, walaupun dalam bilik panas. Berpeluh sebelah malam; melarat menjelang pagi. Bahagian yang sakit rasa sejuk.

 Modaliti. Melarat awal bulan, sebelah pagi, daripada membasuh, semasa haid, terdedah, berbaring, lembap, baring di sebelah kiri, sejuk. Lega dengan rasa hangat, membalut kepala, musim panas; di tengah cuaca basah atau lengas.

 Hubungan. Bandingkan dengan Hep.; Kali phos.; Pic. Ac.; Calc.; Phos.; Silica marina. Inimikal: Merc.  Komplemen: Thuja; Sanic.; Puls.; Fluor ac.

Antidot: Fluor ac.; Camph.; Hep.

 Dos. Potensi 6 hingga 30. Juga potensi 200.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre